NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bangunan KWSP Petaling Jaya Terbakar


Petaling Jaya, Selangor: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing, Petaling Jaya telah dilaporkan terbakar sejak daripada pagi tadi.

Menurut laporan oleh Astro Awani, setakat jam 12:20 tengahari punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Gambar-gambar kebakaran sedang tular di media sosial hasil daripada perkongsian oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan bahawa setakat ini 40% bangunan telah pun terjejas akibat kebakaran tersebut. Sejumlah 39 orang anggota penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian pada jam 11:58 pagi sejurus mendapat laporan tentang kebakaran tersebut. 

KWSP sebelum ini telah mengumumkan dividen 6.9% bagi Simpanan Konvensional dan 6.4% bagi Simpanan Syariah, yang juga dividen tertinggi pernah diumumkan sejak penubuhannya pada 1951.

© all rights reserved
made with by templateszoo