Tuntutan Konvensyen Kebangkitan Ummah


KONVENSYEN KEBANGKITAN UMMAH yang berlangsung pada 13 Januari 2018 di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur mencadangkan tuntutan-tuntuan berikut:   


Undang-Undang dan Syariah:

A.      Menubuhkan SURUHANJAYA KEDAULATAN NEGARA (SUKEN) bagi memastikan keutuhan perlembagaan dari digugat oleh mana-mana pihak dengan matlamat berikut:.

1.       Untuk menyebarkan kefahaman dan tafsiran yang betul lagi bersifat watan tentang kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
2.       Untuk memastikan prinsip pengharmonian undang-undang Malaysia digubal dan dikuatkuasakan di atas premis kedaulatan watan Raja-raja Melayu bersumberkan ajaran Islam.
3.       Untuk mengukuhkan gagasan dan aktiviti pembinaan jati diri bangsa Malaysia berasaskan watan Tanah air.
4.       Untuk menyebarkan falsafah ketatanegaraan negara berpaksikan watan Tanah air ke dalam sanubari setiap warganegara.
5.       Untuk mencegah sebarang faham subversif dan anasir negatif yang bercanggah dengan kedaulatan watan Raja-Raja Melayu yang merupakan teras kedaulatan Malaysia.

B.    Penguatkuasaan prinsip perundangan Islam dalam bidang kuasa Senarai I Jadual 9 melalui proses pengharmonian.

Pendedahan undang-undang Islam kepada semua hakim Mahkamah Sivil.
Pemerkasaan Mahkamah Syariah dan latihan kehakiman.
Ke arah pelaksanaan undang-undang Islam secara syumul.

C.    Sekatan penyebaran doktrin dan agama lain dalam kalangan orang Islam.

Pembentukan sebuah Suruhanjaya untuk memantau dan memelihara kedaulatan watan, prinsip perlembagaan dan hak kebebasan beragama bagi orang Islam dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Pendidikan:

1.   Memperkukuhkan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara dengan memperkasakan J-qaf di sekolah rendah (2005),dan meneruskannya diperingkat sekolah menengah.

2.   Memperkasakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

3. Mengembalikan peruntukkan dan bantuan khas serta pengurusan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi lebih 600 buah, 350 ribu pelajar, 12 ribu guru bagi peningkatan kurikulum dan ko- kurukulum.

4.   Mengembalikan pendidikan negara sebagai platform integrasi dan perpaduan nasional sehingga dapat mewujudkan sekolah sebagai asas penting perpaduan nasional (sekolah satu aliran).

5.   Menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan Kebangsaan yang bebas yang diwakili oleh tokoh-tokoh pendidikan negara, cendikiawan, ilmuan, alim ulamak, tokoh2 agama dan bangsa, tokoh masyarakat dan sosial, tokoh-tokoh  utama kaum dan pemimpin ngo sebagai rujukan, semak dan imbang.

6.   Membentuk Majlis Pemuafakatan Pendidikan Nasional yang diwakili oleh semua segmen spt SAR, SJKC, SJKT, SEKOLAH MUBALIGH dan PIBG untuk membentuk keselarasan pendidikan bagi kepentingan semua kaum dan agama dalam semua segmen rakyat dalam negara.

7.   Mengkaji beban tugas guru meliputi tugas hakiki mengajar (24 waktu - 35 minit), pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum, pengurusan murid dan pentadbiran sekolah serta keperluan segera kepada mewujudkan jawatan pembantu guru.

8.   Meneliti program Dual Language Program (DLP) untuk subjek Sains, Teknologi, Enginering, Matematik (STEM) samada memberi kebaikkan atau sebaliknya atau mengulangi semula kegagalan (PPSMI).

9.Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji dan bertindak segera, faktor2 kejatuhan mendadak pelajar melayu dalam bidang sains, matematik dan teknologi ( 18-20% ) daripada sasaran awal 60%.(kajian).

10.  Mengembalikan semula sistem kuota untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada penduduk Islam Melayu yang majoriti adalah golongan luar bandar yang memiliki capaian pendidikan yang lebih rendah berbanding penduduk bandar.

11. Mengemablikan semula fungsi sekolah berasrama penuh  bantuan kerajaan (MARA dan Sekolah Sains) untuk menyediakan peluang pendidikan bertaraf tinggi kepada golongan berpendapatan rendah supaya golongan ini mendapat peluang pendidikan yang lebih baik dan mengeluarkan mereka daripada suasana kemiskinan.


Dakwah:
1.     Mendorong usaha-usaha utk mempertahankan dan melestarikan kedudukan Islam didalam Perlembagaan Persekutuan.
2.     Menghormati norma-norma, budaya golongan watan dan majoriti sedia ada serta tidak mempertikaikannya.
3.     Memperkasakan usaha dakwah Illallah (amar makruf nahi mungkar) kepada semua lapisan atau pihak.
4.     Mengambil sikap yg tegas terhadap pihak yg ingin melanggar kerangka Perlembagaan Persekutuan yg meletakkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan (Agama Negara).
5.     Institusi Raja-Raja Melayu menerajui usaha-usaha melindungi dan membentengi maruah dan kesucian Islam di negara ini.

Ekonomi:

1.     Wujudkan Indeks Perpaduan dan Insentif perpaduan
    Syarikat milikan bukan Bumiputra digalakkan dengan insentif seperti pelepasan cukai dan akses kepada projek-projek Kerajaan yang menguntungkan sebagai balasan menyokong agenda permerkasaan Melayu dengan tindakan-tindakan mereka, sebagai contoh, menggajikan dan melatih pekerja-pekerja Melayu.
2.     Wujud kan Undang Undang Anti Ali Baba.- Gagalkan Ali Baba
    Selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan, permit-permit dan kebenaran-kebenaran yang dikhususkan untuk kegunaan perniagaan Melayu (sebagai contoh, permit jualan kereta import) serta kegiatan yang bertujuan memanfaatkan orang Melayu tidak boleh dipindahmilik (secara langsung seperti jualan mahupun secara tidak langsung seperti melalui pegangan amanah) atau digunakan untuk memanfaatkan orang bukan Melayu sama sekali.
3.     Perkasakan Artikel 153
    Tempoh pengkhususan permit dan kebenaran yang berkaitan di bawah Perkara 153 Perlembagaan bagi orang Melayu dan Bumiputra lain dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya tahun 2057.
    Tiada lagi permit bagi bukan Melayu sehingga 2057
4.     Kuatkuasa Undang Undang Anti Melayu/ Anti Islam  khususnya sektor swasta
    Wujudkan Undang Undang yang Melarang amalan-amalan bisnes yang anti-perpaduan seperti pengenaan syarat keperluan berbahasa Mandarin sebagai syarat pengambilan pekerja dll dengan menjadikan amalan-amalan sedemikian sebagai jenayah.
·       Larangan Bertudung adalah salah satu diskriminasi terhadapa orang Melayu.
5.     Kenakan Cukai Bagi Syarikat yang Anti Perpaduan
    Menggunakan cukai dan insentif kewangan sebagai hadiah dan denda melalui pendekatan lobak dan kayu (carrot and stick approach) untuk menegah dan menggalak syarikat-syarikat milikan bukan Bumiputra mengikut tindak-tanduk mereka terhadap orang Melayu, sebagai contoh, mengenakan cukai tambahan pada yang tidak menggajikan orang Melayu dan memberikan rebat pada yang melatih orang Melayu, dsb.
6.       Wajibkan Sijil Halal  Selari Dengan Perkara 3 Dan Kedudukan Sultan Orang Melayu Dalam Perlembagaan
     Mewajibkan dokumen-dokumen pengesahan status Halal bagi semua syarikat yang tidak terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan syariat, sebagai contoh, syarikat-syarikat makanan yang tidak menjual babi serta arak, dan syarikat-syarikat yang tidak terlibat dalam perjudian, dll.
     Syarikat-syarikat makanan yang diberikan pengiktirafan Halal mestilah menggajikan Melayu Muslim yang terlibat dalam operasi pengurusan makanan dan sekiranya tidak mestilah diaudit dari masa ke semasa bagi memastikan piawaian terus tercapai.
7.       Wujudkan Indeks Bumiputra yang memberi perlepasan Cukai Dan Insentf Cukai
   Mewujudkan pelepasan cukai dan insentif kewangan perpaduan melalui Indeks Perpaduan dan Indeks Bumiputra yang didasari beberapa kriteria seperti jumlah pekerja Bumiputra (bagi syarikat bukan Melayu) dan pekerja bukan Bumiputra (bagi syarikat Melayu), sumbangan KWSP, kedudukan Bumiputra dalam pengurusan syarikat dan pegangan ekuiti syarikat dan pembekal Bumiputra bagi syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
8.       Lancarkan DEB 2.0.
  Menjelang TPPA dan Liberasasi dan Globalisasi Ekonomi
  Tambah baik untuk elak kelemahan DEB yang pertama
  Selesaikan Masalah Inequality
  Selesaikan Masalah Identifikasi Ekonomi berdasarkan Kaum Eg Melayu Kerajaan vs Bukan Melayu Swasta
9.       Hentikan Diskriminasi di tempat kerja khususnya Swasta
  Selaraskan Gaji First Entry bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera disemua peringkat.
  Tingkatkan Gaji Minima kepada RM1200 sebelum TPPA bermula.
10.       Ketatkan dasar pengambilan pekerja Asing
  Beri Kerakyatan Pada Orang Islam yang telah berasimilasi dengan Negara dan Orang Melayu.
  Bahasa Melayu menjadi prasyarat Kewarganegaraan dan Penduduk Tetap
11.      Sediakan Rumah Mampu Milik Untuk Orang Melayu pada harga 200,000 max di sekitar Pusat Pengangkutan Awam dibawah UDA, SPNB.
12.      95% Semua Kontrak Kerajaan untuk Orang Melayu,  Anak Sabah & Anak Sarawak sehingga 2057
13.      Bangunkan Institusi Melayu Islam dan Bumiputera Anak Sabah & Sarawak
    Perkasakan MARA dan PNB Untuk memacu kemajuan orang Melayu
    MARA dibahagikan kepada dua entity supaya lebih berkesan
    PNB menubuhkan PNB2 untuk terlibat terus dalam supply chain ekonomi
    Pusat-Pusat Zakat tubuhkan anak Syarikat untuk akan melabur dan terlibat dalam penguasaan ekonomi

Sosial:

1.       Mendesak kerajaan supaya mengubah segera Dasar Sosial Negara  agar berpaksi kepada tuntutan Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara ini.
2.       Mendesak kerajaan supaya mengubah segera Akta dan undang-undang sedia ada yang lemah seperti Akta Pusat judi, Akta Pusat Hiburan, Akta Jualan Arak, Undang2 PBT dan lain lain yang didapati gagal menyekat atau menghapuskan kebanjiran premis- premis maksiat dan munkar di dalam Negara ini.
3.       Mendesak pihak kerajaan supaya segera memulihkan keberanian, ketegasan dan integriti serta disiplin di kalangan pemimpin, pegawai & kakitangan kementerian, jabatan atau penguatkuasa kerajaan dalam mengawal, menguatkuasakan undang2, membanteras dan menghapuskan premis-premis serta aktiviti haram dalam Negara ini.
4.     Mendesak kerajaan membanteras dan menghapuskan segera  sebarang salahguna kuasa, rasuah dan  kegiatan bersubahat di kalangan pemimpin, penjawat awam dan pegawai-pegawai penguatkuasa yang melindungi premis-premis dan aktiviti haram dalam negara ini.
5.     Mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Bersepadu disemua peringkat samaada kerajaan pusat atau kerajaan negeri dalam membanteras aktiviti2 haram sama ada yang melibatkan para pemimpin, alim ulama, penjawat awam dan penguatkuasa kerajaan, NGO2 serta para pemimpin dalam masyarakat di Negara ini.
6.     Mendesak kerajaan menggubal Akta atau undang-undang yang benar-benar mampu menghapuskan premis-premis dan aktiviti haram sama ada yang berlesen atau yang tidak berlesen dalam Negara ini.
7.     Mendesak kerajaan memberikan peranan kepada para alim ulamak dan pendakwah Agama agar dapat membina syaksiyah, jatidiri dan integriti yang benar2 berkesan kepada pemimpin dan skuad penguatkuasaan kerajaan agar benar-benar bersungguh dan ikhlas dalam menghapuskan aktiviti haram dan mungkar dalam Negara ini.
8.     Mendesak kerajaan supaya NGO-NGO dan penguatkuasa kerajaan yang bekerja keras  dalam mencegah dan memulihkan kes-kes jenayah, gejala sosial dan keruntuhan akidah umat Islam dalam Negara ini diberi pengiktirafan, geran bantuan kewangan yang berpatutan dalam menggerakkan perjuangan mereka.
9.     Mendesak kerajaan supaya mengubah segera modality yang sedia ada  di Institusi  penjara, pusat serenti, Henry Gurney, Seri Puteri dan sebagainya kepada modality yang berteraskan kepada Agama agar Negara dapat menghasilkan banduan atau
pesalah yang benar-benar insaf dan mampu berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik.
10.  Mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Pemantau Gejala Sosial yang dianggotai oleh Badan Bebas bagi menilai, merekod, memberi pandangan balas, membuat pindaan atau cadangan pembaikan setiap tahun agar prestasi kerajaan dalam mengawal, menyekat, menghapuskan kegiatan maksiat dan munkar dalam Negara kita dapat dibentangkan kepada rakyat setiap tahun.
11.   Mendesak kerajaan memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada pihak-pihak yang bersungguh-sungguh membanteras aktiviti haram sama ada pihak kerajaan ataupun NGO-NGO agar kerja mencegah kemungkaran ini tidak dipandang keji dan hina oleh sesetengah masyarakat dalam Negara ini bahkan dipandang mulia sebagai perwira negara.
12.   Mendesak pihak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bersama antara pihak kerajaan & NGO2 Islam yang dianggotai pelbagai pakar dalam merawat, mentarbiyah, memulihkan dan memantau samaada bekas banduan, pelatih, pesakit2 yang terlibat dengan kes2 jenayah , gejala sosial, ajaran sesat dan keruntuhan aqidah dalam Negara ini.

Tanah Rizab Dan Hak Islam - Melayu

Menggantikan Tanah Rizab Melayu yang diambil/dijual oleh Kerajaan dengan tanah lain sama sifat nilai dan luasnya dalam masa 2 tahun ini. Jumlah yang kerajaan wajib ganti ialah sebanyak 9,000,000 hektar (9 Juta Hektar).

Ø  Enakmen Tanah Rizab Melayu diberi peruntukan dana membenarkan kerajaan negeri 'memelayukan‘ tanak pajakan / membeli syarikat syarikat hartanah bangsa asing.
Ø  Kerajaan Negeri diberi kuasa wajib MERAMPAS Tanah Rizab Melayu yang dikenal pasti  telah bertukar milik kepada bukan Melayu, kerana ini melanggar syarat.
Ø  Kerajaan negeri yang membangunkan Tanah Rizab Melayu hendaklah mengagih kembali kepada Pribumi Melayu sepenuhnya supaya pegangan tanah Melayu berkekalan sampai bila bila. Juga semasa PRU ia memudahkan tumpuan kepada satu satu kawasan Melayu dan ini akan memelihara pegangan kuasa Melayu dalam tampuk Kerajaan.
Ø  Perdana Menteri hendaklah mengeluarkan arahan tegas kepada Menteri Besar dan Barisan Exconya supaya mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu mengikut undang-undang / atau mereka yang akan dikenakan tindakan undang undang.
Ø  Kerajaan wajib berhenti dari terus mengambil Tanah Rizab Melayu untuk dibangunkan bagi apa jua pembangunan untuk semua bangsa. Untuk ini kerajaan harus beli tanah swasta pula yang selama ini tidak digunaurus bagi pembangunan untuk rakyat Malaysia.
Ø  Mendesak Kerajaan menyelaraskan isian Enakmen, pengunaan Bahasa Melayu yang betul, menukarkan pengunaan nama bangsa Malayan dan Malay kepada Pribumi Melayu, penyelarasan undang-undang yang senada disetiap negeri bagi tujuan, mengharmonikan hasrat awal ‘Tanah Rizab Melayu’ ini di wajib wartakan.
Ø  Menghalang dengan tegas (dalam apa jua keadaan), Tanah Rizab Melayu dijual kepada bukan Pribumi Melayu atau beralih tangan akhirnya didalam kes urusan perniagaan.



Belia/Mahasiswa:

1.     Menuntut agar kerajaan memberdaya taraf pendidikan belia Melayu Islam dengan memberikan pendidikan percuma kepada golongan belia Melayu Islam bermula daripada peringkat pra-universiti sehingga ke tahap ijazah sarjana muda di semua Universiti Awam dalam negara Malaysia.
2.     Menuntut agar kerajaaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama dalam sistem pendidikan tinggi pelajaran negara khususnya di Universiti Awam Malaysia.
3.     Menuntut agar kerajaan mewajibkan ke atas semua mahasiswa dan mahasiswi Melayu Islam untuk mengambil mata pelajaran khas meliputi ilmu fardhu ain seperti pengajian Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Fiqh Ibadah, Akhlak dan kegemilangan sejarah Melayu.
4.     Menuntut agar kerajaan mengaplikasi sistem pendaftaran automatik sebagai pengundi yang sah kepada seluruh rakyat Malaysia apabila setiap daripadanya mencapai umur 21 tahun.
5.     Menuntut agar kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada para graduan universiti tempatan khususnya kepada golongan belia Melayu Islam dalam sektor industri negara.
6.     Menuntut agar kerajaan mengiktiraf LGBT sebagai jenayah dalam undang-undang sivil negara dan wajib diambil tindakan (hukuman dan pendidikan) oleh pihak berkuasa khususnya ke atas aktiviti LGBT yang berlaku secara terbuka dalam kalangan belia dan anak muda Malaysia.
7.     Menuntut agar kerajaan memandang serius akan masalah ancaman gerakan evangelis dan melancarkan pelan tindakan khas (seperti pelan deradikalisasi) untuk membasmi gerakan yang bakal merosakkan aqidah umat Islam khususnya anak muda yang mudah terpengaruh dengan tawaran ideologi yang membebaskan mereka daripada disiplin dan adab-adab dalam Islam.
8)    Menuntut agar kerajaan mengambil inisiatif untuk menyediakan rumah kos rendah di kawasan bandar dan luar bandar khusus kepada belia Melayu Islam yang sudah berkahwin dan berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 30 tahun.


  
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget