NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umat Islam bersatu untuk Palestin




Oleh: NUR HASMIRA MOHAMAD | FOTO FIKRI YUSOF 28 JANUARY 2018
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10-dunia/4991-umat-islam-bersatu-untuk-palestin


PUTRAJAYA: Umat Islam hari ini belum mencapai tahap yang utuh untuk membebaskan Palestin kerana masih terdapat perselisihan dan perbezaan yang berlaku dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Justeru, semua perbezaan tersebut harus dihentikan dan mesti diperkukuhkan demi menyatakan kebersamaan umat Islam di seluruh dunia untuk memastikan matlamat membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis tercapai.

Pimpinan ulama Iraq, Syaikh Dr Muthanna adh-Dhari daripada menyebut, walaupun rakyat Iraq sedang berhadapan kemelut peperangan di tempat sendiri, namun isu Palestin tidak pernah dilupakan.

"Kami di era ini telah memainkan peranan untuk memastikan isu Palestin tidak dilupakan oleh rakyatnya. Warga Iraq walaupun mereka berdarah setiap hari dan walaupun konspirasi berterusan sehingga pada hari ini, tapi kami tetap meletakkan tuntutan membebaskan Palestin kepada tuntutan yang paling tinggi dalam perjuangan kami," katanya dalam ucapan amanat ulama di perhimpunan MyAqsa, di sini semalam

Demikian juga pendirian sama ditegaskan oleh pimpinan ulama India, Maulana Dr Sayyid Salman al-Husaini an-Nadwi yang menyeru umat Islam tidak mudah terpedaya dengan agenda Amerika Syarikat di mana telah memberi gambaran terhadap pejuang-pejuang Islam sebagai teroris.

Tegas beliau, musuh umat Islam adalah Amerika, Britain dan sesiapa sahaja yang bersama mereka, termasuk paling kritikal melanda umat Islam ialah musuh Islam yang mengenakan label-label terorisme kepada para pejuang Islam.

"Maka kita jangan bertukar, kita mengenali siapa mereka, kita mengenali siapa pejuang Islam dan kita mengetahui apa itu jihad dan kita teruskan perjuangan ini," katanya.

Mewakili negara Mauritania, Syaikh Dr Muhammad ad-Diduu menyifatkan himpunan MyAqsa adalah himpunan jelas menggambarkan bahawa umat Islam di seluruh dunia bersatu hati dalam isu Palestin. 

Dalam ucapannya, beliau turut menyebut agar rakyat Palestin yang dijadikan tahanan tentera Zionis agar bersabar sehingga usaha membebaskan bumi al-Aqsa tercapai.

"Kami sentiasa bersama kamu dan tunggulah kemenangan pasti akan tiba dan umat Islam masih hidup dengan jihadnya," katanya yang telah diterjemah oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sementera itu, Malaysia yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir  Baharom berkata, Malaysia telah mengambil pendirian yang amat tegas dalam isu Baitul Maqdis. 

Jelasnya, kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pada persidangan khas OIC di Istanbul, Turki menjelaskan bahawa Malaysia akan selamanya tetap mempertahankan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.

Himpunan MyAqsa yang berlangsung di Dataran Perbadanan Putrajaya selama tiga hari telah menghimpunkan ratusan sarjana Islam dari 30 buah negara di samping lebih 3000 umat Islam dari seluruh dunia bersama-sama menyatakan solidariti terhadap pembebasan Masjidil Aqsa. - HARAKAHDAILY 28/1/2018 

________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo