NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Resolusi Konvensyen Kebangkitan Ummah



Menyedari akan kedudukan umat Islam Melayu yang kritikal daripada semua sudut meliputi isu-isu aqidah, perundangan, pendidikan , dakwah, ekonomi,sosial, tanah rizab melayu dan pembangunan belia., hubungan kaum dan kesejahteraan negara maka Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melalui Konvensyen Kebangkitan Ummah yang berlansung pada 13 Januari 2018 yang dihadiri lebih 1000 peserta yang mewakili lebih dari 300 NGO, dengan ini menggariskan resolusi berikut.

Kluster Undang-Undang Dan Syariah:

1. Menubuhkan SURUHANJAYA KEDAULATAN NEGARA (SUKEN) bedasarkan prinsip kedaulatan watan bagi memastikan keutuhan perlembagaan dari digugat oleh mana-mana pihak yang berniat jahat yang mempertikai prinsip perlembagaan negara yang selama ini mendokong kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai ciri-ciri kedaulatan negara. 

2. Memperkasakan pelaksanaan undang-undang Islam yang lebih syumul dan menyeluruh untuk memenuhi peruntukan pelembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

3. Medesak penubuhan Pembentukan sebuah Suruhanjaya untuk memantau dan memelihara kedaulatan watan, prinsip perlembagaan dan hak kebebasan beragama bagi orang Islam dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang penyebaran doktrin dan agama lain dalam kalangan orang Islam.

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.

Kluster Pendidikan :

Menubuhkan suruhanjaya pendidikan negara untuk menilai kedudukan umat Islam didalam sektor pendidikan dan memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.


Kluster Dakwah:

Memperkasakan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pengangan utama masyarakat umat Islam.

Menyekat sebarang usaha membawa ajaran Islam songsang (libreal, pluralisme dll).

Memperkasakan usaha dakwah Illallah (amar makruf nahi mungkar) kepada semua lapisan atau pihak.

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.

Kluster Ekonomi:

Menubuhkan jawatankuasa pembangunan ekonomi umat Islam untuk meneliti dan membangunkan ekonomi umat Islam sebagaimana yang tercatat dalam tuntutan.

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.

Kluster Sosial :

1. Menyemak semula undang-undang lapuk yang gagal untuk menangani jenayah sosial.

2. Mengembeleng tenaga NGO untuk membantu menanggani isu-isu gejala sosial.

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.


Kluster Tanah Rezab Melayu:

Mendesak kerajaan menggantikan Tanah Rizab Melayu yang diambil/dijual oleh Kerajaan dengan tanah lain sama sifat nilai dan luasnya dalam masa 2 tahun ini. Jumlah yang kerajaan wajib ganti ialah sebanyak 9,000,000 hektar (9 Juta Hektar).


Menggesa semua parti politik dan pihak kepentingan untuk memberi tekanan yang berterusan .

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.


Kluster Belia/Mahasiswa:

Memberi penekanan dan penegasan kepada pembentukan belia Islam dari segala sudut, peluang pendidikan , pekerjaan, modul pembangunan insan.

*setiap perincian sila rujuk pada lampiran tuntutan kami seperti mana dalam edaran.


Seruan Kepada Umat Islam:

Hanya dengan perpaduan Ummah sahajalah kekuatan Islam Melayu dapat martabatkan, maka Konvensyen Kebangkitan Ummah 

1. Menyeru kepada perpaduan dan persepakatan umat Islam di Malaysia tanpa mengira kecenderungan politik dan aliran pemikiran.

Hanya dengan kehendak kuasa politik sahajalah dapat memartabatkan kedudukan Islam, maka KKU menyeru umat Islam untuk:

2. Memilih pemimpin yang mempunyai agenda memartabatkan Islam Melayu.
© all rights reserved
made with by templateszoo