NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak : DAP kekal 18 kerusi ?



Satu sumber mengesahkan DAP akan mempertahankan kesemua 18 daripada 59 kerusi negeri yang dipertandingkan dan dimenangi pada tahun 2013 sebelum ini.

Ini diikuti oleh PKR yang dikatakan diperuntukkan 15 kerusi, dengan pengurangan lima daripada daripada 20 kerusi yang dipertandingkan pada tahun 2013.

Parti ribumi Bersatu (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang belum pernah bertanding dalam pilihanraya umum sebelum ini, masing-masing diperuntukkan 12 kerusi, dengan dua kerusi masih belum selesai.

PKR dijangka bertanding di Simpang Pulai, Teja, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Hutan Melintang, Kenering, Alor Pongsu, Temengor, Pengkalan Baru, Chenderiang, Batu Kurau, Lintang, Chenderoh, Sungai Manik dan Bukit Chandan.

PPBM dijangka bertanding di Pengkalan Hulu, Kubu Gajah, Hulu Kinta, Manong, Trong, Belanja, Bota, Kota Tampan, Behrang, Gunung Semanggol, Air Kuning dan Kamunting.

PAN pula dijangka bertanding di Selama, Lubok Merbau, Manjoi, Kampong Gajah, Slim, Pasir Panjang, Sungai Rapat, Titi Serong, Changkat Jering, Rungkup, Changkat Jong dan Selinsing.

Bagi kerusi parlimen, PAKATAN HARAPAN (PH) menyelesaikan rundingannya awal bulan ini, dengan DAP menetapkan untuk bertanding di semua tujuh kerusi yang dimenanginya pada 2013.

PKR, yang bertanding 10 kerusi Parlimen pada PRU13, hanya akan mengambil Gopeng, Padang Rengas, Bagan Datuk, Tanjung Malim dan Sungai Siput.

PPBM dan PAN masing-masing akan mengambil lapan dan empat kerusi Parlimen.


















________________
 Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo