NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Radical Evangelist and Christian State (RECS) dan ancamannya ke atas kedaulatan Islam dan negara



oleh: Mohd Khairul Anwar al-Idrus


Radical Evangelist and Christian State (RECS) buat pertama kalinya dibentangkan oleh YBhg. Dato Prof. Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) kepada umum dalam persidangan Putrajaya International Security Dialogue (PISD) pada 5 Januari 2018 seperti dalam laporan diportal http://www.1media.my/2018/01/api-radikal-evangelis-bakal-marak.html.


Semakan dengan pihak IKSIM baru-baru ini menunjukkan “Radical Evangelical Christian State” atau ‘RECS’ bukanlah satu istilah rasmi yang established yang sudah diterimapakai. Mengikut sumber itu juga ia hanyalah sebagai panduan untuk “mengklasifikasikan gerakan radikal dan ekstrim daripada mazhab Kristianevangelikal ini sebagai suatu gerakan “melampau” dalam amalan penghayatanagama kristian mereka, jauh berbeza daripada amalan penganut agama Kristian biasa  dan kontemporari yang umum kenali.” Kita langsung tidak bercakap tentang apa-apa ancaman daripada agama Kristian keseluruhannya dan penganutnya secara aman,harmoni dan tenteram.

Pembawaan ‘radikal’ dan ‘ekstrem’ oleh pemimpin dan pengikut tegar Kristian yang diklasifikasikan sebagai RECS oleh IKSIM itu dapat dilihat cukup jelas dalam pelbagai sesi pertemuan keagamaan yang mereka adakan dengan kehadiran penceramah-penceramah jemputan luar negara di samping paderi tempatan. Seperti didedahkan, salah satu video yang dapat dirakamkan adalah sebagai berikut:



Jika kita perhatikan dengan teliti kata-kata yang diungkapkan dalam majlis-majlis doa dan keagamaan kalangan RECS ini yang dikendalikan di Johor Baru misalnya itu, seperti: “...to take possession of this land...”; “...allowme to chase away the enemy...(siapakah enemy itu?)”; “.....give me Johor Bharu or I’ll die.....(nak beri Negeri Johor kepada siapa dan apa maksudnya itu– nak takluk Johor?”) dan “.....I’m waking up the Giant of Asia.....”Semua kata-kata itu berupa provokasi dan hasutan yang jelas yangdijelmakan dalam bentuk doa dalam majlis keagamaan evangelis-evangelis berkenaan. Menarik juga untuk direkodkan bahawa video itu diambil daripada Youtube yang dibentangkan secara terbuka untuk semua seperti dalam sesawang https://www.youtube.com/watch?v=5LnCWai-Emw.


Kajian juga menunjukkan keyakinan dan kesungguhan mereka itu amat mendalam sehingga direkacipta lagu khas untuk membina semangat dalam majlis-majlis doa mereka dengan menggunakan kata-kata provokasi penuh makna yangmendalam seperti berikut: “......we gonna take this city....”; “.....take it for your glory.....”; “...no one can stop us now....”;






Tahun 2017 memperlihatkan kemuncak aktiviti kumpulan RECS ini menerusi perancangan mereka untuk mengadakan satu convocation (perhimpunan agama) di Melaka yang kemudiannya dibatalkan oleh pihak kerajaan Malaysia:



Dalam kertas kerja IKSIM yang diedarkan oleh penganjur kepada semua peserta, YBhg. Dato’ Prof. Naser Disa mendedahkan sebuah video di mana kata-kata provokatif dilontarkan oleh penceramah undangan, yang bukan sahaja bertentangandengan kedaulatan Islam malah boleh mencabar keselamatan negara di bawahundang-undang sedia ada, seperti kata-kata: “.......to invade this nation.......”;“....prepare for war...”; “...God will raise an army....”; “....because the Lord is coming
to judge your nation...”; “...establishing a new Kingdom...”. 

Perhatikan video berkenaan:

Dengan pendedahan sebegini, kita amat memohon pihak berkuasa daripada semua pihak bekerjasama untuk menyiasat semula kewujudan kumpulan RECS ini yang dikatakan mula menyusup dan menggerakkan tindakan berbahaya sebagaimana yang telah diungkapkan itu. Gerakan envangelikalisme yang bersifat radikal ini bukanlah baru. Ia ada kaitannya dengan gerakan evangelikalisme sedunia yang berpusat di Amerika Syarikat seperti dalam kajian Prof. Amy Black

The terrorist attacks on September 11, 2001 , shifted the policy agenda toWashington. Domestic issues of great concern to the Christian Right were eclipsed by national security and foreign pilicy. In 2004, Christian Right leadersworked aggressively for Bush’s re-election, expecting that Bush would
prioritize their agenda in a second term.
Ini juga amat seiringan dengan pengakuan Gereja Utama Kristian Dunia di Vatican sendiri bahawa sudah wujud pengaruh evangelikalisme dalam fahaman agama Krisitian pada hari ini yang meresahkan kristianiti itu sendiri seperti yangdidedahkan dalam https://akarimomar.wordpress.com/2018/01/09/kelompok-perang-dan-militan-kristian-ditolak-vatican/ dengan ungkapan berikut:
“Majalah “rasmi” Vatican – Kristian Katolik, La CiviltĆ  Cattolica, menerbitkan tulisan Ketua Editornya, Father Antonio Spadaro bersama Marcelo Figueroa, seorang pastor Presbyterian, juga editor majalah L’Osservatore Romano,the Vatican daily, edisi Argentina, bertajuk “Fondamentalismo Evangelicale EIntegralismo Cattolico: Un sorprendente ecumenismo” (FundamentalismeEvangelikal dan Integralisme Katolik; Suatu Kesatuan Yang Pelik). 

Artikel tersebut bermula dengan membicara tentang peranan agama yangsemakin menjadi faktor penentu dalam proses politik di Amerika Syarikat.Perkembangan ini dikaitkan dengan prinsip-prinsip fundamentalis Kristian Evangelikal (Christian-Evangelical fundamentalist principles) yang semakindiradikalkan. Presiden Reagan dan Presiden G.W. Bush dikaitkan sebagai pemimpin awal yang mempunyai motivasi sedemikian. 
Golongan ini dikatakan tidak lagi membawa fahaman sebenar Kristian tetapi membuat tafsiran dengan bersandarkan motif politik dan juga dikaitkan dengan konflik yang berakhir dengan keuntungan dari penjualan senjata.Fahaman mereka ini berdasarkan teologi “Dominisme” – yang mahu menakluk, merampas dan memerintah dunia.”
Sekali lagi kita ingin nyatakan secara jelas dan terbuka, kebimbangan oleh pihak agensi agama seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), JabatanAgama Islam Negeri (JAIN), IKSIM dan beberapa kajian mengenai bahaya Kristian evangelikalisme ini seperti oleh Ian Buchanan, Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia (2015) dan The Armies of God: a study in militant Christianity (2010), tidak ditumpukan kepada sebahagian
besar daripada jumlah 9.2 (https://www.dosm.gov.my/v1/index.phpr=column/ctheme&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09) penganut dan pengamal agama Kristian biasa dalam keadaan aman, harmoni dan tenteram dan jauh daripada bersifat radikal dan ekstrem itu.
Paling membimbangkan kita ialah pendedahan Dato’ Naser Disa (yang mempunyai pengalaman lebihi 25 tahun sebagai peguam kanan Persekutuan sebagai peguam kanan Persekutuan yang turut terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi berkaitan Islam termasuklah “kes Lina Joy” dan “kes Kalimah Allah”) bahawa gerakan RECS ini adalah benar-benar mencabar kedaulatan Islam sebagai agama negara, kedaulatan YDP Agong dan Raja-Raja Melayu dan keselamatan negara.TV al-Hijrah telah melaporkan betapa bahayanya gerakan RECS ini seperti dalam siaran berita jam 8 malamnya berturut-turut pada 7, 8 dan 9 Januari 2018 sebagai berikut:


Sesungguhnya, Malaysia sudahpun mempunyai set undang-undang kawalan gejala ini yang cukup jelas untuk membendung aktiviti radikal dan ekstrem RECS ini sebagaimana dalam Seksyen 121B: Offences against the authority of the Yang di- Pertuan Agong, Ruler or Yang di-Pertua Negeri:


121B. Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.”

Marilah kita semua menjunjung tinggi dengan apa yang telah dilafaz- sumpahkan oleh SPB YDP Agong, Sultan Muhammad V ketika mana baginda melafazkan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” semasa berkenan menerima pelantikan sebagai Ketua Negara untuk mempertahankan Islam pada setiap masa seperti dalam Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ini amatlah selari dengan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan (religion of the Federation), yakni “agama negara” dan bukannya agama ceremonial sahaja selaku ‘agama rasmi” (official religion). Sayangnya “Islam sebagai agama rasmi” itulah yang masih difahami, bukan sahaja oleh kefahaman ramai tetapi juga di kalangan pengamal media arus perdana seperti The Star dan New Straits Times. 

Naratif inilah juga yang dijaja setiap hari oleh golongan yang menolak pelaksanaan Islam dalam negara termasuk di kalangan mereka yang terkena tempias pengaruh RECS dan berfahaman sekular-liberal-plural. Naratif inilah yang paling diminati DAP dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Percayalah bahawa masa depan Islam di tanah air ini terletak hanyasanya pada pimpinan dan warga beragama Islam, bukannya pada tangan non-Muslim, sama ada mereka memegang kuasa pentadbiran negara, atau dalam parti politik Melayu- Islam mahupun NGO-NGO Islam sedia ada.

Daulatkanlah Islam Sebagai Agama Negara!

© all rights reserved
made with by templateszoo