NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan kekal di tangan PAS: Prof Mohd Fuad Mat Jali



Sementara media massa yang membuat liputan ke atas Perbincangan Meja Bulat Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara di Hotel Istana, Kuala Lumpur, yang saya hadiri hari ini menulis mengenai dapatan kaji selidik Prof Mohd Fuad Mat Jali di Johor pada bulan Januari dan bulan Februari 2018 bahawa 54.9 peratus daripada responden beliau menjangka BN akan menang bagi kerusi DUN Johor dalam PRU 14, atau bahawa 58.1 peratus daripada responden beliau menyebut akan mengundi BN bagi kerusi DUN Johor dalam PRU 14, saya selaku anak Kelantan lebih berminat dengan kenyataan sambil lalu beliau dalam pembentangan beliau itu bahawa kajian sama beliau di Kelantan mendapati bahawa PAS akan tetap mempertahankan kuasanya di Kelantan dalam PRU 14. 

Bagi memastikan bahawa saya tidak tersilap dengar kenyataan beliau pada sesi pagi, saya telah duduk di sebelah beliau pada sesi petang membabitkan Prof Ulung Shamsul Amri Baharuddin, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan Dr Zuhdi Marzuki dalam mana beliau mengesahkan kenyataan beliau itu dengan menyebut bahawa kaji selidik beliau di Kelantan memang mendapati bahawa status quo akan kekal di Kelantan dalam PRU 14.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara di atas kejayaan penganjuran Perbincangan Meja Bulat ini.


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo