NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Syariah, Sivil perlu setaraf – Harussani



IPOH 1 Feb. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan peruntukan berkaitan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri agar statusnya setaraf mahkamah sivil.

Menurut beliau, peruntukan mahkamah syariah perlu diperluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada umat Islam sahaja.


“Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekaligus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman web rasmi Jabatan Mufti Perak (mufti.perak.gov.my) hari ini.

Harussani mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Isnin lalu yang menetapkan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi oleh bapa mereka yang memeluk agama Islam hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Indira yang mencabar tindakan bekas suami, Mohd. Ridhuan Abdullah menukar agama tiga anak mereka, Tevi Darsi­ny, Karan Dinish dan Prasana Diksa.

Harussani berkata, dari kaca mata Islam, apabila ibu bapa atau salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka anak mereka juga dikira sebagai memeluk Islam.

Menurutnya, namun dalam ini tersebut, panel lima hakim sebulat suara membenarkan rayuan pembatalan dan memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftaran Mualaf.

Beliau turut menyatakan kehairanan kerana Mahkamah Persekutuan kali ini menggunakan takrifan parent atau ibu bapa secara majmuk.

“Sedangkan dalam kes lain umpamanya kes R. Subashini melawan T. Saravanan pada tahun 2007, mahkamah yang sama telah membuat keputusan bahawa ‘salah seorang ibu atau bapa’ boleh membuat keputusan menentukan agama anak tanpa perlu persetujuan pasangan,” katanya.

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/mahkamah-syariah-sivil-perlu-setaraf-8211-harussani-1.601604


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo