NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politik Kotor : Hormati Pengundi Tanah Merah



Pagi tadi(19 Februari 2018) telah diadakan bantahan ke atas Senarai Tuntutan bagi notis Pendaftaran dan Penyemakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ke-4 Tahun 2017 yang mana ia dipamerkan dalam tempoh bermula 13hb Febuari sehingga 19hb Febuari 2018.

Seramai 613 orang dibantah bagi DUN Bukit Panau, 220 orang di Kemahang dan 185 orang di Gual Ipoh yang mana menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,018 orang. Malangnya apabila senarai yang dibantah pada hari ini adalah senarai yang sama iaitu lebih 95% adalah nama nama yang telah berjaya dibantah dan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih sebelum daripada ini iaitu dalam rang suku pertama dan rang suku ketiga tahun 2017.

Rakyat Tanah Merah umumnya percaya dan yakin bahawa Senarai Tuntutan ini dibuat oleh kumpulan atau parti politik tertentu dan bukanlah daripada kehendak peribadi pengundi pengundi seramai 1,018 orang tersebut. Dan mungkin sahaja penama penama berkenaan tidak tahu menahu pun akan namanya disenaraikan semula dalam Senarai Tambahan Daftar Pemilih baharu di Tanah Merah ini. Ia dibuat dengan begitu rapi dan terancang sekali.

Bantahan bagi DUN Bukit Panau diketuai oleh Tuan Saary bin Hamzah, Penghulu Tanpa Mukim Bukit Panau, DUN Kemahang pula diwakili oleh En Mohd Razali bin Ahmad, Penghulu Tanpa Mukim Kemahang dan bagi DUN Gual Ipoh, Tuan Razali bin Yusoff, Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Gual Ipoh. Bantahan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bertempat di Wisma Persekutuan Kota Bharu.

NGO Pertahan mengecam pihak pihak yang cuba secara berterusan mengotori iklim politik demokrasi di Kelantan dan di Tanah Merah khasnya. Cubaan memindahkan pengundi secara blok sebegini menunjukkan parti pembangkang di Kelantan amat terdesak untuk merampas Kota Darulnaim daripada Kerajaan PAS. Ini budaya politik desperado dan rakyat mengecamnya habis habisan. Biarlah rakyat Tanah Merah bebas memilih wakil rakyatnya sendiri, tanpa dibayangi oleh pengundi pengundi luar yang mungkin sahaja diupah dan disuruh dengan motif motif lain. Hormati rakyat Tanah Merah.

PERTAHAN juga akan bersama sama rakyat Tanah Merah untuk membuat laporan polis dan mendesak satu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti dalang dalang yang berada di belakang isu serta kemelut ini.

Nazman Che Iberahim
Presiden PERTAHAN

















________________
 Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo