PPMM kesal kenyataan wakil Filipina mendakwa Malaysia sepatutnya sebuah republik


Oleh: Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar 

Saya merujuk kepada laporan sebuah akhbar portal yang bertajuk 'Why choose fatwa over civil laws? UN committee asks Putrajaya.' yang disiarkan pada 21 Febuari 2018. Rencana tersebut boleh diikuti di lamanweb http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/why-choose-fatwa-over-civil-laws-un-committee-asks-putrajaya#sthash.ESvPiDoJ.xiqq .

Daripada laporan tersebut antara lain menyebut wakil Filipina, Rosario G Manalo kesal terhadap jawapan wakil Jabatan Peguam Negara Malaysia Dr Arik Sanusi Yeop Johari dan menyatakan 'Malaysia is supposed to be a republican state. Not a theocratic state, and it must be made very clear that laws of the state prevail over religious laws.' Seterusnya beliau dilaporkan berkata 'If it's a theocratic state, that's the end of democratic state, but it claims to be a republic. Therefore the state law prevails. So give me a clear answer, otherwise I put you in doubt.'

Kenyataan Manalo ini adalah sangat melampaui batas dan membawa maksud Raja-Raja Melayu hendaklah dihapuskan kerana Malaysia mengamalkan negara republik, beliau juga mendakwa Malaysia mengakui adalah sebuah republik. 

PPMM ingin menegaskan tidak ada di dalam mana-mana catatan sejarah Malaysia bercita-cita menjadi sebuah negara republik. Malaysia juga tidak pernah mendakwa sebagai sebuah republik. Malaysia menjunjung jatidiri negara sebagai sebuah negara berteraskan Raja Berperlembagaan. Sistem Demokrasi berparlimen diamalkan di dalam negara tidak pernah dicabar oleh mana-mana rakyat Malaysia.

Sekiranya kenyataan Manalo ini dibuat di Malaysia sudah pasti ia boleh terjumlah di dalam perbuatan yang boleh diklasifikasi sebagai menghasut. Malah kenyataan Manalo ini dengan jelas menzahirkan hasrat beliau mahu campurtangan di dalam kedaulatan negara Malaysia.

PPMM ingin tegaskan di sini demokrasi masih boleh subur diamalkan di Malaysia walaupun Malaysia adalah sebuah negara Islam. Malaysia bukanlah sebuah negara teokrasi sebagaimana difahami Barat tetapi sebuah negara Islam yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain. Demokrasi adalah kaedah pentadbiran negara manakala Islam adalah agama bagi Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga telah memberikan banyak keistimewaan untuk mengamalkan agama Islam di Malaysia. disamping tidak menganiaya orang lain berasaskan gender ras ataupun agama.

Jika laporan media tersebut benar, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia kesal sebagai seorang wakil negara jiran Manalo langsung tidak mengetahui sistem yang diamalkan di Malaysia dan tidak dapat membezakan antara demokrasi dan republik. Hal yang demikian adalah suatu yang amat memalukan apatah lagi ianya dikeluarkan oleh wakil negara jiran.

Oleh yang demikian PPMM mendesak Menteri Luar Negeri Dato Seri Anifah Aman agar bertegas dan memanggil Duta Filipina ke Malaysia memberi amaran keras agar rakyat mereka menghormati kedaulatan negara tidak campurtangan tidak menghasut dan faham sistem perundangan dan kenegaraan Malaysia. Sebagai sebuah negara anggota ASEAN yang mengamalkan prinsip tidak campurtangan hal dalam negara anggota lain, tindakan Manalo adalah sangat keterlaluan.

PPMM juga menyarankan mana-mana pihak yang ingin memberikan pandangan penambahbaikan kepada Malaysia perlu terlebih dahulu memahami sejarah, norma budaya dan sistem yang telah lama dipasakkan di Malaysia. Jatidiri negara tidak dapat diracik semata-mata hanya kerana mahu mengikuti norma lazim Barat yang tidak secocok dengan budaya tempatan.


Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia






________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget