NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Teknokrat Menerusi Kisah Nabi Yusuf AS



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Allah SWT melakarkan kisah Nabi Yusuf AS yang menempuhi liku liku mencabar sebelum diangkat sebagai kepimpinan Negara Mesir. Ketika mendapat kepercayaan pemerintah, Nabi Yusuf AS ditawarkan dengan jawatan yang tinggi, namun Baginda AS menolaknya. Baginda AS memilih jawatan sebagai pengurus hasil bumi Mesir.

Allah SWT berfirman,

ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„ْŁ…َŁ„ِŁƒُ Ų§Ų¦ْŲŖُŁˆŁ†ِŁŠ ŲØِŁ‡ِ Ų£َŲ³ْŲŖَŲ®ْŁ„ِŲµْŁ‡ُ Ł„ِŁ†َŁْŲ³ِŁŠ ۖ ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ ŁƒَŁ„َّŁ…َŁ‡ُ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†َّŁƒَ Ų§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…َ Ł„َŲÆَŁŠْŁ†َŲ§ Ł…َŁƒِŁŠŁ†ٌ Ų£َŁ…ِŁŠŁ†ٌ

Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ". (54)

Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ų¬ْŲ¹َŁ„ْŁ†ِŁŠ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų®َŲ²َŲ§Ų¦ِŁ†ِ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ۖ Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų­َŁِŁŠŲøٌ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (55)

(a) Para Ulamak meneliti ayat ini dan mengemukakan tafsiran yang panjang, antaranya Imam Mawardi sendiri dalam mengeluarkan prinsip dan hukum bekerja di bawah kepimpinan yang zalim, khususnya dalam membina negara.

(b) Imam Qurtubi RA menukilkan tafsiran ayat ini bahawa Nabi Yusuf AS mahir dalam membaca iklim, iaitu masa kemarau, dan masa iklim subur. Dengan ini membantu penghasilan negara dengan perancangan ekonomi yang bijak.

(c) Antara idea yang dikemukakan oleh Nabi Yusuf AS sebagai perancang ekonomi yang bijak, disebutkan di dalam ayat 47, 48 dan 49 Surah Yusuf yang akan saya hurai dalam artikel lain insya Allah. Kebijakan ini mendapat perhatian Raja Mesir, lantas Nabi Yusuf AS ditawarkan dengan jawatan yang hebat.

(d) Nabi Yusuf AS walaupun ditawarkan dengan jawatan yang hebat, namun Baginda AS tetap memilih jawatan yang sesuai dengan kepakarannya iaitu perancang ekonomi yang menguruskan hasil bumi Mesir.

(e) PAS mencetuskan idea Kerajaan Teknokrat yang mengarah kepada pemerintahan yang lebih matang. Mengurangkan pergeseran politik, dan meningkatkan kerjasama dalam membina negara mengikut kepakaran masing masing.

#MalaysiaSejahtera
#SejahteraBersamaIslam
#MaraMenujuCita
#UP
#createabettermalaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo