NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Azmin tiada kerjasama dengan PAS


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan masih berpendirian bahawa tiada sebarang kerjasama dengan PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya sudah lama bertolak ansur dengan mereka, dan saya cuba bersabar seboleh mungkin,” katanya yang dipetik daripada Nanyang Siang Pau.

Pada masa sama, Timbalan Presiden PKR itu turut menafikan berunding dengan PAS untuk pembahagian kerusi pilihan raya di Selangor.

Sebaliknya, beliau berkata PAS hanya dibenarkan berada dalam kerajaan Selangor sehingga parlimen dibubarkan.

“Susulan perkembangan ini, kami jangkakan lebih banyak tiga penjuru di Selangor dan kami sedia untuk itu,” kata Azmin.

Walau bagaimanapun katanya, beliau bertolak ansur dengan PAS disebabkan pemimpin parti itu menyokong semua dasar-dasar kerajaan Selangor.

“Saya bertolak ansur dengan PAS bukan kerana saya suka Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kerana mereka tidak menyimpang daripada dasar-dasar kerajaan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

© all rights reserved
made with by templateszoo