NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Abduh: Rakaman terima duit UMNO karut dan fitnah terhadap saya


Jawaban Saya

Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP.

Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.


Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya.

Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar.

Terima duit Umno : Nik Abduh jawab esok



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mahu ‘mengutip pahala bersabar’ sebelum menjawab fitnah yang mendakwa dirinya menerima wang daripada UMNO seperti yang tersebar.

Nik Abduh melalui satu status yang di laman sosial Facebooknya telah memuat naik tulisan terbaru memberi bayangan yang beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu rakaman audio tersebut esok.


“Nikmati yang ini (foto dengan kutipan penjelasan tentang Islam) dahulu. Yang bising-bising di luar itu, saya akan jawab esok.



“Malam ini ambil pahala sabar dahulu,” tulis beliau pada Selasa.

Rakaman audio berdurasi 59 saat itu didakwa suara Nik Abduh yang mengaku menerima wang daripada UMNO untuk ‘menjatuhkan’ DAP.

Selain Nik Abduh, rakaman yang tular sejak Isnin lalu itu turut mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai antara individu yang turut menerima wang tersebut.

Ulama dan Umara adalah pewaris Nabi – Sultan Nazrin



Ipoh, Perak: “Ulama dan umara adalah pewaris Nabi, ulama mewarisi ilmu dan umara mewarisi kepimpinan,” demikian titah Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina@Meru baru-baru ini. 


Menurut baginda lagi, sumber ilmu dan sumber kepimpinan itu tidak boleh dipisahkan maka begitu juga dengan hubungan antara ulama dan umara. “Ulama – sumber ilmu, umara – sumber kepimpinan. Ilmu dan kepimpinan tidak boleh dipisahkan, begitu juga rangkaian ulama dengan umara.” 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Malaysiakini, baginda bertitah bahawa ulama adalah pemimpin tidak rasmi yang berakar di dalam masyarakat dan menjadi teladan kerana keilmuan yang dimiliki, tanpa ulama keadaan masyarakat boleh menjadi kacau-bilau. 

“Umara adalah satu keperluan dalam masyarakat kerana tanpa umara, masyarakat boleh menjadi kacau-bilau, dan syariah tidak dapat dilaksanakan. Ulama mempunyai tugas utama melakukan tafaqquh fid diin (memberi pemahaman tentang agama) dan memberikan peringatan kepada masyarakat serta membimbing umat dengan petunjuk-petunjuk ilahiah (ketuhanan).” 

Baginda turut menegaskan bahawa rakyat, ulama dan umara berkait rapat, kerana rakyat rosak kerana pemerintah, pemerintah rosak akibat ulama, manakala ulama pula rosak kerana mengejar dunia. 

“Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah, dan pemerintah rosak kerana ulama. Sementara ulama pula rosak kerana tamak harta dan pangkat. Maka sesiapa yang dikuasai oleh kecintaan kepada dunia, dia tidak akan mampu memberi nasihat walaupun kepada orang bawahan, apa lagi kepada pemerintah dan pembesar.” 

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria pula penuh beremosi apabila menitipkan pesanan buat Sultan Perak pada muzakarah tersebut dengan membandingkan hubungan antara beliau dan Sultan Nazrin dengan Imam Abu Yusuf dan Khalifah Harun al-Rasyid. 

“Dikala usia patik sudah tinggal sisa-sisanya, patik mungkin tidak akan mampu menjadi seperti Imam Abu Yusuf, namun pada usia pemerintahan tuanku yang masih awal, patik doakan tuanku dapat menjadi seperti Harun Al-Rasyid.” 

Menurut laporan oleh portal Sinar Harian, Mufti Perak juga menitipkan bahawa Sultan perlu memilih akhirat melebihi dunia sekiranya diperlukan dalam membuat keputusan dan tidak takut kepada apa-apa ancaman. 

“Apabila tuanku berhadapan dengan dua pilihan, yang satunya memberi keuntungan akhirat dan satu lagi memberi keuntungan dunia, maka tuanku pilihlah keuntungan akhirat.” 

“Dalam melaksanakan perintah Allah, janganlah tuanku takut apa sahaja, bersikap adillah terhadap semua orang, yang dekat dan jauh.” 

Pangsapuri Ladang Tanjung untuk siapa?



BONGKAR ISU (6)

PANGSAPURI LADANG TANJUNG UNTUK SIAPA ?

Pangsapuri setinggi 30 tingkat dibina di kawasan seluas 15 hektar di Ladang Tanjung Kapur, Kuala Terengganu.

Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata,
# "Projek perumahan di Ladang Tanjung Kapur itu kelak akan diberi keutaman kepada penduduk Ladang, Ladang Sahak, Ladang Tok Pelam dan Kampung Tanjung yang terlibat dengan penstrukturan semula bandar raya Kuala Terengganu."

# "Ia akan dijual dengan harga subsidi yang munasabah.

Semua janji manis di atas hanya untuk meredakan kebimbangan rakyat, khusus penduduk kg Tanjung yang diambil tanah-tanah mereka.

Tapi iklan memeranjatkan kita daripada Tabung Amanah Warisan Terengganu tentang harga lot pangsapuri dengan tiga kategori:

1- Lantai Jenis A - harga RM470,000,000
2- Lantai Jenis B - harga RM530,000,000
3- Lantai Jenis C - harga RM510,000,000

Harga ini sangat jauh beza, jika dibandingkan harga satu lot di pangsapuri Ladang Gemilang 1 dan Ladang Gemilang 2 yang hanya sekitar RM150,000,000 - RM175,000,000. Itu pun sudah membebankan rakyat di ketika mana kos sara hidup yang tinggi di masa kini.

Adakah orang melayu mampu beli atau tidak ?
Adakah penduduk kg Tanjung mampu memilikinya atau tidak ?
Berapakah subsidi yang dijanjikan ? Molek dah, kalau rakyat nok ubah pada PRU kali ini..

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu.

posted from Bloggeroid

PH: Muhyiddin kecewa dengan jentera


Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan jentera pembangkang di seluruh negara kerana gagal membuktikan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) apabila diminta.

Perkara itu didedahkan Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsudin dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita PAN Selangor semalam.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyiarkan transkip ucapan Jaafar tersebut di laman Facebooknya bagi membuktikan dakwaan itu.

Berikut transkrip penuh disiarkan Kamarul Zaman di Facebooknya:

“Pada saya, kalau saya turun ke mana-mana, khususnya ke bahagian-bahagian pilihan raya yang bakal kita bertanding, saya mewajibkan untuk jentera kita menunjukkan kedudukan sokongan pengundi dan rakyat kepada AMANAH khasnya dan amnya kepada Pakatan Harapan. Tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan.

“Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia yang dipengarahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, memohon pihak Pakatan Harapan menunjukkan kedudukan cula di tiap-tiap negeri di seluruh negara, sama ada SFERA-nya atau report-report yang lain, Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan kita di seluruh Parlimen, 222, yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat.”

Justeru, Kamarul berpandangan, laungan berdegar-degar pemimpin Pakatan Harapan selama ini kononnya pembangkang mendapat sokongan padu rakyat terbukti hanya sekadar laungan kosong tanpa bukti.






















________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Indeks Rasuah : Akhbar perlu berlaku adil – PCM


Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan menyelar Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar yang membuat ulasan tidak adil berhubung punca kemerosotan Malaysia dalam indeks rasuah global.

Cheng Guan berkata, mengaitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan FELDA sebagai punca kemerosotan indeks terbabit semata-mata adalah sesuatu yang tidak kena.

Sebaliknya, Cheng Guan mempersoal tindakan Akhbar yang tidak mengaitkan perkara itu dengan skandal rasuah yang didakwa dilakukan pemimpin pakatan pembangkang.

“Akhbar dinasihat supaya menjalankan kajian menyeluruh kerana kemerosotan indeks itu turut berpunca daripada salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

“Contoh paling ketara apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Ini berikutan skandal banglonya yang turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa, selain Guan Eng juga enggan meletak jawatannya sebagai Ketua Menteri, walaupun sudah didakwa di mahkamah.

“Pastinya persepsi rakyat dan warga asing terhadap negara akan merosot apabila melihat Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai antara punca kemorosotan indeks berkenaan?” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan indeks rasuah dikeluarkan Transparency International, Khamis lalu, mencatatkan prestasi Malaysia menurun sebanyak tujuh tangga dengan skor 47 daripada 100 bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dan berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara.

Cheng Guan berkata, Akhbar juga perlu mengambil kira kes ‘Banglo Disneyland’ milik pemimpin muda PKR yang didakwa mempunyai kekayaan luar biasa, sekali gus memberi kesan negatif kepada negara.

“PKR ialah parti yang menerajui kerajaan Selangor. Ia sekali gus turut mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah antara kerajaan negeri dan pemimpin PKR.

“Seterusnya, kes paling besar membabitkan pemimpin pakatan pembangkang, iaitu skandal urus niaga mata wang asing (forex) yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) ‘hilang’ RM32 billion.

“Malah, Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan bagi menyiasat kes yang turut mendapat perhatian dunia ini, dengan pemimpin pakatan harapan bertanggungjawab ke atas kehilangan wang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, skandal membabitkan projek mega di Pulau Pinang yang belum bermula dan laporan Kajian Kebolehlaksanaannya masih gagal disiapkan, selain tanah milik rakyat di negeri itu sudah diberi kepada pemaju juga perlu diambil kira.

Cheng Guan menegaskan, syarikat tujuan khas (SPV) bagi projek itu sudah bertukar tangan, selain syarikat gergasi dari China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan terbabit dalam pelaksanaannya.

“Seterusnya, kekayaan luar biasa beberapa pemimpin pakatan pembangkang juga membangkitkan persoalan dari mana mereka mendapat wang begitu banyak. Ada antara mereka yang berceramah ke seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta mewah.

“Pemimpin pakatan pembangkang gagal memberi jawapan mengenainya, sekali gus memberi persepsi bahawa wujud dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan mereka. Ia antara lain turut menjejaskan indeks terbabit.

“Ini belum mengambil kira skandal membabitkan bekas Menteri Persekutuan berasal dari Sabah. Justeru, saya berharap TI-M akan berlaku jujur dan adil serta berhenti menjadi agen pakatan pembangkang,” katanya.

Selain itu, katanya, kenyataan Akhbar mendakwa kegagalan SPRM membanteras rasuah sebagai antara punca kemorosotan indeks terbabit disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.



Wartawan Watan-Online

Kes murtad: Keputusan Mahkamah Persekutuan iktiraf Mahkamah Syariah



KUALA LUMPUR: “Umat Islam menyambut keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching, Sarawak hari ini yang membatalkan permohonan empat individu warga Sarawak untuk mengisyhtiharkan diri mereka keluar dari Islam dengan rasa syukur atas pertolongan Allah menyelamatkan Islam di bumi Malaysia.”

Demikian kata, Dr Riduan Mohamad Nor, AJK Jawatankuasa Pusat PAS menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan bererti mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Isu pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sering berbangkit sehingga ada kalanya Mahkamah Syariah ditenggelamkan oleh kuasa Mahkamah Sivil yang membuat keputusan dalam urusan yang melibatkan Mahkamah Syariah.”

“Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang tepat dengan menolak kes ini sebaliknya menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menetapkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan empat individu yang mahu murtad membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan individu terbabit yang menyentuh persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad, ekoran tiada peruntukan sedemikian mengikut Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Keputusan dibuat lima panel hakim dianggotai Zulkefli Ahmad Makinudin, Ahmad Maarop, Hasan Lah, Ramly Ali dan Jeffrey Tan selepas meneliti permohonan berkenaan, termasuk hujah berkaitan.

Alasan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan itu kerana mereka tidak boleh melakukannya melalui Mahkamah Sivil dan menurut mereka berdasarkan undang-undang kes, bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin yang membacakan keputusan itu berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Menurut Riduan, keputusan ini tentunya melegakan umat Islam seluruhnya.

“Dalam keadaan agama Islam sedang dicabar dan bertarung dengan hebat oleh mereka yang mahu mencemar dan menghina agama Islam, keputusan Mahkamah Persekutuan membela hak agama Islam.”

“Soal murtad bukan sesuatu yang boleh dibuat main dan dipandang remeh. Empat orang pemohon ini telah melakukan suatu jenayah yang besar dalam Islam dan hukuman murtad adalah hukuman yang berat dan keras,” jelasnya lagi.

Tambahnya, sebagai sebuah negara umat Islam seperti termaktub dalam perlembagaan Malaysia Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, hak agama Islam perlu dijunjung dan dijulang setingginya.

“Mana-mana pihak yang berusaha merendahkan atau menghina agama Islam perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal. Perkara murtad mesti diadili mengikut lunas syariah dan hanya Mahkamah Syariah mesti menghakimi mereka.

“Jika tidak, tafsiran hukum syariah boleh diterjemah dan ditafsir mengikut sesuka hati dan selera sesiapa sahaja. Bayangkan jika panel hakim dengan mudah membenarkan pemohon menukar agama, dikhuatiri negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak akan lebih rapuh dengan usaha ramai lagi golongan yang mahu menjadi murtad. Apa yang dibimbangkan, umat Islam dengan mudah keluar agama Islam seumpama menukar baju,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Riduan merakam rasa terkilan dengan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak selaku peguam mewakili empat pemohon tersebut.

Beliau tergamak bekerjasama dengan para penghina Islam demi kepentingan diri sendiri.

“Jelaslah beliau juga terlibat secara langsung dalam usaha merendahkan kedudukan agama Islam. Beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana telah mencemarkan dan menghina umat Islam di Negeri Sarawak.

“Saya hairan mengapa tidak ada suara para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan menegurnya ketika pemimpin PKR Sarawak ini tidak mempunyai sensitiviti dengan mewakili keempat pemohon terbabit?” soal beliau sambil menambah penglibatan Baru Bian dalam kes ini menjadi petanda bahawa PH bukan parti yang membawa harapan, tetapi membawa kemusnahan terhadap agama Islam dan negara.

Keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching mengangkat martabat Mahkamah Syariah



KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN KUCHING MENGANGKAT MARTABAT MAHKAMAH SYARIAH
(27 Februari 2018)


1. Umat Islam menyambut keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching, Sarawak har ini yang membatalkan permohonan empat individu warga Sarawak untuk mengiyhtiharkan diri mereka keluar dari Islam dengan rasa syukur atas pertolongan Allah menyelamatkan Islam di bumi Malaysia.


2. Keputusan dibuat lima panel hakim dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan selepas meneliti permohonan berkenaan, termasuk hujah berkaitan. Alasan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan itu kerana mereka tidak boleh melakukannya melalui mahkamah sivil dan menurut mereka berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang membacakan keputusan itu berkata berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.


3. Keputusan Mahkamah Persekutuan bererti mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Syariah. Isu pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sering berbangkit sehingga ada kalanya Mahkamah Syariah ditenggelamkan oleh kuasa Mahkamah Sivil yang membuat keputusan dalam urusan yang melibatkan Mahkamah Syariah. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang tepat dengam menolak kes ini sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah Syariah untuk menetapkannya.


4. Keputusan ini tentunya melegakan umat Islam seluruhnya. Dalam keadaan agama Islam sedang dicabar dan bertarung dengan hebat oleh mereka yang mahu mencemar dan menghina agama Islam, keputusan Mahkamah Persekutuan membela hak agama Islam. Soal murtad bukan sesuatu yang boleh dibuat main dan dipandang remeh. Empat orang pemohon ini telah melakukan suatu jenayah yang besar dalam Islam dan hukuman murtad adalah hukuman yang berat dan keras.


5. Sebagai sebuah negara umat Islam seperti termaktub dalam perlembagaan Malaysia Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, hak agama Islam perlu dijunjung dan dijulang setingginya. Mana-mana pihak yang berusaha merendahkan atau menghina agama Islam perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal. Perkara murtad mesti diadili mengikut lunas syariah dan hanya Mahkamah Syariah mesti menghakimi mereka. Jika tidak, tafsiran hukum syariah boleh diterjemah dan ditafsir mengikut sesuka hati dan selera sesiapa sahaja. Bayangkan jika panel hakim dengan mudah membenarkan pemohon menukar agama, dikhuatiri negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak akan lebih rapuh dengan usaha ramai lagi golongan yang mahu menjadi murtad. Apa yang dibimbangkan, umat Islam dengan mudah keluar agama Islam seumpama menukar baju.


6. Selain itu, saya merasa terkilan kerana peguam yang mewakili empat pemohon adalah YB Baru Bian (ADUN Ba'kelalan dan Pengerusi PKR Sarawak). Sebagai seorang pemimpin politik parti pembangkang di Sarawak, beliau tergamak bekerjasama dengan para penghina Islam demi kepentingan diri sendiri. Jelaslah beliau juga terlibat secara langsung dalam usaha merendahkan kedudukan agama Islam. Beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana telah mencemarkan dan menghina umat Islam di negeri Sarawak. Saya hairan mengapa tidak ada suara para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan menegurnya ketika pemimpin PKR Sarawak ini tidak mempunyai sensitiviti dengan mewakili keempat pemohon terbabit.


7. Penglibatan YB Baru Bian dalam kes ini menjadi petanda bahawa PH bukan parti yang membawa harapan, tetapi membawa kemusnahan terhadap agama Islam dan negara. Kes ini menjadi hikmah agar rakyat membuka mata siapa sebenarnya yang membela Islam dan siapa pula yang mahu merosakkan agama Islam di negara ini.


DR RIDUAN MOHD NOR adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

posted from Bloggeroid

PRU14: Andaian Kerajaan PH jika berjaya dibentuk



Kerusi parlimen PH sekarang.

Pan - 6 Islam : 6
Pkr - 28 Islam : 16
Bukan islam : 12
Dap - 36 Islam : 2
Bukan islam : 34
PPBM - 1 Islam : 1

Total:
Jumlah Bukan islam = 46
Jumlah islam = 25
Jumlah keseluruhan = 71

Nak bentuk kerajaan minima 112 kerusi dari 222.

Jadi PH perlukan 41 kerusi parlimen, jika DAP berjaya tambah 25 lagi kerusi mereka untuk jadikan total kerusi DAP 61 seperti target mereka sekarang, dan PPBM dapat 10 kerusi, PKR lagi 7 tambahan, maka akan jadi seperti dibawah.

PAN - 6 Islam : 6
PKR - 35 Islam : 19
Bukan Islam : 16
DAP - 61 Islam 6
Bukan Islam : 55
PPBM - 10 Islam : 10

Total:
Jumlah islam : 41
Jumlah bukan islam : 71
Jumlah keseluruhan : 112

PAN: 6
DAP: 61
PKR: 35
PPBM: 10

Maka ketika itu Malaysia akan diperintah oleh kerajaan PH dan bermajoritikan DAP, serta bermajoritikan bukan islam.. jika PH menang ketika itu, ko rasa DAP tak berkuasa penuh kah? Dia boleh pasang boneka upahan mereka untuk jadi PM, TPM dan menteri, kerana boneka meraka semua boleh dibeli dengan duit dan kuasa, waktu itulah DAP boleh laksanakan misi dan dasar mereka. segala keputusan kerajaan waktu itu adalah keputusan yang akan ditentukan DAP kerana mereka majority dalam PH seperti UMNO didalam BN.

DAP memang tidak mampu memerintah sendiri, tetapi mampu memerintah dengan PH, yang mana PH ni DAP sudah berkuasa penuh.. dia akan gunakan platform PH untuk berkuasa.

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
#moveforward

posted from Bloggeroid

BDS Malaysia desak UCI keluarkan Israel dari siri jelajah berbasikal



SURAT TERBUKA KEPADA YBHG. DATO’ AMARJIT SINGH GILL, WAKIL MALAYSIA KE KESATUAN BERBASIKAL ANTARABANGSA (UCI) DARI BDS MALAYSIA

21 Februari 2018

YBhg. Dato',

1. Mutakhir ini menyaksikan Israel semakin rancak menyusun strategi untuk menormalisasi hubungannya dengan pelbagai negara. Terbaru diplomat Israel ke UN-Habitat menjadi wakil rasmi kerajaan Israel yang pertama masuk ke Malaysia sungguh pun Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik. Pun begitu, pihak kami ingin menarik perhatian YBhg. Dato' kepada satu lagi tindakan licik Israel untuk menormalisasi hubungannya dengan pelbagai negara dan mengendurkan penentangan dunia terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang Israel lakukan menerusi acara sukan berbasikal.

2. Seperti yang YBhg. Dato' sedia maklum melalui Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang mana YBhg. Dato' adalah Ahli Lembaga Pengurusannya, atau melalui surat, emel dan mesej whatsapp yang dihantar oleh Boycott, Divestment and Sanction Malaysia (BDS Malaysia) pada 17 Januari 2018 yang lalu kepada pihak YBhg. Dato', Israel akan menjadi tuan rumah bagi acara sukan berbasikal Giro d’Italia pada Mei 2018. Acara ini adalah antara acara jelajah berbasikal yang terbesar di dunia dan tersenarai sebagai salah satu acara Jelajah Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI WorldTour) 2018.

3. Pemilihan Israel sebagai tuan rumah kepada acara ini telah mendapat bantahan lebih 120 badan hak asasi manusia antarabangsa kerana Israel cuba menggunakan Giro d'Italia sebagai platform untuk mempromosikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel kepada seluruh dunia. Tindakan ini bertentangan dengan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa termasuk resolusi Perhimpunan Agung PBB ES-10/L.22 yang diputuskan pada 21 Disember 2017 baru-baru ini ekoran pengumuman Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Malaysia adalah antara negara yang keras membantah pengumuman ini.

4. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian tentang Israel dan Giro d'Italia 2018:

a. Giro d'Italia mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel

Sebelum pengumuman oleh Presiden Donald Trump, Giro d'Italia telah pun mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Ini terbukti apabila ia menggunakan imej Jerusalem Timur, wilayah yang diiktiraf antarabangsa sebagai wilayah Palestin yang dijajah oleh Israel (Occupied Palestinian Territories, oPt), dalam promosi-promosinya yang menggambarkan seolah-olah wilayah ini adalah sebahagian daripada Israel. Bahkan, Giro d'Italia menggugurkan perkataan "barat" dari "Jerusalem Barat", wilayah Jerusalem yang dirampas dan dikuasai oleh Israel selepas Perang Arab-Israel 1948, berikutan ancaman Israel untuk menarik balik penajaannya daripada acara ini. Tindakan ini meletakkan Giro d'Italia sebaris dengan Trump dan seharusnya turut sama dibantah.

b. Giro d'Italia menutup mata ke atas kezaliman Israel

Peringkat pertama dan ketiga acara ini akan melalui wilayah Jerusalem dan wilayah Negev di selatan Israel. Jika laluan di Jerusalem mengiktiraf penguasaan Israel ke atas kota itu, laluan di Negev memaksa dunia menutup mata terhadap kezaliman Israel ke atas komuniti Arab Badwi di wilayah tersebut. Komuniti Arab Badwi di Negev telah lama ditindas dan dinafikan hak mendapatkan keperluan asas seperti air, elektrik, jalanraya, sekolah dan perkhidmatan kesihatan oleh Israel sejak Palestin dijajah pada tahun 1948. Penempatan-penempatan mereka bahkan sering dimusnahkan oleh tentera Israel.

c. Penglibatan Israeli Cycling Federation (ICF) dan Israel Cycling Academy (ICA) dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa

Israel Cycling Federation (ICF) mencabuli undang-undang antarabangsa dengan menaja dan menganjurkan perlumbaan di wilayah Palestin yang dijajah (oPt) dan di wilayah Bukit Golan yang dirampas dari Syria. Israel Cycling Academy (ICA) akan menyertai perlumbaan saringan di wilayah jajahan Jerusalem Timur melalui koloni haram Pisgat Ze’ev beberapa hari sebelum perlumbaan Giro d’Italia bagi merebut slot wildcard untuk menyertai Giro d’Italia.

d. Giro d'Italia bekerjasama dengan pihak dan syarikat penaja yang melanggar undang-undang antarabangsa

Selain bekerjasama dengan kerajaan dan Majlis Perbandaran Israel di Jerusalem yang melakukan pelbagai pencabulan hak asasi manusia ke atas penduduk Arab Palestin di wilayah tersebut, Giro d'Italia juga menerima penajaan daripada syarikat-syarikat Israel yang turut melanggar undang-undang antarabangsa kerana beroperasi di wilayah Palestin yang dijajah (oPt) seperti syarikat Comtec Group.

e. Israel merancang meraikan 70 tahun penubuhan Israel ketika Giro d'Italia berlangsung

Israel bercadang untuk menjadikan Giro d'Italia sebagai salah satu acara untuk meraikan ulangtahun ke-70 penubuhan Israel walhal pada waktu yang sama Mei 1948 merupakan detik hitam kepada lebih 700,000 rakyat Arab Palestin apabila mereka diusir keluar daripada kampung-kampung halaman mereka oleh kumpulan militan Zionis dalam usaha mereka membina negara Israel. Peristiwa ini disebut sebagai an-Nakbah (malapetaka).

5. Kod Etika UCI ada menyebutkan tanggungjawabnya untuk "menjaga integriti dan reputasi sukan berbasikal di seluruh dunia." Penglibatan Israel sebagai tuan rumah Giro d’Italia jelas merosakkan integriti dan reputasi sukan berbasikal dunia apabila acara ini diadakan di wilayah Palestin yang dijajah (oPt) dan bekerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.

6. Selaku Ahli Lembaga Pengurusan UCI dan wakil Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ke UCI, YBhg. Dato' mampu memainkan peranan untuk menjaga nama baik, integriti dan reputasi sukan berbasikal dunia dan mempertahankan pendirian Malaysia dalam isu Jerusalem dan pencabulan undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia oleh Israel.

7. Justeru itu, kami yang bertandatangan di bawah menggesa pihak YBhg. Dato' untuk memberi sepenuh perhatian dan kerjasama untuk turut serta dalam usaha membantah penglibatan Israel dalam acara Giro d’Italia 2018 melalui tindakan-tindakan berikut:

a. Mendesak Giro d'Italia agar mengeluarkan Israel daripada siri jelajahnya;

b. Menggesa PKBM dan ahli-ahli UCI yang lain memboikot Giro d'Italia dan mendesak UCI untuk mengeluarkan Giro d'Italia daripada senarai Jelajah Dunia UCI sekiranya Giro d'Italia enggan berbuat demikian;

c. Mengusulkan kepada UCI agar menggantung keahlian Israel Cycling Federation (ICF) dan Israel Cycling Academy (ICA) sekiranya mereka masih meneruskan aktiviti di wilayah Palestin yang dijajah (oPt).

8. Semoga dengan usaha ini nasib rakyat Palestin dapat terus dibela, kezaliman serta pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel dapat dihentikan dan pendirian Malaysia dapat terus dipertahankan. Kerjasama YBhg. Dato' dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Boycott, Divestment and Sanction Malaysia (BDS Malaysia)
2. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
3. Viva Palestine Malaysia (VPM)
4. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5. Ummatic Mission Relief (UMR)
6. Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM
7. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
8. ABIM
9. KIMB
10. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
11. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
12. HALUAN Malaysia
13. WAMY Malaysia
14. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM )
15. Movement for Monetary Justice (MMJ)

PAS desak pertahan dan pertingkatkan bidang kuasa mahkamah syariah



KENYATAAN MEDIA
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) NEGERI SARAWAK

TERUS PERTAHAN DAN PERTINGKAT BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH!

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak memerhatikan secara rapat berkenaan kes penukaran status agama daripada Islam kepada Kristian oleh empat orang individu. Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan hari ini permohonan semakan bidang kuasa oleh Mahkamah Syariah Sarawak membabitkan pengesahan keluar daripada agama Islam yang dipohon empat individu tersebut.

2. PAS Sarawak menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Sarawak untuk berdiri teguh bersama institusi Islam di negeri ini dalam perbicaraan kes ini.

3. Kes ini sekali lagi jelas menunjukkan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Usaha PAS di peringkat nasional untuk memperkasakan peranan dan meningkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Undang-undang Syariah melalui pindaan Akta 355 bertepatan pada masanya dan perlu disokong serta didokong oleh pimpinan politik Islam Melayu di negeri ini.

4. Usaha untuk memartabatkan institusi Mahkamah Syariah perlu dipertingkatkan selaras kesucian dan ketinggian agama Islam itu sendiri. Ini juga selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini sebagaimana termaktub di dalam kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

5. Kerjasama erat antara semua Agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO, Parti-Parti politik dan orang perseorangan amatlah mustahak dalam mempertahankan akidah umat Islam di negeri ini. Suka juga ditekankan betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara agar tidak mencabar isu sensitif melibatkan umat Islam.

6. Dalam masa yang sama, PAS Sarawak juga menyeru agar usaha dakwah dan penerangan berkenaan kefahaman dan keindahan Islam dapat terus digemblengkan bersama. Kebajikan Muallaf dan Saudara Kita turut perlu sama-sama dipertingkatkan dan diambil perhatian serius oleh semua pihak.

7. PAS Sarawak sekali lagi menyeru seluruh umat Islam negeri ini untuk bersatu dalam hal berkaitan akidah tanpa mengorbankan perpaduan kaum yang telah terjalin sekian lama. Marilah terus bersama membina Malaysia Sejahtera dan Sarawak Sejahtera dengan Islam yang merupakan rahmat untuk semua.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan Oleh:
Haji Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
Bertarikh: 27 Februari 2018

posted from Bloggeroid

Forum Kes Indira Ghandi : Implikasi Keperlembagaan



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=154824641848739&id=136651590332711

2 Mac 2018 (Jumaat)
8.00 hingga 10.00 malam
Kelab Sultan Sulaiman
Jalan Dewan Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur

Lokasi : https://goo.gl/maps/yS58qWfBers

Tempat Terhad!

Hubungi :
Puan Tini : http://www.wasap.my/60196732037

posted from Bloggeroid

Undi PAS sama dengan undi Umno??



Penjelasan Isu Siri Pertama.
Undi PAS sama dengan undi Umno?

Jawapannya.
Ini tuduhan orang yang kecewa, dulu kata PAS hendak ber UG dengan Umno dan hendak masuk Umno. Isu PAS hendak masuk Umno, sudah lama dilemparkan sejak tahun 2008. Sampai sekarang pemfitnah ini sedang menunggu sehingga badan kurus kering. Sudah 10 tahun tuduhan itu masih tidak berlaku. Pada mereka isu ini mesti dimainkan supaya rakyat percaya. Kalau isu ini tidak dimainkan maka parti mereka akan mati. Mereka silap, rakyat pada hari ini semakin cerdik. Lebih-lebih lagi generasi muda. Lagi kuat mereka fitnah, lagi ramai generasi muda menyertai PAS.

Macam mana undi PAS sama seperti undi Umno. Sedangkan semua kerusi yang PAS bertanding ialah melawan Umno. Malahan kerusi komponen BN Umno pun PAS meletakkan calon. Setakat hari ini PAS telah memutuskan bertanding 130 kerusi Parlimen. Kurang tidak, lebih lagi ada.

Logiknya siapa yang menjadi tangga untuk mengalahkan PAS di Kelantan. PAS sudah memerintah hampir 28 tahun. Umno siang malam, pagi petang, subuh, dhuha hendak melawan PAS di Kelantan masih tidak berjaya. Tiba-tiba Pakatan Harapan melalui PAN bertungkus lumus hendak lawan PAS di Kelantan. Dalam hal ini siapa yang bantu Umno?.

Yang kelakarnya mereka yang menuduh undi PAS sama seperti undi Umno, ialah mereka bekas Umno yang kaya raya sewaktu bersama Umno. Faraid harta negara macam hak bapa mereka. Rakyat hidup merana dengan dasar yang diperkenalkan. Sekarang Umno jamu tidak cukup, itu yang mengamuk serata kampung. Kalau Umno bagi dedak lebih sedikit, maka mereka berbondong- bondong menyertai Umno baliklah. Kita kenal wajah puak-puak ini

Satu lagi yang tuduh undi PAS sama undi Umno ialah mereka yang kecewa di dalam PAS. Apabila pendekatan mereka tidak diterima. Maka tubuh parti lain dengan harapan untuk ganti PAS. Namun masih gagal juga, pembesaran terencat untuk mengganti PAS. Maka modal yang paling baik ialah mengatakan undi PAS sama dengan undi Umno.

Manusia yang waras tidak boleh terima fitnah ini. Hanya mereka yang kurang kasih sayang sahaja yang menerima fitnah ini. Mereka ini perlu dibelai, kalau tidak akan menghadapi masalah kepada keluarga dan negara. Sejahtera Bersama Islam. Ke Arah Malaysia Sejahtera.

Hj Idris Hj Ahmad ialah Naib Presiden PAS

posted from Bloggeroid

Kita gajah dibelenggu besi di kaki?

Oleh: Hj Ahmad Amzad

Saya beberapa kali pernah masukkan foto kaki gajah terikat rantai ini. Orang tanya apa cuba saya maksudkan dari simbolik gajah berantai ini.

Hari ini saya nak ceritakan apa yg terbakar dalam hati saya sekian lama.

Saya lahir dan membesar di Kuala Terengganu. Saya dan rakan rakan saya bersekolah di sini. Kami di Terengganu mendapat mendapat keputusan peperiksaan antara terbaik dalam negara.

Saya bersekolah di sekolah asrama penuh seperti juga mereka yg terpilih ke sekolah berasrama penuh yg terkenal di seluruh negara seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, STAR, SDAR, MTD, KTK, STF, KIK dan pelbagai sekolah sains seluruh negara.

Kami ada acara tahunan pertandingan antara SBP2 ini. Bahas, Sukan, Kuis Sains Matematik.

Adakala kami mengatasi mereka, ada kala kami di atasi. Kami punya daya saing dan tidak berani direndah rendahkan orang. Mereka leka, kami potong mereka.

Kami masuk ke universiti pun sama. Anak Terengganu ramai jadi jagoan dalam pelbagai bidang. Saya bersama Wan Zainuddin (peguam kanan sekarang) dan Hj Ramli Nuh (bekas YB UMNO) pernah satu pasukan debat diperingkat universiti. Kami jadi johan kalahkan pasukan negeri negeri lain. Pemimpin Mahasiswa jika datang dari Terengganu dipandang, 'lantang dan bekeng', tegas, berprinsip. Gerakan Mahasiswa dilihat berbisa.

Kami membesar dalam keadaan mengetahui bahawa Terengganu bukanlah 'basat tere', papa kedana tak ada apa apa.

Kami tahu Terengganu kaya raya. Dalam perut bumi, atas permukaan bumi, dalam sungai, dalam laut. Serba serbi Allah kurnia.

Tun Mahathir tulis Terengganu penyumbang terbesar Petroleum negara. Tapi dia suruh semua yg nak berurusan industri petroleum pergi Kuala Lumpur, KLCC, Dayabumi. Ratusan kapal dalam industri petroleum datang dari Johor, Singapura, Lumut, Port Kelang, Pulau Pinang. Yang kayaraya logistik cari gali petroleum adalah Sapura Kencana, Mokhzani Mahathir. Yang kaya raya berdagang petrol, diesel, kerosene adalah Petron Mirzan Mahathir.

Mana ada taikun industri petroleum dari Terengganu. Sikit sikit celah gigi ada lah!

Kita Gergasi Besar yang terantai oleh skim aturan politik yang merugikan diri.

Ditambah pemimpin dipilih rakyat Terengganu dari kalangan yg kononnya terpilih hok paling bagus dalam UMNO jelas sifatnya berjiwa 'hamba' yg taat mengkhinzir buta terhadap apa apa yg diputuskan berkaitan ehwal harta hatta kedaulatan negeri Terengganu oleh kepala mereka di UMNO pusat.

Tiada pemimpin UMNO Terengganu yg punya gigi dikalangan pemimpin teratas UMNO. Jauh sekali dalam BN. Yang ada dilantik untuk sekadar penyeri pemenuh kuota 'wat lawo' sahaja. Tajinya tiada.

Orang agih peruntukan pembangunan tak setimpal pengorbanan Terengganu serahkan hak petroleum. 5% royalti mula mula dikawal pusat.

Zaman Tun Mahathir wang royalti diarah belanja untuk Perwaja Steel. Buka kilang billion ringgit di Gurun Kedah. Angkut billet besi dari Terengganu melalui Lebuh Raya Timur Barat hantar ke Gurun. Berpuluh treler berat setiap hari. Sampai Samy Vellu pening lebuhraya Jeli Grik asyik runtuh.

Kemudian episod royalti petroleum dinafikan bayaran kepada kerajaan negeri oleh kotornya amalan diskriminasi politik UMNO sehingga mungkir perjanjian. Wang Ehsan dikawal UMNO. Kena lalui meja Tan Sri Shamsudin Hitam di Treasury. Kena pohon minta sedekah. Selanjutnya dijenamaka sebagai Dana Khas. Hinggalah zaman Razif jadi MB, kenyataan "TIADA MINYAK DI TERENGGANU" berani diungkapkan tanpa sikit habukpun bantahan dari UMNO Terengganu. Celaka sungguh...

Kita ada pelabuhan antara paling dalam di Teluk Kalong Kemaman. Ada pakar pelabuhan berbisik, sayang sungguh mengapa ditimbus begitu luas...Kalau tidak bakal jadi tumpuan dunia.

Pelabuhan kemaman yg ada pernah diletak dibawah Kuantan Port Konsortium yg memiliki pelabuhan kuantan. Sudahnya pelabuhan Kuantan segar bermaya, pelabuhan kemaman setakat ada ada saja..

Seluruh pantai timur semenanjung, industri pembinaan dan pembaikan kapal moden sudah sedia maju di Kuala Terengganu. Tapi yang dihargai dan diberi publisiti adalah cuma industri bot tradisional kayu yg penuh estetik dan eksotik. "Bot terengganu bina tak pakai paku, tak pakai skru! Kita pakai pasak saja, hebat!". Dalam industri kapal komersil hari ini, siapa peduli paku atau pasak? Yang penting 'fitness for purpose'. Kesesuaian untuk tujuan apa ia dibina.

Orang luar hargai kita. Tapi orang kita, tak hargai aset yang ada dikalangan kita. Tenaga kepakaran yg ramai berhijrah merata sampai Singapura dan Timur Tengah. Yang lebih malang, pakar eletrikal, pakar kemasan dalam , paip akhirnya tukar profesion. Jual nasi bajet pun ada.

Nelayan kita paling ramai bilangan di Malaysia. Tapi miskin. Penghasilan ikan tak munasabah dengan bilangan nelayan.

Saya teringat laporan Ketua Audit Negara berkenaan bagaimana duit petroleum Terengganu digunakan lebih RM100 juta untuk bina rumah rakyat dalam negeri Terengganu, yang peliknya belanja lebih RM700 juta untuk bina rumah dinegeri negeri lain luar dari Terengganu.

Kontraktor Melayu pun paling ramai di Malaysia. Sebab tu begitu lama Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia datang dari Terengganu. Tapi mana ada kontraktor yg besar yg gah melaksanakan projek di Terengganu?

Hari ini kalau ada projek, orang duk bercakap, lepas dapat kat liziz, liziz lagi. Lepas tu barulah dapat kat syarikat lain....proksi liziz lagi! Itu jadi buah mulut kalangan kontraktor.

Mungkin jika ada senarai panjang anugerah projek di Terengganu, nilai, nama kontraktor, kita boleh telitikan satu persatu...soheh atau tidak.

Sekarang perhatikan pembinaan 50,000 unit rumah rakyat PRIMA yg diumumkan MB Terengganu. Belum apa apa sudah umumkan beri peluang kepada syarikat berpengkalan di Beijing China untuk bina.

"jika berjaya disempurnakan, kesemua rumah PRIMA akan dibina oleh mereka" ujar MB Terengganu pada tahun 2015.

Gergasi dari negara China ini tak buang masa. Buka kilang keluarkan komponen pasang siap IBS secara besar besaran di Hulu Terengganu.

Adalah penyusunan koperatnya agar tak nampak sangat 'beri saja saja' kepada Kontraktor Asing. Tapi moral of the story adalah sama.

Beruk di hutan disusukan. Anak sendiri mati kelaparan.

Macamlah tiada orang Terengganu yang pandai bina rumah setingkat dua. Ia bukan kondominium, bukan apartment.

Sayang sungguh negeri Terengganu. Kita kaya, ramai orang pandai pandai, tapi rakyat pilih mereka yang tidak selayaknya menjaga kepentingan rakyat dan negeri.

Sedangkan orang Terengganu dihormati dan berposisi selayaknya dalam PAS dan Gagasan Sejahtera.

Presiden PAS jadi antara tokoh terpenting dalam dunia Islam Antarabangsa. Punya pengaruh yang boleh menarik rangkaian perekonomian Islam Dunia ke Malaysia dengan dokongan Gerakan Islam seluruh dunia. Punya hubungan institusi institusi pengajian tinggi dunia.

Kita gajah yang kaki kita terbelenggu rantai besi. Putuskan ikatan. Kita akan bergerak gagah menggegarkan dunia.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
26hb Februari 2018

China hapus had penggal pemerintahan Presiden



BEIJING: Parti pemerintah Komunis China hari ini membuka ruang bagi membolehkan Presiden Xi Jinping memerintah tanpa had masa menerusi cadangan memansuhkan fasal perlembagaan yang mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan tertinggi itu kepada hanya dua penggal.

Sejak mengambil alih jawatan lebih lima tahun lalu, Jinping melaksanakan perubahan radikal parti itu termasuk memecat dua pemimpin kanan dianggap tidak boleh disentuh sebahagian daripada perang beliau terhadap rasuah.

Pengumuman itu didedahkan agensi berita Xinhua, tidak banyak butiran. Katanya, cadangan itu dikemukakan Jawatankuasa Pusat parti, badan pemerintah elit terbesar. Cadangan itu juga meliputi jawatan Naib Presiden.

Jinping, 64, ketika ini perlu meletak jawatan mengikut syarat perlembagaan China selepas dua penggal lima tahun.

Beliau kini menghampiri tempoh akhir penggal pertamanya dan akan dipilih semula untuk penggal kedua dalam persidangan tahunan Parlimen China 5 Mac depan.

Tiada had penggal bagi jawatan ketua parti dan tentera, namun kebiasaannya jawatan itu dipegang selama 10 tahun.

Beliau memulakan penggal kedua sebagai ketua parti dan tentera pada Oktober lalu, ketika Kongres parti dianjurkan sekali setiap lima tahun.

Ahli sejarah dan pengulas politik, Zhang Lifan berkata, berita itu sudah dijangka dan sukar untuk meramalkan berapa lama Jinping akan kekal berkuasa.

"Secara teorinya beliau boleh berkhidmat lebih lama berbanding Mugabe, namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang akan berlaku," kata Lifan merujuk bekas Presiden Afrika Selatan yang dipaksa meletak jawatan susulan desakan tentera dan bekas sekutunya.

Bagaimanapun, komen positif dapat dilihat dalam laman media utama kerajaan seperti People's Daily, namun tidak semua menyambut baik berita itu di laman seakan Twitter di China, Weibo.

"Jika dua penggal tidak cukup mereka boleh tambah satu penggal, namun had tetap perlu ada. Tindakan memansuhkannya tidak baik!" kata salah seorang pengguna Weibo. - Reuters

Ku Li perlu ditunjuk ajar mengira dengan betul



oleh: Ahmad Fadhli Shaari

1. Saya membaca kenyataan YBM Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa hampir separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan berhijrah untuk mencari pekerjaan berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu. Ia disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada 23 Februari 2018.

2. Suka untuk saya perbetulkan fakta Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu bahawa jumlah terkini rakyat Kelantan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2015 ialah seramai 1.75 juta orang. Ia bukan 1.2 juta seperti yang dinyatakan oleh Ku Li yang merupakan perangkaan yang telah ketinggalan zaman. Barangkali angka-angka asas tentang Kelantan ini tidak merupakan satu isu penting kepada Ahli Parlimen Gua Musang ini.

3. Jika diandaikan bahawa Ku Li benar-benar memaksudkan angka 1.2 juta jumlah rakyat Kelantan dan hampir separuh daripadanya telah berhijrah, berapakah angka tepat yang dikatakan ‘hampir separuh’ itu? Mungkinkah 500,000 orang? Angka itulah yang paling logik untuk frasa ‘hampir separuh’. Jika kurang daripada angka tersebut maka ia tidak tepat disebut sebagai ‘hampir separuh’.

4. Untuk maklumat Ku Li, jumlah pelajar di Kelantan mengikut data rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ialah 315,908 orang. Letakkan sahaja 300,000. Jika dicampur 500,000 yang berhijrah dan 300,000 maka ia menjadikan jumlah 800,000 orang. Perlu 400,000 lagi untuk mencukupkan bilangan rakyat Kelantan (mengikut Ku Li) seramai 1.2 juta orang.

5. Lihat pula angka jumlah tenaga buruh di Kelantan, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2014, Kelantan mencatatkan jumlah tenaga buruh seramai 637,700 orang. Jika dikira dengan angka Ku Li, ia sudah mencatat lebihan seramai 237,700 (637,700 – 400,000) orang. Jadi apa asasnya dakwaan Ku Li yang menyebut bahawa hampir separuh (500,00 orang atau lebih) daripada 1.2 juta rakyat Kelantan telah berhijrah?

6. Jumlah rakyat Kelantan pada angka semasa (yang berada di Kelantan) pun sudah menghampiri angka 1 juta jika belum dicampur statistik mereka yang terkeluar daripada golongan pelajar dan tenaga kerja. Justeru, dakwaan Ku Li ini ialah dakwaan yang tidak betul. Beliau perlu diajar untuk mengira dengan betul. Jika UMNO bahu bergantung kepada individu yang ditarik gelarannya dari Istana Kelantan pada tahun 2010 ini, saya kira UMNO Kelantan menempah langkah yang silap. Lebih baik Ku Li menumpukan perhatian ke arah usaha mengagihkan 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang siap dibina di Jalan Persiaran raya di Bandar Baru pada tahun 2015. Adakah benar sampai ke hari ini ia gagal dipenuhkan hanya semata-mata pemilihan antara kem yang ada di dalam UMNO Gua Musang? Saya hanya bertanya sahaja.

7. Jangan menjadi seperti seorang Menteri yang minggu minggu lepas mendakwa bahawa 25 peratus daripada 657,000 (angka beliau) tenaga kerja di Kelantan ialah penganggur. Bermakna 164,250 orang penganggur sedang berada di Kelantan pada masa ini! Sedangkan perangkaan penganggur di seluruh negara ialah 504,100 orang pada tahun 2016 dan adalah tidak munasabah angka di Kelantan pun melebihi 30 peratus dari angka tersebut! Ditambah pula kadar pengangguran di Kelantan pada tahun 2014 ialah 3.3 peratus menyamai angka nasional juga pada tahap 3.3 peratus pada tahun lepas! Bandingkan pula dengan Terengganu yang kadar penganggurannya pada tahun 2014 ialah pada angka 4.2 peratus!

8. Apakah semestinya menjadi pemimpin UMNO itu perlu gagal dalam kira mengira?

AHMAD FADHLI BIN SHAARI adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan

Sumber berita :
1. Kenyataan Ku Li : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/392062/kelantan-mundur-gagal-sedia-peluang-kerja
2. Kenyataan Menteri (25 peratus tenaga kerja Kelantan menganggur) : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/392062/kelantan-mundur-gagal-sedia-peluang-kerja
3. Statistik pelajar di Kelantan : http://jpnkelantan.moe.gov.my/v1/
4. Statistik tenaga kerja di Malaysia : http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2015/05/1-DATA-ASAS-MALAYSIA1.pdf
5. Laporan penyiasatan tenaga buruh di Malaysia : https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=VFZORE1VTnRBU1ArZWVnbU1xMmQ2Zz09
6. Laporan kadar pengganguran di Malaysia : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/trend-pengangguran-negara-meningkat-midf-research-94950
7. Kadar pengangguran Kelantan dan Terengganu 2014 : http://www.mida.gov.my/home/administrator/system_files/modules/photo/uploads/20160905195333_SeminarPelaburan_UTEN.pdf
8. Kadar pengangguran negara : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kadar-pengangguran-8232-di-malaysia-dijangka-3-3-1.473388

Agihan kerusi PAS dah selesai



BANGI: PAS mengumumkan parti itu sudah selesai dalam proses agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara, demikian menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh.

Malah katanya, parti itu juga sudah memuktamadkan senarai calon sekurang-kurangnya tiga nama yang akan bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“PAS sudah siap. InsyaAllah kita berjaya menetapkan kerusi yang akan kita bertanding di dalam Parlimen dan juga DUN bagi kerusi masing-masing di seluruh negara.

“Kita sudah siap calon kita, setiap Parlimen kita ada tiga calon sekurang-kurangnya dan semua senarai calon akan sampai kepada MSU,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MSU yang berlangsung di Bangi hari ini.

Katanya, parti berteras Islam itu juga bakal menurunkan calon bukan Islam mewakili parti untuk diletakkan bertanding di kawasan majoriti bukan Islam.

“Itu orang lain, bukan kita (PAS). Kita bertanding atas tiket PAS. Kita akan bertanding di kerusi-kerusi yang majoriti Islam, majoriti Melayu. Ada calon-calon yang dihantar oleh PAS, di dalam Gagagan Sejahtera yang akan bertanding di kawasan majoriti non Muslim.

“Ya, dalam PAS ada calon non Muslim, ada calon wanita. Calon wanita dalam PAS lebih ramai dari calon dalam Umno,” ujarnya.

Katanya, senarai akhir nama-nama calon akan diumumkan menjelang pengumuman tarikh PRU14.

Semalam, Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan MSU telah meluluskan 90% senarai calon yang dihantar PAS negeri untuk bertanding pada PRU14.

Sebelum ini, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan partinya mahu memenangi 40 buah kerusi dan mempertahankan Kelantan, memerintah semula Terengganu dan Kedah, memimpin Selangor.

PAS berkata demikian, kerana mahu mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, walaupun sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri.

Pada PRU lalu PAS hanya menang 21 kerusi daripada 76 kerusi yang ditandingi, DAP bertanding 51 kerusi danmenang sebanyak 38 kerusi dan PKR pula menang 30 kerusi daripada 99 kerusi.--Antarapos















________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PAS kekal dan selaraskan bai'ah




BANGI: Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang bermesyuarat hari ini memutuskan sumpah taat setia atau bai'ah akan diselaraskan untuk semua calon parti itu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

Pada masa sama, Setiausaha MSU PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata sebarang penambahan termasuk lafaz taklik perceraian talak tiga adalah bergantung kepada keperluan yang akan diteliti sebelum dimuktamadkan.

Beliau berkata setiap calon yang bertanding menggunakan nama PAS, perlu melafazkan bai'ah sebagai janji mengikut segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Katanya, lafaz taat setia akan turut merangkumi calon parti berkenaan yang bukan beragama Islam, dalam bentuk ikrar dan janji mematuhi segala syarat dan peraturan ditetapkan.

"Begitupun, lafaz bai'ah akan diselaraskan, hanya akan ada satu lafaz kecuali sekiranya ada keperluan yang difikirkan perlu bagi negeri tertentu maka MSU membenarkan kepada mereka (PAS negeri) untuk membuat sebarang penambahan.

"Namun, sebarang penambahan kepada bai'ah (termasuk taklik perceraian talak tiga) perlu dikemukakan kepada MSU dan majlis akan meneliti sama ada ia perlu atau tidak sebelum dimuktamadkan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat MSU di sini, hari ini.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas mengenai persiapan parti menjelang PRU-14, Nik Muhammad berkata, PAS sudah selesai menetapkan jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang akan ditandinginya di setiap negeri.

Beliau berkata sekurang-kurangnya tiga orang calon disenarai pendek untuk bertanding di setiap kerusi parlimen dan semua nama itu sudah pun sampai ke MSU.

Katanya, pada PRU-14 ini PAS juga mempunyai calon bukan Islam dan calon wanita.

"Insha-Allah, calon wanita dalam PAS lebih ramai daripada UMNO. Siapa calon berkenaan, semua akan diumumkan menjelang PRU-14 nanti," katanya.

Sebelum ini, laporan media menyebut PAS mungkin mengkaji semula bai'ah dalam kalangan calon pilihan rayanya selepas timbul kontroversi terutama membabitkan taklik talak tiga.BHarian











________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Cah Keting: Anggota Terlibat Akan Dipecat - Ahmad Razif


KUALA NERUS -- Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota parti itu yang didapati cuba sabotaj calon yang terpilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sikap 'cah keting' atau musuh dalam selimut ini perlu dihapuskan kerana ia dibimbangi akan menggugat perpaduan di dalam parti sekaligus menyebabkan parti menerima kekalahan.

"Seperti mana yang dikatakan oleh Timbalan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) BN takkan kalah jika tidak kerana orang BN yang membuatkannya kalah.

"Jadi soal cah keting, musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan (di dalam parti) perlu dihapuskan...jika ia tidak berlaku sudah pasti BN akan terus berkuasa (di Terengganu).

"Di Terengganu, kita akan pastikan anggota yang didapati berbuat demikian dipecat dari parti kerana kita tidak akan berkompromi dengan mereka ini...kalau kita nak menang kita kena pastikan unsur-unsur ini tidak wujud," tegasnya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pasar Tani Gong Badak di sini hari ini.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu mengulas peringatan yang diberikan Ahmad Zahid dalam Majlis Taklimat Persiapan 2.0 menjelang PRU14 di Bangunan Tunku, Alor Setar, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya juga mahu semua pihak supaya berlapang dada menerima siapa jua calon yang terpilih mewakili parti pada PRU nanti.

Beliau juga mahu semua parti komponen memiliki semangat juang yang tinggi dan tidak terlalu mengharapkan UMNO selaku tulang belakang BN untuk meraih sokongan.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat negeri supaya terus membantu parti-parti komponen lain dalam BN.-- BERNAMA









________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PAS Negeri Sembilan Bertanding Bagi Semua Kerusi DUN Dan Parlimen




SEREMBAN, 25 Feb -- PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-14, kata Pesuruhjaya PAS negeri Mustaffa Daharun.

"Kita juga akan meletakkan sekurang-kurangnya 11 calon bukan Islam, yang akan bertanding atas tiket PAS, di kawasan yang majoritinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak," katanya kepada pemberita selepas majlis perisytiharan Gagasan Sejahtera dan pelancaran jentera pilihan raya PAS, di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu akan melancarkan manifestonya pada 11 Mac ini, yang antaranya mengandungi Wawasan Induk Negara Sejahtera dan Dokumen Hijau yang menampilkan aspek dari segi ekonomi.-- BERNAMA








________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PRU-14: Pengagihan Kerusi BN Masih Dibincang



KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Pembahagian kerusi bagi Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih dalam perbincangan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Masih lagi dibincang...belum ada keputusan, kita serah pada Pengerusi (BN)," jawabnya ketika ditanya media mengenai pengagihan kerusi BN bagi PRU14 selepas menyempurnakan majlis pelepasan program larian 'Big Walk Volunteer in Community Engagement' (VOICE) bersempena sambutan Hari Wilayah 2018.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO, sebelum ini berkata parti itu telahpun menyerahkan senarai calon berpotensi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdiri daripada gabungan muka baharu dan calon berpengalaman.

Selain UMNO, Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam juga dilapor telah menyerahkan senarai lengkap nama calon yang akan bertanding bagi sembilan kerusi Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 kepada Najib, yang juga Pengerusi BN.

MCA pula, sementara menunggu 'restu' Najib, telah mengumumkan beberapa nama calon parti itu bagi kerusi Parlimen dan DUN, antaranya bagi kerusi Parlimen Labis, Padang Serai, DUN Sekinchan dan DUN Bekok, selain meletakkan kriteria utama pemilihan kepada calon yang 'rajin turun padang'.

Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai usaha menarik anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi, Tengku Adnan berkata pelbagai sesi penerangan telah diatur untuk meningkatkan kesedaran golongan muda untuk mengundi dan kepentingan undi mereka bagi masa depan negara.

"Ada antara mereka yang ambil mudah, ada yang tidak kisah, tapi kami akan mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi," katanya.

Program VOICE tahun ini disertai kira-kira 500 sukarelawan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain.

Inisiatif baharu itu bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelawan melalui penglibatan komuniti di semua peringkat.-- BERNAMA











________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

KT Bypass jalan Persekutuan tapi negeri tanggung?



Oleh:YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH

Kerajaan Persekutuan terus memperbodohkan Kerajaan BN Terengganu. KT BYPASS merupakan jalan persekutuan yang mesti dibina oleh Kerajaan Persekutuan daripada peruntukan mereka. Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi Persekutuan tidak pernah lupa dan berkecuali untuk memungut GST dan segala bentuk cukai bawah bidangkuasa mereka daripada rakyat Terengganu. http://www.kkr.gov.my/ms/node/38680

Pengarah Kewangan Negeri Terengganu 2016 bawah perbelanjaan pembangunan iaitu P 04910 anggaran perbelanjaan projek sebanyak RM250 juta.

Jika projek ini dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri boleh menggunakan sebahagian daripada RM250 juta untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak memadai dengan bayaran pampasan pengambilan tanah dan rumah mereka kerana projek ini.

Kerajaan Negeri juga boleh menggunakan RM250 juta untuk kepentingan rakyat di bawah bidangtugas Kerajaan Negeri. Antaranya, Kerajaan Negeri boleh menaja biasiswa RM25,000 setiap mahasiswa yang berjumlah seramai 10,000 orang untuk menamatkan Ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi.

Kerajaan Persekutuan terus mengabaikan tanggungjawabnya dan Kerajaan Negeri terus pening dalam mengurus pembangunan negeri. Ini adalah salah satu senarai projek Persekutuan dengan menggunakan peruntukan Negeri.. Senarainya panjang.. Tunggu siri BONGKAR ISU yang seterusnya..

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH adalah ketua Penerangan PAS terengganu.

Tengku Razaleigh jangan asyik recycle fitnah lama burukkan Kelantan



TENGKU RAZALEIGH JANGAN ASYIK RECYCLE FITNAH LAMA BURUKKAN KELANTAN

Modal yang sama direcycle umno bertahun - tahun "Kelantan miskin, takda peluang pekerjaan, terpaksa hijrah ke negeri lain untuk cari makan". Mereka lupa, bab hijrah ni bukan orang Kelantan sahaja. Sabah, Sarawak, Kedah, Johor, Pulau pinang dan semua negeri lain, rakyat mereka ramai yang berhijrah ke Lembah Klang.

Nampaknya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah masih duduk dalam tahun 2000 kerana mengatakan Penduduk Kelantan hanya 1.2 juta orang sedangkan rekod bancian pada 2015 merekodkan jumlah terkini 1.75 juta orang.

Kelantan miskin? Kalau benar Kelantan miskin, pasti ada isu kebuluran dilaporkan. Data laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri menunjukkan kadar kemiskinan Kelantan pada 2012 sebanyak 2.7% berjaya dikurangkan kepada 0.9% pada 2014. Kadar kemiskinan kelantan sama dengan Sarawak iaitu 0.9% tapi lebih baik dari Labuan 1.1% dan Sabah 4.0%.

Malah Peratus isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) pada 2014 yang direkodkan oleh EPU menunjukkan rekod Kelantan lebih baik berbanding beberapa negeri lain dengan 8.5% sahaja. Negeri lain yang ditadbir BN Dan PH seperti Johor adalah 8.7%, Sabah 9.2%, kedah 10%, Sarawak 11.2%, Selangor 12.3% dan Perak 13%.

Kelantan tidak membangun? Pembangunan Kelantan memang "slow" kalau dibanding dengan negeri maju kerana duit Royalti Minyak Kelantan dicuri oleh Persekutuan.

Tapi itu bukan bermakna tiada pembangunan langsung. Kelantan meneruskan pembangunan tanpa menekan poket rakyat secara keterlaluan melalui cukai. Atas nama pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah pentadbiran BN pada 2014 menaikkan kadar cukai taksiran sebanyak 10% untuk perumahan dan 25% untuk komersial hingga meningkatkan kos hidup rakyat.

Perniagaan persendirian seperti penjaja kecil banyak di Kelantan dan kos hidup masih murah berbanding negeri - negeri maju di Lembah Klang.

Sumbangan Persekutuan juga amat sedikit kerana Kelantan dianak tirikan sejak ia bersama PAS.

Walaupun begitu rekod laporan KDNK Jabatan Perangkaan bagi 2016 menunjukkan Kelantan mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8%. Ini berbeza dengan negeri lain di Bawah BN yang dapat pelbagai peruntukkan tetapi masih di tangga tercorot negeri-negeri miskin dan mempunyai KDNK yang rendah seperti Pahang (2.0%) Sarawak (2.3%), Terengganu (3.1%). Manakala kedah (3.2%), Perlis (3.9%), Perak (4.1%), Melaka (4.5%) dan Sabah (4.7%). Selangor sebuah negeri maju pula KDNKnya pada 2016 sama dengan Kelantan iaitu 4.8%.

Kemasukan Pelancong domestik dan Antarabangsa ke negeri Kelantan juga meningkat dari 4.9 juta pada 2011 kepada 5.1 juta pada 2015. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman melaporkan pada 2016 jumlah kedatangan pelancongan terus meningkat kepada 5.8 juta.

Walaupun terus difitnah oleh Umno-BN dan PAN-PH, PAS Kelantan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam pelbagai segi. Laporan Jabatan Audit Negara pula memberikan skor Cemerlang bagi pengurusan audit kewangan Kelantan yang mencapai 99%. Ini membuktikan Kelantan mempunyai tadbir urus yang sangat baik dibawah pentadbiran PAS sejak tahun 1990.

Rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan akan mengekalkan pentadbiran sedia ada. Hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan istana juga sangat baik dan sukar untuk dipertikaikan. Semoga Allah terus rahmati negeri serambi mekah ini dengan warganya yang menyayangi Ulama' dan penuh kemakmuran.

#up #Allahuakhbar #tolakbn #tolakph

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
24 Februari 2018

DAP sokong homoseksualiti?



Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago, diketahui merupakan salah seorang penyokong kuat kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender).
Pada 21 November 2017, Charles memuatkan satu kenyataan bertajuk “Hari Peringatan Transgender: Hapuskan Undang-Undang Mendiskriminasi Terhadap Masyarakat Transgender” (“Transgender Day Of Remembrance: End Discriminatory Laws Against the Transgender Community”) di laman Facebook beliau.

Di dalam kenyataan ini, Charles menulis: “Saya menggesa anda menyertai saya di dalam mendesak Kerajaan Malaysia supaya menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan transgender. Dan saya juga menyeru semua jabatan agama negeri, termasuk JAKIM dan JAIS, supaya menghentikan penahanan arbitrari ke atas perempuan transgender (mak nyah).” (“I ask that you join me in requesting the Malaysian government to repeal all laws and regulations that discriminate against transgender people. And I also call on all state religious departments, including JAKIM and JAIS, to end arbitrary arrests of transgender women.”)

Saya bagaimanapun tidak memandang terlalu serius kenyataan Charles pada 21 November 2017 ini kerana ia mungkin hanyalah merupakan kenyataan peribadi Charles yang tidak mencerminkan pendirian rasmi DAP, apatah lagi bila kenyataan ini tidak dimuatkan di dalam laman rasmi DAP sendiri.

Bagaimanapun, pada 21 Februari 2018, Charles sekali lagi memuatkan satu kenyataan bertajuk “Hentikan Bigotri & Kebencian Terhadap Golongan LGBT” (“Stop Bigotry & Hatred Against the LGBT People”) di laman Facebook beliau.

Pada hemat saya, kenyataan Charles pada *21 Februari 2018* ini perlu dipandang berat kerana ia mengandungi seruan yang lebih meluas daripada kenyataan beliau pada 21 November 2017 kerana kenyataan beliau pada 21 November 2017 sekadar mendesak Kerajaan Malaysia supaya menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan transgender manakala kenyataan beliau pada *21 Februari 2018* ini menyebut bahawa “Kerajaan Malaysia mesti menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan LGBT dengan segera” (“the Malaysian government must repeal all laws and regulations that discriminate against the LGBT people without further delay”) kerana “undang-undang yang menjadikan homoseksualiti sebagai satu jenayah, seperti di Malaysia, mendatangkan satu ancaman serius kepada hak-hak asasi individu-individu lesbian, gay, biseksual dan transgender” (“laws criminalizing homosexuality, as in Malaysia, pose a serious threat to the fundamental rights of lesbian, gay, bisexual and transgender individuals”).

Lebih serius lagi, selain disiarkan di dalam portal berita Malaysia Kini di bawah tajuk “Bigotri Terhadap Masyarakat LGBT Mesti Dihentikan” (“The Bigotry Against The LGBT Community Must Stop”) pada 21 Februari 2018, kenyataan Charles ini turut dimuatkan di dalam laman rasmi DAP sendiri di bawah tajuk “Hentikan Bigotri & Kebencian Terhadap Golongan LGBT” (“Stop Bigotry & Hatred Against the LGBT People”) pada 21 Februari 2018 yang memberikan gambaran bahawa kenyataan Charles ini mencerminkan pendirian rasmi DAP sendiri.

Seperti kita ketahui, di peringkat Pusat, di bawah Seksyen 377B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan untuk melakukan liwat sama ada secara sukarela (Seksyen 377B) atau secara paksa (Seksyen 377C).
Begitu juga di peringkat Negeri di mana adalah menjadi satu kesalahan untuk melakukan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.

Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 contohnya memperuntukkan bahawa “Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”.

Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 pula memperuntukkan bahawa “Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”.

Begitu juga dengan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 yang memperuntukkan bahawa “Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

Sepatutnya, jika Charles dan DAP benar-benar serius mahu menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan LGBT dengan segera, maka Charles dan DAP wajib terlebih dahulu mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghapuskan Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah diketuai oleh DAP sendiri, dan bukannya mendesak Kerajaan Malaysia yang tidak diketuai oleh DAP.

Sehubungan dengan itu, sangat menarik untuk dilihat pendirian rakan kongsi DAP di dalam Pakatan Harapan, khususnya AMANAH yang meletakkan di dalam Fasal 3(1) dan Fasal 3(2) Perlembagaannya bahawa “dasar dan tujuan AMANAH” adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” dan “mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)”, mengenai sokongan Charles dan DAP terhadap homoseksualiti ini.

Telegram:

telegram.me/DrKamarulYusoff

Indeks Rasuah Naik Sebab Banyak Kes Korupsi Pakatan Harapan



Tentu semua maklum kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ramai pemimpin pembangkang akibat pelbagai skandal korupsi sepanjang tahun lalu.

Pandangan dunia luar terhadap negara ini dalam isu rasuah jatuh dan lebih buruk ada negeri diperintah Pakatan Harapan (PH) enggan melakukan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dijayakan SPRM.

Lebih malang, ada ketua kerajaan negeri dikuasai blok pembangkang terbabit dalam isu penyelewengan kuasa sehingga terpaksa dihadapkan ke mahkamah tetapi lucunya suspek tersebut enggan bercuti atau letak jawatan!

Justeru kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 turun ke-62 daripada 180 buah negara berbanding posisi ke-55 pada 2016 adalah disebabkan oleh amalan rasuah pemimpin pembangkang sendiri.

Terima kasih atas tindakan pantas SPRM yang agresif, ramai pemimpin PH ditangkap atas pelbagai skandal dan jika tidak diambil tindakan proaktif, pihak pembangkang ini akan terus bebas mengamalkan rasuah sesuka hati mereka.

Jom kita selak beberapa kes melibatkan duit rakyat marhaen demi kepentingan peribadi dan kroni:

29 Jun 2016 – Tangkapan terbesar dan sensasi tahun itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan SPRM. Lebih aib, dia dicekup sebaik selesai Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Komtar, George Town.

Setiausaha Agung DAP itu ditahan kerana kes pembelian banglo mewahnya di Jalan Pinhorn yang cetus kontroversi kerana diskaun harga murah bawah nilai pasaran semasa. Sudahnya, Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah.

Ini kerana salah guna kuasa isu status tanah dan pembelian banglo. Sampai ke hari ini, dua kes rasuah itu masih di mahkamah. Guan Eng seolah-olah takut untuk mempercepatkan proses kes rasuahnya dibicarakan di mahkamah.

Kalau tidak bersalah kenapa perlu takut? Adakah takut masuk penjara awal kerana memang bersalah? Orang kalau tidak bersalah akan berusaha bersungguh sungguh untuk menyelesaikan kes yang ada untuk bertugas seperti biasa.

Itu tidak berlaku pada Guan Eng sekali gus bermakna dia tahu silap dan bersalah. Lihat sahaja raut mukanya semasa kena tahan sudah tahu dia memang bersalah. Terbaharu, skandal projek terowong dasar laut yang bernilai mega!

13 April 2017 – Orang kanan dan proksi kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dari PKR iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Adam Rosli ditahan SPRM kerana memiliki kekayaan luar biasa.

Dia yang terkenal dalam kalangan penduduk dengan gaya hidup mewah di kawasan tersebut disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Adam ada kekayaan luar biasa sampai mampu miliki banglo mewah ala Disneyland serta beberapa kereta mewah apabila terbongkar.

Apabila ditanya dapat banyak duit dari mana? Dia kata konon pinjam ah long. Kemudian pembohongannya itu kantoi terbongkar apabila si ah long tersebut tampil sendiri menafikan pernah memberi pinjam duit kepadanya.

1 Ogos 2017 – Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah. Dia ini memang dikenali sebagai ‘kaki pukul’ Tun Mahathir Mohamad dalam parti berlambang bunga itu.

Maklumlah suka sangat hentam orang, alih-alih dia pula yang kena tangkap bab rasuah melibatkan skandal urusan pembelian hotel mewah milik Felda di kota London, Britain dan Kuching, Sarawak terlebih daripada harga pasaran.

12 Ogos 2017 – Selepas Guan Eng, muncul Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula ditahan oleh SPRM berhubung siasatan kes kilang haram di Bukit Mertajam.

Malah lebih lucu, Guan Eng kemudian membuktikan pihak kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada kaitan curiga dengan premis terbabit kerana dikesan pernah tangguh tindakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Dasar menunda tindakan ke atas struktur haram itu dibuat secara sengaja. Apakah kerajaan DAP ada kepentingan dalam saham kilang haram itu sampai mati tujuh orang kampung dan puluhan sakit akibat debu premis tersebut?

19 Oktober 2017 – Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditahan SPRM negeri itu berkaitan siasatan penyelewengan dana projek pembangunan luar bandar di Sabah yang berjumlah RM1.5 bilion.

Turut ditahan ialah Ketua Pemuda Warisan dan Naib Presiden Warisan Sabah. Ia sekali gus membongkar rahsia banyak projek prasarana Kerajaan Persekutuan terbengkalai di negeri itu sepanjang Mohd. Shafie menjadi menteri.

30 November 2017 – SPRM cekup anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir di sekitar negeri termaju itu. Dia direman di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Dalam kes tersebut, beberapa akaun syarikat berjumlah RM4 juta dibekukan. Kegiatan perlombongan galian secara haram itu turut menyebabkan siri banjir kilat dan kualiti air sungai berubah menjadi teruk akibat tiada kawalan.

Namun Azmin cuma mampu sindir Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) konon patut malu dengan pasukan Iraq dapat bermain di padang pasir walhal fakta menunjukkan stadium di negara itu kini lebih moden daripada Selangor.

Sepanjang dua tahun lepas, memang ramai sungguh pemimpin dan kroni pemimpin pembangkang yang ditahan kerana rasuah dan lebih gempar, skandal mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) lesap RM32 bilion.

Ini memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tahun lalu bagi meneliti semula kes terbesar dalam sejarah kewangan dunia itu yang berlaku semasa era Mahathir sebagai perdana menteri keempat pada 1993.

Seleweng duit rakyat, projek mewah dan aktiviti tidak sihat melibatkan puluhan bilion ringgit dana warga marhaen. Ini belum lagi masuk dua isu besar mengenai kes terowong dasar laut di Pulau Pinang dan tanah rakyat di Selangor.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sampai ke hari ini takut hendak tandatangan IBR. Apa yang Azmin takut sangat? Adakah banyak sangat skandal Azmin yang masih belum dikorek dan disiasat secara terperinci oleh SPRM.

Skandal terbaharu yang melibatkan nama Azmin di Selangor iaitu tanah penduduk kampung di Ijok, Sungai Yu, Paya Indah Wetlands waima isu SPLASH pun enggan dijawab tuntas oleh Azmin dan masih dalam siasatan SPRM. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA








________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo