NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sokong Cadangan Letak Mahkamah Syariah Bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri


IPOH -- PAS menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cadangan itu dilihat rasional memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, ia juga mampu mengangkat taraf Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.

"Saya sokong cadangan mufti itu perlu dilaksanakan dan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa kerana mengikut Perlembagaan, Islam adalah agama persekutuan, dalam masa yang sama kebebasan agama lain turut dijamin."

"Mendirikan hukum syariat juga adalah menegakkan keadilan untuk semua. Sebab itu tak perlu bimbang tentang diskriminasi terhadap kaum lain," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Wisma Purnama PAS Kawasan Gopeng di sini, hari ini.

Pada 1 Feb lalu, cadangan berhubung pindaan itu dikemukakan oleh Harussani susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Ghandi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.-- BERNAMA




















________________ Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo