NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peruntukan wakil rakyat PAS Selangor disekat?



SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor difahamkan telah menyekat peruntukan tahunan yang disediakan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS di negeri itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi ketika memberitahu Sin Chew Daily, beliau sehingga hari ini masih belum menerima sebarang surat pemberitahuan rasmi mengenai perkara tersebut.

"Ada ura-ura menyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi arahan untuk membekukan semua peruntukan tahunan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS. Namun setakat apa yang saya tahu, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat," katanya.

Menurut Sallehen, PAS Selangor bagaimanapun bersiap sedia dengan keputusan yang dibuat kerajaan negeri Selangor ini.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir turut mengakui pihak partinya kerap kali menerima layanan yang kurang disenangi.

  "Sekiranya benar, inilah kali pertama peruntukan daripada wakil rakyat PAS di Selangor disekat oleh kerajaan negeri. Namun, kami masih tunggu berita ini sama ada benar atau tidak," katanya kepada akhbar itu.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/peruntukan-wakil-rakyat-pas-selangor-disekat-1.784134

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo