NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahathir punca PAS tolak PPBM?




Rundingan kerjasama politik antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, segala keputusan perbincangan kedua parti itu perlu mendapat persetujuan Dr Mahathir.

“Walaupun rundingan yang diadakan tahun lalu dihadiri Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Mukhriz Mahathir namun mereka perlu merujuk persetujuan Dr Mahathir.

“Bagi saya tidak pelik kenapa Dr Mahathir menyerang PAS mungkin disebabkan gagal mendapatkan kerjasama kami.

“Serangan yang dilakukan beliau (Dr Mahathir) sudah dianggap biasa, namun ia akan menjadi perkara luar biasa sekiranya Dr Mahathir memuji PAS,” katanya ketika sidang media di Hotel Jewel di sini, Isnin.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga seorang yang anti kepada orang beragama.

Katanya, terbaru beliau mengkafirkan mufti yang tidak menegur amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Abdul Hadi baru-baru ini sudah menjelaskan mengenai amanat itu, dan adakah ianya logik berucap selama satu jam 49 minit tetapi hanya petik 19 baris ayat sahaja?,” katanya.

Kelmarin, ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan parti itu mendakwa kegagalan mufti menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali pada 1985.


Wartawan Watan-Online
© all rights reserved
made with by templateszoo