NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M tutup pintu kerjasama dengan PAS

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Sikap angkuh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menutup pintu untuk bekerjasama dengan Pas, membuatkan parti itu kini turut menilai potensi bagi membentuk kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Pas masih belum menetapkan apa-apa keputusan tetapi jika situasi 'hung parliament' berlaku, parti itu sedia membuat pilihan untuk mengadakan kerjasama dengan parti utama lain atau terus

menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen.

Jelasnya, Dr. Mahathir yang cuba memperlekehkan hasrat Pas untuk membentuk kerajaan menandakan bekas Perdana Menteri itu sudah menutup pintu untuk mendapatkan sokongan parti tersebut.

"Dengan sikap bongkak Dr. Mahathir ini, maka pilihan yang tinggal kepada Pas hanya tinggal dua sahaja, iaitu terus kekal menjadi pembangkang utama atau membentuk kerajaan campuran dengan BN," katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Ujar Mohd. Zuhdi, sebagai seorang ahli politik, Dr. Mahathir seharusnya tahu bahawa sesebuah parti yang mahu mendapat mandat membentuk kerajaan mesti mendapat sokongan pengundi Melayu, terutama melalui dua parti terbesar kaum tersebut iaitu UMNO dan Pas. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo