PAS sesat menurut LGE?



Oleh: Hj Idris Hj Ahmad

Amat menarik kenyataan daripada Lim Guan Eng yang mangatakan PAS parti sesat, mungkin Dap parti  apa pula?! Sesat di neraca LGE apabila tidak boleh dicucuk hidung oleh DAP. 

Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat, kerana menentang pesta arak. PAS sesat kerana menentang gay. PAS sesat kerana menentang LGBT. PAS sesat kerana hendak mendidik masyarakat hidup bermoral dan berakhlak. PAS sesat kerana tidak bersetuju dengan Ateis. PAS sesat kerana menentang golongan  anti hadis. PAS sesat kerana pemimpin kerajaan Kelantan tidak dituduh rasuah. PAS sesat kerana hendak memperjuangkan syariat Islam.

Lagi banyak LGE serang PAS mengenai Islam yang diperjuangkan oleh PAS lagi baik. Biar masyarakat Malaysia tahu siapa LGE dan Dap sebenarnya. Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar.  Tindakan ini bukan sahaja akan menimbul kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu. Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada berbagai kaum.

Modal LGE tidak habis-habis memfitnah PAS bersama Umno. Bercakap seolah-olah beliau pemimpin Dap  yang penuh emosi. Kononnya  PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, Felda. Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati LGE terhadap PAS. Lihatlah kenyataan PAS di Harakah, akhbar rasmi PAS. Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS.

PAS menentang TPPA dan adakan demontrasi,sedangkan LGE puji Datuk Mustafa Muhammad kerana menerangkan TPPA. DAP dan PH bersetuju RUU 164, manakala PAS bangkang. RUU 355 PAS baru bawa usul, Dap dan PH sudah menunjukkan sikap yang boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia. Kenapa isu RUU 355 dituduh PAS ber UG dengan umno. Kenapa pula RUU 164 Dap bersama PH menyokong  RUU tersebut bersama umno dan BN. PAS tidak pula kata Dap dan PH hendak ber UG dengan Umno BN. Ertinya PAS matang dalam politik.

Tuan Guru Haji Hadi Awang telah meminta supaya Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB sejak tahun 2015. Sikap Presiden PAS berpegang dengan prinsip Islam biarlah siasat dan dibawa ke pengadilan. Sama ketika YAB Lim Guan Eng dihadap ke mahkamah isu pembelian banglo mewah yang tidak ada kolam renang. Presiden PAS menjawab LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah (FMT 21 Mac 2016). Apakah sikap pemimpin PAS seperti ini dianggap sesat. Tidak seperti sikap pihak Pakatan Harapan, belum apa-apa sudah balun PAS isu RM90 juta.

Kalau inilah PH memerintah negara, sama sahaja atau lebih teruk daripada kerajaan BN. Rakyat, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Belum perintah sudah tunjuk sikap yang tidak memaparkan sikap adil.

Kalau LGE mengatakan  kerana ada gambar kemesraan pemimpin PAS dengan pemimpin umno di dalam program kerajaan, bukan  program umno maka terus dituduh PAS hendak bersama umno. Saya mempunyai koleksi gambar kemesraan LGE dengan pemimpin umno. Bukan setakat belaga pipi, malahan belaga perut. Terbaru gambar kemesraan LGE menyambut DS Rosmah Mansur semasa lawatan banjir di Pulau Pinang. Bukan setakat bersalam malahan pegang lengan DS Rosmah. PAS tidak sebodoh itu untuk hendak menjadikan ini modal menuduh LGE dan Dap hendak sertai BN.


Kalau gambar TG Haji Hadi dengan DS Najib di program Multaqa Ulama dijadikan modal kononnya baju sedondon, macam mana pula dengan sedondon putih pemimpin  Setiausaha Agung PKR dan Naib Presiden PAN bersama dengan DS Najib di dalam program Plestin. Sekali lagi PAS tidaklah sebodoh itu hendak tuduh PKR dan PAN hendak bersama dengan Umno. Walau pun ada seorang ustaz PAN yang bergelar alhafiz mengatakan CIS kepada PAS kerana hadir program tersebut. Akhirnya CIS itu kena ke batang tubuh partinya sendiri. Jangan melampau, selalunya yang melampau tersungkur di pintu umno/BN.

Hj Idris Ahmad adalah Naib Presiden PAS
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget