Pengerusi PAN Johor gagal?





Oleh Fikri Allaudin

Selepas selesai pembahagian kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekali lagi mendominasi agihan kerusi DUN Johor. Ia melibatkan pengagihan kerusi PPBM 18, DAP 14, PKR 12 dan PAN 12.

Tumpuan pastinya akan terarah sekali lagi kepada PAN. Kepimpinan PAN Johor secara terang telah memboikot Konvensyen Pakatan Harapan kerana tidak berpuas hati dengan jumlah dua kerusi Parlimen untuk mereka di Johor.

Walaubagaimanapun, kepimpinan Amanah di peringkat pusat telah berjanji kepada seluruh ahli parti Amanah Johor bahawa kekecewaan tersebut bakal terubat dengan peruntukkan kerusi yang lebih besar di peringkat DUN Johor.

Malangnya, sehingga selesai proses pembahagian kerusi di peringkat DUN, Amanah masih lagi kekal sebagai parti yang paling tercorot dalam pengagihan kerusi tersebut. Kerusi milik DAP jauh lebih besar berbanding kerusi mereka.

Jika dilihat, Amanah Johor yang dipimpin oleh Aminolhuda Hassan telah gagal. Mereka gagal menonjolkan kepada Pakatan Harapan bahawa parti tersebut mampu menjadi parti yang boleh diyakini dan menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan.

Tambah parah, pengagihan tersebut menggambarkan bahawa usaha PAN menjadi parti paling lantang menentang kerajaan negeri pimpinan YAB Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin dalam pelbagai isu langsung tidak dihargai.

Keputusan kerusi DUN tersebut memberi tamparan kepada imej PAN kepada lawan utama iaitu PAS. Pas ketika dalam Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu telah memperolehi kerusi yang besar dengan 7 kerusi Parlimen serta 31 kerusi DUN di Johor.

Malah hasil pemerhatian kami, akibat daripada jumlah peruntukkan kerusi yang sedikit, kebanyakan calon PAN yang bertanding atas tiket PAS dahulu besar kemungkinan tidak dapat menjadi calon pada PRU14 akibat hilang kerusi kepada parti konsensus yang lain.

Sebagai contoh, Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat telah melakukan gerak kerja dan turun padang bagi kawasan Puteri Wangsa. Kini beliau sudah dilihat tidak lagi aktif bekerja kerana kerusi tersebut telah diberikan kepada PPBM.

Begitu juga kerusi di Bukit Permai yang sinonim kepada Mazlan Aliman yang kini dimiliki oleh PPBM.

Jika dilihat keadaan ini sudah tentu kerana kegagalan kepimpinan Aminolhuda dan kepimpinan Amanah Johor yang gagal meyakinkan Pakatan Harapan bahawa PAN mampu menggalas tugas besar di Johor.

Mereka dilihat lemah dan hanya menuruti segala keputusan tanpa membawa suara akar umbi PAN Johor.

Situasi pasti berbeza jika kerusi Parit Yaani dan Nusajaya milik Aminolhuda serta Salahudin Ayub diambil oleh PPBM. Pasti mereka akan lantang bersuara membantah.

Kesimpulannya, keputusan tersebut pastinya telah mengecewakan ramai ahli Amanah Johor. Mereka inilah yang telah bertungkus lumus dan berkorban segalanya demi PAN.

Tetapi tindakan tidak bertanggungjawab kepimpinan PAN Johor dalam membela parti tersebut jelas satu kegagalan yang jelas.

Fikri Allaudin adalah dari Persatuan Pemikir Muda Johor
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget