PAS Wilayah yakin mempunyai lebih peluang menangi PRU14



KUALA LUMPUR: Calon gabungan pakatan pembangkang yang bertanding di 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka berdepan tindakan sabotaj daripada ahli dan penyokong Parti Amanah Negara (PAN).

PAS mendakwa tindakan itu sebagai manifestasi kepada tindakan kepemimpinan gabungan pakatan pembangkang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memberi peluang PAN bertanding di Wilayah Persekutuan.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, berkata PAN Wilayah Persekutuan menerima tamparan hebat apabila gagal memperoleh sebarang kerusi, sekali gus mewujudkan perpecahan dalam kalangan gabungan pakatan pembangkang.

Berikutan itu, beliau menjangka pengundi yang condong kepada PAN tidak akan mengundi calon gabungan pakatan pembangkang, sebaliknya kembali memberi undi kepada calon PAS.

"Saya menyeru ahli PAN mengundi calon PAS pada PRU-14 sebagai bantahan kepada sikap kepemimpinan gabungan pakatan pembangkang yang tidak memberi peluang parti mereka meletakkan calon di Wilayah Persekutuan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Noor berkata, pihaknya yakin parti itu mempunyai peluang lebih 50 peratus untuk menang di sembilan kerusi bakal ditandingi, tambahan enam kerusi berbanding PRU-13.

Selain Putrajaya, Labuan dan Titiwangsa yang ditandingi pada PRU-13, PAS bakal meletakkan calon di Lembah Pantai, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Batu dan Segambut.

Pada PRU-13, PAS tewas di semua kerusi ditandingi mereka kepada calon BN. Calon BN menang dengan majoriti 5,541 undi di Putrajaya, manakala 6,625 undi di Labuan dan 866 undi di Titiwangsa.

Beliau berkata, berdasarkan kajian penerimaan pengundi Wilayah Persekutuan yang dijalankan parti itu tahun lalu, kecenderungan kepada PAS melebihi 50 peratus.

"PAS di setiap kawasan sudah menyerahkan tiga calon yang memenuhi kriteria boleh menang kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat untuk diputuskan.

"Kita juga mengangkat calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bertanding di lebih tiga kerusi.

"Kita akan berusaha merealisasikan hasrat PAS memenangi banyak kerusi bagi memastikan PAS dapat menjadi penentu kepada kuasa politik negara," katanya.

Mohamad Noor juga yakin lebih ramai pengundi menyokong PAS di Wilayah Persekutuan selepas parti itu tidak lagi bersama DAP, selain pengundi UMNO berpecah dengan lahirnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).--BHarian
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget