NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M tetap 
mahu Mukhriz jadi PM?


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pakatan Harapan yang diketuai DAP diramalkan akan terus bergolak selagi hasrat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melihat anaknya menjadi Perdana Menteri tidak menjadi kenyataan. 


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sikap Dr. Mahathir semasa persidangan agung tahunan parti itu Sabtu lalu, jelas menunjukkan bagaimana beliau sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri.


Katanya, ucapan bekas Perdana Menteri itu sendiri jelas me­nunjukkan beliau mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyalahkan Presiden UMNO itu atas kegagalan karier politik anaknya.
“Sebab itu Dr. Mahathir sanggup keluar masuk UMNO, menjilat DAP sehingga layak digelar sebagai ‘manusia tanpa mustahil’. 

“Kini bercium mulut pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut pembebasan Anwar walaupun sebelum ini sanggup penjarakan bekas timbalannya itu atas alasan jenayah liwat,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.
Tambah Mohd. Puad, ucapan Dr. Mahathir tidak mempunyai sebarang manfaat me­lainkan sekadar me­nyalahkan orang lain termasuk mufti dan sultan dalam pelbagai perkara. 

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Dr. Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan kedudukan itu diberikan kepada anaknya. 

“Siapa sahaja yang menghalang anaknya menjadi Perdana Menteri akan menjadi musuh,” kata Mohd. Puad.

© all rights reserved
made with by templateszoo