NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahathir terdesak mohon sokongan PAS sebagai calon PM?



Mendesak PAS untuk memilih antara dirinya dan Najib sebagai calon PM bukti Mahathir terdesak dalam mengharapkan sokongan dari PAS.

Beliau nampaknya belum cukup yakin dengan kemampuan balacinya dalam DAP, PKR, Amanah dan PPBM untuk menang besar dalam PRU-14.

Benarlah apa yang Presiden PAS sebutkan bahawa PAS bakal menjadi kuasa penentu dalam PRU-14. Tidak dinafikan bahawa Kerajaan campuran akan wujud sekiranya PH dan BN gagal mendapat minimum 112 kerusi parlimen.

Kenyataan Mahathir untuk meminta sokongan PAS ini juga membuktikan bahawa memang PAS mampu meraih sekurang-kurangnya 40 kerusi bersama Gagasan Sejahtera. Sentimen melayu - Islam yang pro PAS yang menolak bapak sekular Malaysia itu memang tidak dinafikan. Sejak dulu lagi Mahathir telah mengumpul koleksi musuh politik yang ramai dari kumpulan Islamis. PH hanya yakin menang selesa dikerusi majoriti pengundi bukan Islam.

Najib sebagai pilihan kedua.....lawak apakah ini? Tolonglah wahai Mahathir, buka mata sikit. Kenapa perlu minta PAS pilih antara dua penyamun ini? Seolah-olah tiada calon lain untik dilantik jadi PM. Bagi PAS, kedua-dua ini perlu ditolak.

Seandainya PAS terpaksa memilih, saya yakin PAS akan pilih calon lain yang lebih layak dari keduanya.

PAS sudah pernah melakukan hal ini semasa krisis Menteri Besar Selangor. PAS memilih calon yang lain dari yang diaturkan oleh Anwar.

Malah tidak mustahil PAS akan meletakkan calon dari parti sendiri sebagai syarat mewujudkan kerajaan campuran sekiranya jumlah kerusi PAS lebih dari jangkaan. Ingat! PAS bertanding 130 kerusi....bukan 40 kerusi sahaja.

PAS bukan parti yang terdesak dengan berkempen umumkan calon PM macam PH. PAS parti yang realistik dan fokus untuk capai kemenangan terlebih dahulu. Soal PAS akan bergabung buat kerajaan campuran dengan PH atau BN, itu bukan isu utama sekarang.

Yang pasti PAS akan tentukan pilihan dan calonnya selepas keputusan PRU-14 diumumkan.

Jika rakyat inginkan parti yang bersih dan bebas rasuah, PAS adalah pilihan terbaik. Pengundi perlu gunakan kuasa undi mereka untuk beri mandat kepada PAS bagi memperbetulkan ekosistem politik Negara ini yang dipenuhi korupsi dan penipuan. PAS tidak lupa dosa Mahathir, PAS tidak tutup mata pada dosa Najib. Keinsafan mereka perlu dibuktikan dengan memulangkan harta rakyat yang mereka ambil selama ini......

#up #paspilihankami #tolakph #tolakbn

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
16.1.2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo