UMMAH kemuka tujuh isu kritikal



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/4745-ummah-kemuka-tujuh-isu-kritikal

NUR HASMIRA MOHAMAD | FOTO FIKRI YUSOF 14 JANUARY 2018

KUALA LUMPUR: Tujuh Kluster Ummah yang membawa agenda memartabatkan agama Islam dan memperkasakan Melayu dan Bumiputera telah berjaya dibentangkan pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang dilangsungkan di Pusat Islam, di sini semalam.

Di dalam Kluster Undang-undang dan Syariah yang dibentangkan oleh Dato' Dr Wan Ahmad Fauzi, beliau membangkitkan keperluan sekatan di dalam Perlembagaan Persekutuan kepada penganut bukan agama Islam.

Jelas beliau, berlaku menyebarkan fahaman agama lain dan ajaran sesat kepada penganut Islam yang bermakna kaum majoriti negara ini seolah-olah dicabar dengan pelbagai doktrin mutakhir ini.

Sementara itu, dalam Kluster Pendidikan, Dato' Rauf Husin menyenaraikan beberapa keutamaan yang harus diambil penekanan antaranya mengadakan sekolah satu aliran dan program Dwi Bantuan Pembelajaran.

Beliau turut menggesa Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris mesti dimansuhkan, selain Sekolah kebangsaan dan institusi-institusi pendidikan agama mesti dimartabatkan.

Beliau turut menyentuh hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pendidikan, termasuk penganugerahan biasiswa dan penempatan pendidikan yang mesti dikembalikan selaras peruntukan Perlembagaan Malaysia 153.

Sementara dari Kluster Dakwah, Dato Wan Mohamed menegaskan usaha dan inisiatif dakwah di negara ini wajib diteruskan walaupun berada di kubu orang yang bencikan Islam.

Beliau turut mengutarakan kebimbangannya betapa segala usaha dakwah di negara ini masih belum mencukupi dan menuntut dokongan bersama banyak pihak.

"Dalam masa sepuluh tahun daripada 2007 sehingga 2017, yang didaftarkan memeluk Islam, kaum Cina hanya 13,000 lebih, kaum India 8700 lebih. Saya bimbang saya terpaksa buat rumusan bahawa usaha dakwah kita tidak mencukupi.

"Kita lebih banyak sibukkan dengan melihat kekurangan dan kelemahan pihak yang semuanya mengaku menjalankan kerja dakwah," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman dalam pembentangan Kluster Ekonomi berkata, isu jurang pendapatan orang Melayu berlaku apabila kaum Melayu yang merupakan majoriti memiliki pendapatan rendah.

Sementara dalam Kluster Sosial, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan menyeru kaum Melayu dan Islam di negara ini melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut cara yang betul agar oang Melayu dan Islam tidak lagi dipandang rendah.

Kluster Ummah Siswa yang diwakili Presiden GAMIS, Muhammad Faizuddin Mohd Zai membangkitkan kemelut melanda anak muda pada hari ini di mana telah hilang jati diri kerana dibesarkan dalam suasana yang tidak adil dan tidak sihat. - HARAKAHDAILY 14/1/2018
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget