RAMALLAH: Rakyat Palestin menzahirkan kemarahan pada Jumaat susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) yang mahu memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei, mengatakan ia boleh menjejaskan usaha ke arah proses damai di Asia Barat antara Israel dan Palestin.
Terdahulu, pergaduhan meletus di Gaza dan Tebing Barat ketika protes mingguan yang diadakan mereka sebagai menentang pendirian Presiden Donald Trump terhadap Baitulmaqdis, yang juga membangkitkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab Saudi.
Perunding kanan Palestin Saeb Erekat berkata tindakan AS itu menunjukkan "satu tekad untuk melanggar undang-undang antarabangsa, menghancurkan penyelesaian dua negara dan menimbulkan provokasi terhadap perasaan rakyat Palestin serta semua orang Arab, Islam dan Kristian seluruh dunia".
"Trump dan pasukannya telah menyebabkan AS tidak layak menjadi menjadi sebahagian daripada penyelesaian antara Israel dan Palestin. Sebaliknya, dunia kini melihat mereka sebagai sebahagian daripada masalah ini."
Sementara itu, Nabil Abu Rdainah, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata: "Ini satu langkah yang tidak boleh diterima. Sebarang langkah unilateral tidak akan memberikan legitimasi kepada sesiapa dan akan menjadi penghalang kepada usaha untuk mewujudkan keamanan di rantau ini."
Terdahulu, AS mengumumkan pejabat baharu kedutaan AS di Baitulmaqdis akan dibuka pada Mei tahun ini selari dengan sambutan ulang tahun ke 70 kemerdekaan Israel.
Ia menyaksikan tarikh pembukaan kedutaan di Baitulmaqdis dipercepatkan daripada tarikh jangkaan sebelum ini berikutan pengumuman Trump mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel Disember lalu.--AstroAwani
________________ Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
HULU SELANGOR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini akan menjadi referendum bagi menyatakan kegagalan Kerajaan M...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.