NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRM: 70 Ahli PKR keluar parti protes Dr Mahathir jadi calon PM pembangkang





KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 70 orang ahli PKR Klang, Kota Raja dan Selayang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) selepas kecewa dengan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH). 

Bekas Ketua Biro Aduan PKR Selangor, M. Telaiamblam yang baru sahaja menyertai PRM mempersoalkan rasional PKR menyokong Dr Mahathir - individu yang beliau dakwa benyak mendatangkan kecelaruan dalam negara sepanjang 22 tahun memerintah negara. 

“Saya membantah sekeras-kerasnya pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri sementara. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengapa kami (kaum India) terpinggir di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM di sini hari ini. 

Turut hadir bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang juga menyertai PRM minggu lalu. 

Sebelum ini PRM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang, semakin banyak protes malah dialog demi dialog diadakan yang kebanyakannya mempersoalkan kewajaran ahli politik veteran berumur 92 tahun kembali dilantik ke jawatan itu. 

Biarpun pimpinan tertinggi PH berulang kali menyatakan Dr Mahathir adalah calon perdana menteri sementara, sehingga calon utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada penjara, ahli akar umbi serta golongan yang menggerakkan reformasi pada 1999 tetap tidak gembira dengannya. 

Malah banyak pihak melihat Dr Mahathir sebagai liabiliti kepada PH sementelah terpaksa menepis, menjawab serta mempertahankan Pengerusi PPBM itu yang sebelum ini menerima jolokkan 'pemimpin kuku besi', 'Mahazalim', 'Mahafiraun' dan juga 'diktator'.



________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo