NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jemputan menyertai Sidang Meja Bulat UMMAH: Kesan kes Indira Ghandi ke atas perundangan



JEMPUTAN MENYERTAI SIDANG MEJA BULAT UMMAH: KESAN KES INDIRA GHANDI KE ATAS PERUNDANGAN

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) merupakan adalah gabugan NGO-NGO Islam yang bermatlamatkan mempertahankan dan memperkasakan kedaulatan Islam. Justeru itu kami akan menganjurkan SIDANG MEJA BULAT UMMAH: KESAN KES INDIRA GHANDI KE ATAS PERUNDANGAN. Objektif utama Sidang Meja Bulat UMMAH ini adalah:

i. Membincangkan kesan perundangan dan keperlembagaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi.

ii. Membincangkan pendirian dan tindakan susulan oleh pihak-pihak berkepentingan.

iii. Merangka pendirian berhubung cadangan kemasukan semula Seksyen 88A oleh Kabinet

iv. Meneliti kedudukan fatwa yang berkaitan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Negeri-Negeri.

Perincian Sidang Meja Bulat UMMAH adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 Februari 2018 (Rabu)
Masa: 8.45 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Banquet, Kuala Lumpur International Hotel, 78, Lorong Haji Hussein Dua Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur

Untuk pendaftaran, sila isi borang online melalui link:
https://goo.gl/forms/76t4aESxioaxDxg83

Sekian, terima kasih.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo