NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO Pendidik rakam ucapan takziah kepada Ustazah Afiqah

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) merakamkan ucapan simpati dan salam takziah kepada Ustazah Nur Afiqah Binti Mohd.Helmi, atas dugaan yang diterima kerana diheret ke mahkamah atas dakwaan dan pertuduhan kesalahan mencubit pelajar. 

Ustazah Nur Afiqah Binti Mohd Helmi,19 tahun adalah guru pembantu bagi Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Ajwad, telah didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar ,Kedah di bawah Akta 323 Kanun Keseksaan kerana disaman oleh ibu bapa pada 9 Januari 2018 yang lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dan mengatakan beliau difitnah. Ustazah Nur Afiqah Binti Mohd.Helmi kini berkhidmat di sebuah institusi pendidikan pra awal kanak-kanak di PASTI Al-Ajwad,Jalan Kemudi Kuala Kedah Darul Aman.

Walau bagaimana pun,pihak yang mendakwa telah gagal mengemukakan laporan perubatan dalam kes perbicaraan pada 9 Januari yang lalu.

Perbicaraan akan bersambung pada 12 Februari 2018 akan datang.

"Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) ingin menegaskan bahawa institusi perguruan perlu dimartabatkan dengan kerjasama ibu bapa yang tidak terlalu terburu-buru menerima aduan anak-anak terutama yang berumur 6 tahun ke bawah tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada pihak sekolah .

Seharusnya perkara ini perlu diselesaikan secara harmoni tanpa mengheret guru ke mahkamah

Harus difahami,NGO Pendidik bukan mahu membela guru yang melakukan kesalahan jenayah,rasuah atau ada skandal atau masalah salah laku.Tetapi prinsip kami adalah,dalam merungkai segala masalah haruslah ada budi bicara dan perundingan secara harmoni antara ibu bapa dan pihak sekolah.Ibarat aur dengan tebing,keduanya saling memerlukan demi melahirkan generasi yang cemerlang dan memiliki jatidiri serta akhlak yang terpuji.

Memang diakui ,guru bukanlah maksum,atau wali yang tidak pernah melakukan kesalahan.Guru adalah insan biasa yang adakalanya dengan tidak sengaja menghukum pelajar dengan niat mahu mendidik namun aduan atau rekaan cerita daripada anak-anak kecil perlu diteliti kerana dibimbangi sebarang tindakan ibu bapa kelak akan menyebabkan guru teraniaya dan tiada pembelaan.Harus diambilkira juga maruah ,imej dan kredibiliti warga pendidik ini apabila berhadapan dengan masyarakat selepas mereka dihadapkan ke mahkamah apabila akhirnya dibuktikan tidak bersalah.

NGO Pendidik sebelum ini telah bersolidariti dan memberi sokongan moral dalam kes Cikgu Azizan,Ustaz Adib dan Cikgu Idzahril bersama wakil NGO Pendidik yang lain apabila guru - guru diheret ke mahkamah oleh ibu bapa atas dakwaan mendenda murid.

Kami doakan Ustazah Nur Afiqah Binti Mohd.Helmi tabah menempuh dugaan.

"Guru Dihormati.Hidup Diberkati"

Salam hormat:
Pn. Normala Binti Sudirman
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik)
17 Januari 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo