Undi Tun M umpama telan kaca - Dr. Azmi Shahrom


KUALA LUMPUR 21 Jan. - Langkah mengundi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), disifatkan bagaikan sesuatu yang sukar dan pahit untuk ditelan. 

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Dr. Azmi Sharom turut mempertikaikan usaha Pakatan Harapan diketuai DAP yang memberi mandat kepada Dr. Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri sementara jika menang dalam PRU-14.

“Jadi dengan hasrat mahu mengubah kerajaan sedia ada... mengubah apa sehingga membawa balik pemimpin lama. Ia bagaikan seperti menelan ‘kaca’ dengan mengundi Dr. Mahathir. 

“Walaupun saya secara peribadi tidak puas hati dengan pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara, namun saya masih terpaksa mengundi parti pembangkang,” katanya pada sesi forum Pasca 1MDB di Malaysia: Apa Masa Depan Yang Kita Ada, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan; Felo Institut Pulau Pinang, Dr. Wong Chin Huat dan Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Zaid Kamaruddin. – UTUSAN ONLINE



Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget