NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH: Mahathir calon PM, ibarat untung secupak rugi segantang  



Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri akan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam Pakatan Harapan (PH), namun mungkin tidak akan kekal lama. Langkah PH melantiknya  sebagai calon Perdana Menteri mereka mungkin mampu menarik sokongan pengundi Melayu, tetapi pada masa sama menjauhkan lagi mereka daripada golongan yang setia kepada PAS, kata penganalisis.

Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian, yang berkata bekas perdana menteri itu memberikan imej negatif di kalangan golongan konservatif agama, terutama penyokong PAS. Mahathir secara tidak perlu telah menjadikan PAS musuh ketat dengan menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun sukar untuk menganggarkan jumlah penyokong PAS di semenanjung Malaysia, parti itu mempunyai pengaruh besar di kalangan pengundi Melayu, seperti yang terlihat dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016

Dalam pertembungan tiga penjuru ketika itu, PAS yang merupakan parti Melayu kedua terbesar selepas Umno  mendapat 21 peratus (Sungai Besar) dan 25 peratus (Kuala Kangsar) undi.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata, walaupun Mahathir memiliki bebannya sendiri walaupun  beliau membawa juga pengalaman dalam tadbir urus yang boleh dimanfaatkan PH.

"Pengalamannya akan menjadi aset. Mahathir mungkin tidak memberikan impak seperti Anwar pada 2008 tetapi beliau mempunyai tekad yang kuat untuk mendapatkan apa yang dimahukannya," katanya.

Editorial 1Media, 8hb Januari, 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo