NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: PAS mengorak langkah kembali ke Wisma Darul Iman?






Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Banyak perkembangan politik Terengganu telah dibicarakan dalam tulisan sebelum ini. Semua pihak menyatakan kenyakinan mereka dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU ke-14) akan datang. Umno/BN begitu yakin akan terus mempertahankan Wisma Darul Iman dalam genggaman mereka, selain memperbaiki prestasi mereka dalam piliahanraya akan datang ini. 

Malah sebuah gabungan baru ditubuhkan, Pakatan Harapan (PH) yang disertai DAP yang didominasi oleh kaum Cina dan sebauh parti pelbagai kaum, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi DUN Bandar. Dua lagi parti yang turut serta adalah parti baru, parti Amanah Negara (PAN), serpihan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), serpihan Umno turut menyatakan kenyakinan untuk menerajui kerajaan Terengganu.

PAS Sukar Tawan Terengganu, Kata Penganalisis 

Awal bulan Februari ini, saya sempat berkunjung ke pejabat veteran politik, mantan Pengerusi Parti Melayu Semangat 46, Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Tengku Ismail yang pernah menjadi ADUN Tanggul pada tahun 1990 dahulu. 

Beliau begitu yakin, PAS mampu menjadi pilihan pada kali ini kerana rakyat cukup ‘bosan’ dengan pelbagai tekanan hidup yang dihadapi kini ekoran kesilapan Umno/BN mentadbir negara.

Dalam konteks negeri Terengganu, beliau juga tidak nampak parti-parti komponen PH mampu menjadi pilihan rakyat kerana rakyat sudah sebati dengan umno dan PAS sebagai pilihan mereka sejak sekian lama. 

Pandangan ini sudah tentu bertentangan dengan dapatan beberapa penganalisis politik yang meramalkan PAS sukar tawan Terengganu pada PRU ke-14 nanti. Sebuah syarikat pengkaji yang rapat dengan PH, Ilham Center mendakwa keyakinan PAS untuk menawan Terengganu pada PRU14 akan terhalang disebabkan satu fakta, sejumlah ketara undi Cina akan beralih arah dan menyebabkan kekalahan mereka di beberapa kerusi, kata penganalisis.

Penganalisis berkenaan meramalkan, sukar bagi PAS untuk mengekalkan 8 daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada PRU14 disebabkan perpecahan dalaman dan sekiranya kaum Cina tidak memberikan sokongan.

“Terdapat beberapa kerusi DUN PAS berada dalam keadaan goyah seperti Tepuh, Teluk Pasu, Alor Limbat, Bukit Payung, Rantau Abang, Sura dan Paka disebabkan perpecahan dalaman PAS serta (hubungan dengan) Umno semakin bersatu.

Menurut Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, DUN Chukai sukar dipertahankan jika pengundi Cina menarik kembali sokongan kepada PAS. DUN Chukai mempunyai peratusan pengundi Cina yang agak tinggi iaitu sekitar 17 peratus. 

Seorang lagi pengakaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia juga ketika berucap membentangkan “Tren Politik dan Simulasi PRU14 Terengganu” di “Seminar Bicara Politik - Menuju PRU14” di Universiti Malaya hari ini, Dr Mazlan Ali mengatakan PH tidak mampu menakluk Terengganu tetapi akan memainkan peranan sebagai pengacau dalam pertandingan tiga penjuru di negeri itu.

Hanya tinggal Sura dan Paka?

Perpecahan PAS serta pertandingan tiga penjuru, akan menyebabkan Barisan Nasional mentadbir Terengganu itu sekali lagi. Tanpa mengambil kira faktor calon, katanya purata sokongan kepada Umno/BN adalah sekitar 54.5% berbanding 45.5% untuk PAS.

Mazlan yang melakukan simulasi di lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri di Terengganu pada PRU14 berkata BN akan menang di semua kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri, PAS pula hanya akan menang di Sura dan Paka.

Buat masa kini, PAS memegang tiga kerusi Parlimen (Kuala Nerus, Marang dan Dungun) serta 14 kerusi negeri. Parti Islam itu kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada Parti Amanah Negara (PAN) apabila perpecahan dalam parti berlaku pada 2015 menyebabkan kerusi parlimen berkenaan dilarikan. 

“Selepas pertemuan dengan nelayan di sana, mereka kebanyakkannya berpuas hati kerana kerajaan memberikan insentif seperti petrol dan sebagainya kepada mereka. Malah, Felcra memberikan dividen sehingga empat kali setahun,” tambahnya lagi.

“Rakyat secara umumnya berpuas hati dengan Umno di Terengganu’ kata Mazlan lagi. 
PAS yakin tawan semula Terengganu, sasar empat DUN milik BN 

PAS sering juga disebut sebagai, ‘government in waiting’ juga tidak kurang menyatakan mereka lebih bersedia pada PRU ke-14 berbanding dengan pilihanraya sebelum ini. Kemuncak kenyakinan mereka pamerkan adalah mengadakan Himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus dengan mengumpulkan 200,000 jentera petugas pilihanraya PAS seluruh negara pada akhir tahun 2017 yang lepas.

Setelah PAS memenangi pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1959, selepas menunggu 40 tahun pilihan raya ke-10 (1999) baru Pas berjaya menawan semula Terengganu.

Dalam pilihanraya tersebut, Barisan Nasional (BN) hanya menang empat daripada 32 kerusi DUN iaitu Seberang Takir (Datuk Abdul Rashid Ngah), Telemong (Tengku Putera Tengku Awang), Kemasik (Datuk Abu Bakar Ali) dan Ajil (Rosol Wahid).

Kemudiannya, dalam pilihanraya umum ke-11 berikut pada 2004 pula, UMNO mendapat 28 kerusi dan membentuk kerajaan negeri Terengganu dengan meninggalkan hanya 4 kerusi sahaja kepada PAS, iiatu Rhu Rhendang (Dato’ seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang), Manir (Tuan Guru Datuk Hj Harun Taib), Batu burok (Dato’ hj Wan Abdul Mutalib Embong) dan Wakaf Mempelam (hj Abdul wahid Endut). 

Seterusnya PAS berjaya melonjakkan daripada 4 kerusi kepada 8 kerusi dalam PRU ke-12 pada tahun 2008. Malah pada PRU ke-13 pada 2013, Pas dan Pakatan Rakyat hamper berjaya menubuhkan kerajaan baru bila ketinggalan dua kerusi sahaja berbanding dengan BN bila PAS mendapat 14 kerusi dan PKR mendapat satu kerusi serta umno/BN mendapat 17 kerusi. 

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, Pesuruhjaya PAS Terengagnu, Datuk Husin Awang berkata, PAS bersedia berdepan saingan tiga penjuru untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Terengganu, Dr Alias Razak yang juga Adun Bukit Tunggal berkata, faktor utama yang dijangka menarik sokongan pengundi terhadap Pas adalah kedudukan dalaman Pas yang kukuh ketika ini, tidak sebagaimana Umno-BN yang masih terbelenggu dengan masalah dalaman sendiri.

Faktor itu sudah tentu meyakinkan rakyat memilih Pas untuk membuat perubahan politik pada PRU14 berbanding BN. PAS sangat yakin akan menang di sekurang-kurangnya 18 kerusi DUN dan menawan Terengganu pada PRU 14. Dengan mengekalkan 14 kerusi yang dimenangi dalam PRU ke-13 yang lalu, PAS begitu yakin menang 4 kerusi Dun yang sekarang ini dipegang oleh umno. 

Tanpa menamakan 4 kerusi yang dipegang umno yang akan menjadi sasaran PAS untuk dimenangi, rasanya sudah menjadi rahsia umum 4 kerusi tersebut adalah Kuala brang (huklu Terengganu), Kemasek (Kemaman), Jabi (Setiu) dan jertih (besut) yang dimenangi oleh Umno dalam pilihanraya yang lepas dibawah 1,000 undi.

Malah PAS Terengganu yakin menawan 22 kerusi Dun dan enam Parlimen dalam usaha mengambil alih pentadbiran Terengganu pada PRU ke-14 nanti.








________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo