TM, TNB Meterai MoU Usaha Sama Bagi Pelan Fiber Seluruh Negara


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan rancanganpelaksanaan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh kerajaan.

Kerjasama itu akan memanfaatkan gabungan kelebihan kedua-dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dari segi capaian, infrastruktur dan kepakaran, menurut TM dan TNB dalam satu kenyataan bersama di sini, hari ini.

"Secara khususnya, sinergi ini akan membolehkan struktur kos paling cekap, dan mempercepatkan lagi capaian rangkaian jalur lebar gentian.

"Ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk memacu ekonomi digital Malaysia seperti ditetapkan mengikut NFP itu serta projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB)," menurut kedua-dua syarikat itu.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan di bawah TM dan TNB, dua institusi terkemuka Malaysia, akan memastikan jaminan dan keselamatan ke atas infrastruktur strategik dan penting negara.

Cadangan rangkaian itu juga akan meneruskan penyertaan akses terbuka sedia ada kepada peserta industri untuk menggalakkan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit.

MoU itu ditandatangani antara Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

MoU itu tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan dimeterai antara pihak berkenaan selepas terma komersial dimuktamadkan dan pengumuman selanjutnya akan dibuat apabila diperlukan serta pada tempoh yang sesuai.

BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget