NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU-14 sebelum 14 Julai - PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan sebelum 14 Julai ini.

Berucap kepada 1,200 orang peserta Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Masjid Putra, Najib berkata mereka akan melalui dua peristiwa 'raya'.

Beliau berkata, peserta akan berlepas ke Makkah pada 14 Julai iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

"14 Julai bererti bahawa lepas dua peristiwa, Hari Raya Aidilfitri dan satu lagi...hari raya yang satu lagi...kemudian, baru tuan-tuan naik haji.

"Kita buat lebih awal lagi, lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati, kalau kerajaan kita masih kekal, tuan-tuan semua akan menunaikan haji, segala-segalanya tidak berubah selagi kerajaan tidak berubah, semuanya jalan," katanya ketika berucap pada program berkenaan di Masjid Putra, di sini.--BHarian
















________________ Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo