NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tegakkan syiar Islam atau tidak dapat sokongan kami – Ummah



http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/01/13/tegakkan-syiar-islam-atau-tidak-dapat-sokongan-kami-ummah/


By Muhammad Azizul Osman
13 Januari 2018

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendesak semua parti politik di negara ini  meletakkan agenda menegakkan syiar Islam dalam manifesto masing-masing atau tidak  mendapat sokongan gabungan NGO itu.

Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya berkata, agenda dalam menegaskan syiar Islam perlu diutamakan kerana Islam adalah agama rasmi dalam Perlembangaan dan tidak menghalang agama lain untuk dipraktikkan.

“Kalau orang lain boleh bercakap mengapa kami tidak? Kita tengok Hindraf pun didengar tuntutan mereka. Kenapa kita tidak boleh?

“Ini semua perlu kepada kehendak politik,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Kebangkitan Ummah di Pusat Islam hari ini.

Hadir merasmikan konvensyen kali pertama anjuran Ummah itu adalah pengerusinya, Ismail Mina.

Ujar Aminuddin, pembangkang di negara ini hanya dilihat mengetengahkan isu tertentu tanpa menyentuh mengenai Islam dan kaum Melayu.

Lantaran itu, Ummah yang dianggotai lebih 300 NGO Islam akan hanya menyokong parti politik yang mendokong syiar Islam dan memperkuatkan kedudukan kaum Melayu di negara ini.

“Dalam manifesto mereka, kita tidak nampak isu syiar Islam dipamerkan, hanya berkaitan isu rasuah dan bagaimana nak selesaikan. Kita tidak ada masalah kearah itu, tapi kita nak khusus kepada Islam dan orang Melayu,

“Kalau nak selesaikan masalah sosial sahaja, negara lain pun bagus dalam selesaikan masalah itu. New Zealand, Jerman, Australia. Kita bukan nak itu sahaja, kita nak khususnya kepada bangsa Melayu dan orang Islam. Itu kami desak,” katanya.

Sekiranya tuntutan ini tidak diambil perhatian, Ummah katanya akan mengadakan himpunan yang lebih besar pada Mac depan.

“Kalau diberi kesempatan, bulan Mac depan kita akan adakah himpunan raksasa yang lebih besar dan kita sudah dapat komitmen daripada pertubuhan bukan kerajaan untuk hadir,” tegasnya. -MalaysiaGazette.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo