NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertahankan pimpinan Islam - Hadi




KUALA LUMPUR: PAS menggesa rakyat mempertahankan kepemimpinan Islam yang disifatkan sebagai satu-satunya cara menyelamatkan negara berbilang kaum dan agama.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan itu bukan kerana taksub terhadap agama atau kaum tertentu, sebaliknya kekuatan Islam yang boleh menyatukan rakyat.

Beliau berkata, PAS membawa politik baharu, politik penyatuan dan damai yang mampu mengelak perpecahan dalam masyarakat.

"Kita boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh berpecah, kita wajib mempertahankan kepemimpinan Islam.

"Bukan kerana fanatik agama dan kaum tetapi hanya Islam boleh menyelamatkan negara yang mempunyai masyarakat majmuk," katanya dalam perutusan sempena Himpunan Perak Istiqamah (HIMMAH 12K) yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi PAS.

HIMMAH 12K berlangsung di Padang Bandar Meru Raya, Ipoh, hari ini.

Abdul Hadi berkata, HIMMAH 12K bertujuan mencetuskan semula semangat kebangkitan Islam dan perjuangan Islam menerusi konsep budaya politik matang dan sejahtera diperkenalkan parti itu.--BHarian

















________________ Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo