NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya pegang kepada kenyataan MB - Iskandar



Oleh Afwan Khalili

AMPANG, 15 Januari - Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS Dato' Iskandar Abdul Samad berkata beliau pegang kepada kenyataan Menteri Besar apabila ditanya tentang khabar-khabar angin bahawa peruntukan Exco dan ADUN PAS telah dibekukan.

Minggu lepas Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan tersebut tidak dibekukan tetapi terdapat masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Katanya lagi tahun 2018 baru sahaja bermula dan peruntukan sedang disalurkan.

Iskandar juga menambah beliau yakin isu ini akan dapat diselesaikan sebelum minggu hadapan.

"Menteri Besar telah menafikan jadi tidak perlu isu ini dibesarkan lagi, tanya saya minggu depan dan saya akan beritahu sama ada kami telah terima peruntukan atau tidak", Iskandar menjelaskan malam tadi.


Beliau turut menegaskan kerjasama di antara semua parti di dalam kerajaan telah berjalan dengan baik setakat ini.

Di Selangor PAS adalah sebahagian dari kerajaan negeri walaupun telah memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP. Gabungan 3 parti itu masih dapat mentadbir dengan lancar.

Tetapi jika khabar-khabar angin yang tersebar ini benar sudah tentu ia akan mengancam kestabilan kerajaan negeri. PAS mepunyai 13 orang ADUN dan 3 dari mereka dilantik sebagai Exco. Sudah tentu jentera PAS di akar umbi tidak akan berdiam diri jika peruntukan Exco dan ADUN mereka disekat.
© all rights reserved
made with by templateszoo