NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M diharap ingat mati


"Masyarakat seharusnya memahami institusi mufti dalam bidang fatwa, jadi kita tidak boleh campur-aduk soal pengurusan, kehakiman dan kefatwaan. Mungkin masa dulu (insiden Memali) memerlukan tindakan pengurusan, bukannya fatwa. Jadi, individu yang berkuasa ketika itu perlu mengambil tindakan itu, bukan memerlukan kepada kefatwaan. " - Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan.


Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin


KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berharap Tun Dr Mahathir Mohamad ingat pada kematian dan berdoa supaya hidupnya diakhirkan dengan kesudahan yang baik.


Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana beliau tidak mahu perkara sebaliknya berlaku, malah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercakap demi kepentingan politik semata-mata.

Mohamad Shukri turut bersetuju dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, bahawa Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri tidak merujuk kepada mufti apabila berlaku peristiwa Memali pada 1985.

"Masyarakat seharusnya memahami institusi mufti dalam bidang fatwa, jadi kita tidak boleh campur-aduk soal pengurusan, kehakiman dan kefatwaan.

"Mungkin masa dulu (insiden Memali) memerlukan tindakan pengurusan, bukannya fatwa. Jadi, individu yang berkuasa ketika itu perlu mengambil tindakan itu, bukan memerlukan kepada kefatwaan," katanya.

Beliau memberitahu media demikian selepas Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Dr Mahathir ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan PPBM, dilaporkan menegur mufti berikutan isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981.


Pengerusi PPBM berkenaan turut mendakwa, kegagalan mufti menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali pada 1985.









© all rights reserved
made with by templateszoo