NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia



MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN 12 Feb. - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini.

Abangnya, Datuk Seri Muhammad Safian ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Muhammad Safian berkata, beliau dimaklumkan adiknya itu jatuh di dalam bilik air ketika hendak mengambil air sembahyang Maghrib.

"Buat masa ini, arwah masih di Kuala Lumpur dan saya berurusan dengan ahli keluarga sama ada arwah akan di bawa ke sini atau tidak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo