NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: PAS tolak Najib (BN) dan Tun M (PH) sebagai PM?



Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Rentetan cadangan Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada konvensyen PH baru-baru ini jika PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, tetiba Dr Mahathir meminta PAS untuk mendedahkan sama parti itu menyokong dirinya atau Najib.

Bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ‘recycle’ oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai pertaruhan mereka untuk menarik sokongan pengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan berkata, “Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” 

Setelah meninjau pandangan beberapa pemimpin PAS, saya membuat kesimpulan tiada keperluan untuk PAS menamakan Perdana Menteri atau pun menyokong Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Perdana Menteri pada Pilihanraya Umum ke14 (PRU-14).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan pilihan mereka sudah pasti bukan Dr Mahathir atau Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya berkata isu calon Perdana Menteri PAS akan dibincangkan apabila tiba waktu yang sesuai.

"Sekarang ini PAS tidak memilih Dr Mahathir atau Najib. We will cross the bridge when we get to it (Kami akan bincangkan perkara itu apabila tiba masa sebenar)," katanya.

Dengan berpandukan sebuah hadis, Takiyuddin berkata“PAS menegaskan mereka tidak perlu menyatakan siapakah calon perdana menteri yang diingini selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang”.

“PAS berpegang kepada hadis Rasulullah SAW yang maksud: Kepimpinan itu milik Allah, Dia (Allah) yang akan mendatangkan sesiapa yang dikehendaki-Nya”. katanya

Sambong Takiyuddin lagi, Dr Mahathir kini nampaknya membawa "ajaran baru" dalam politik di Malaysia. Parti yang hendak bertanding dalam PRU perlu menamakan Perdana Menteri masing-masing," 

Beliau menegaskan, "PAS tidak mempunyai keperluan untuk menuruti langkah berkenaan. Politik terlalu dinamik untuk berbuat demikian,"

Sementara Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, “PAS menolak Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri semula kerana rekod yang "semua rakyat tahu" termasuk di kalangan pemimpin PH yang "mengampu dia sekarang".

Mengenai calon Perdana Menteri, Idris berkata "Najib pula PAS tolak kerana (beliau) meneruskan agenda Dr Mahathir. "Bukankah Dr Mahathir yang bersetuju untuk tendang Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk digantikan dengan Najib?" katanya.

Menurut Idris ketika PH bergerak melawan Perdana Menteri, hakikatnya segala tindak-tanduk Najib adalah hasil tarbiah Dr Mahathir sendiri. "Apa yang dilakukan oleh Najib, gurunya ialah Dr Mahathir selama 22 tahun. Dr Mahathir yang tarbiah Najib, maka inilah hasilnya," katanya lagi.

Bagi beliau, "Lagi kuat Dr Mahathir serang, lagi bersemangat ahli PAS untuk bekerja melawan PH dan BN. Namun apa yang pasti PAS tidak memilih Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pun Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri”.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan menteri Besar Kelantan dilaporkan media berkata, “Kami (PAS) tidak pilih kedua-duanya. Mereka ada masalah dan rekod sendiri. Kita akan cadangkan Perdana Menteri yang lain nanti, tetapi setakat ini terlalu awal untuk beritahu. PRU pun belum lagi”. 

Manakala seorang pemimpin muda PAS Ahmad Fadhli Saari yang merupakan Naib Ketua Pemuda PAS berpendapat, PAS tidak perlu terperangkap dengan gesaan Dr Mahathir agar parti itu untuk mmilih dirinya atau Najib sebagai calon Perdana Menteri. Agenda PAS bukan terhenti setakat menobatkan perdana menteri tetapi lebih kepada menukar dasar pentadbiran negara kepada landasan syariah dan berkebajikan”.

“Siapapun yang menjadi perdana menteri bukanlah merupakan satu keutamaan kerana yang lebih penting ialah dasar yang akan dikemukakan ialah asas yang boleh menjanjikan kebajikan untuk rakyat,” katanya dipetik dalam HarakahDaily.

Ahmad Fadhli juga memberitahu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan dengan jelas bahawa PAS tidak bersama BN dan juga tidak bersama PH sudah cukup untuk difahami sebagai pendirian PAS pada hari ini.

Bagi Ahmad Fadhli, PAS berada di landasan betul dengan meletakkan agenda Gagasan Sejahtera sebagai paltform yang disebut sebagai alternatif kepada kedua-dua BN dan PH untuk menawan undi rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14

“Namun, jika PAS perlu juga untuk menjawab (hal Perdana Menteri sama ada Najib atau Tun), cukuplah sekadar jawapan, Of two evils, choose neither,” katanya.

Justeru itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) DR (H) HJ MOHD ALI JAMIL menempelak cabaran Tun Dr Mahathri Mohamad yang mahukan PAS menamakan calon Perdana Menteri daripada PAS. DUPWP sependapat dengan pimpinan PAS bahawa menamakan calon PM bukan keutamaan sekarang, kerana yang paling utama adalah PAS memenangi PRU ke 14 terlebih dahulu.

Di sisi PAS, ia tidak timbul kerana PAS tidak pernah berebutkan jawatan dan tidak akan bertelagah sesama sendiri bagi menduduki kerusi PM. PAS tidak pernah ketandusan kepimpinan kerana setiap calon pilihanraya bagi kerusi parlimen layak menjadi pemimpin tertinggi negara. Justeru, bagi PAS, soal calon PM bukan isu yang besar kerana PAS memiliki senarai panjang kepimpinan yang hebat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo