NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan negeri miskin rakyat kaya, Terengganu negeri kaya, rakyat...?



Oleh: Dr Azman Ibrahim

Dalam program Ceramah Isu Semasa di Gual Ipoh Tanah Merah semalam, kawan saya Cikgu Chin Chua Lau, Pegawai Khas YAB MB Kelantan sebut, Kelantan negeri miskin, bajet 600 juta lebih saja tapi rakyat kaya. Terengganu negeri kaya tapi rakyatnya...

Sampai giliran saya ceramah, dengan jujur saya akui bahawa fakta Cikgu Lau adalah benar. Terengganu Bajet hampir RM2b. Bajet Kelantan hanya RM600 juta lebih. Peruntukan ADUN BN Terengganu RM1 juta setahun. Peruntukan ADUN PAS Kelantan hanya RM180 ribu sahaja. 

Tapi fakta yang tak dapat dinafikan, bandar Kota Bharu jauh lebih membangun dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kuasa beli orang Kelantan lebih tinggi dari orang Terengganu. Kelantan ada banyak Hypermarket seperti TESCO, AEON, GIANT, MYDIN, THE STORE, KB MALL, BILLION dan lain-lain lagi. Anehnya peniaga ayam, ikan, sayur dan santan di gerai-gerai tepi jalan tetap laku dan laris. 

Kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang Kota Bharu 47 kali sehari. Di Lapangang Terbang Kuala Terengganu, kapal terbang turun naik hanya 7 kali saja sehari.  Hotel 5 bintang pun ada di Kota Bharu iaitu Renaisance Hotel. Di Kuala Terengganu ada?

KDNK Kelantan bagi tahun 2016 ialah 4.8% untuk berada di kedudukan ketiga selepas Johor dan Penang. KDNK Terengganu hanya 3.1%, juga di kedudukan ketiga tapi ketiga paling akhir. 

Saya ringkaskan bahawa puncanya sangat mudah. Di Terengganu, memang air banyak ada dalam tangki. Tapi bila nak air ambil untuk digunakan bagi menyiram pokok, baldi warna biru yang digunakan untuk mengambil air dah tembus. Akibatnya air yang diceduk dalam baldi akan meleleh keluar walaupun asalnya air penuh dalam baldi. Sampai dekat pokok yang nak disiram, hanya tinggal baki beberapa titik saja air. Yang lain dah hilang bocor dan tiris di tengah jalan. Nak siram pokok pun tak cukup.

Di Kelantan, walaupun air dalam tangki tak banyak, tapi baldi hijau yang digunakan untuk ceduk air tak tiris. Bukan kita kata, sebaliknya Jabatan Audit Negara yang bagi markah 99% kepada Kelantan. Maknanya baldi tak tiris! Sebab tu walaupun air sedikit tapi mencukupi. Sepanjang 28 tahun pemimpin PAS Kelantan pegang baldi air warna hijau, tak ada seorang pun anggota pentadbiran kerajaan Kelantan yang diseret ke mahkamah dan disabitkan bersalah tuduhan rasuah. Ini satu rekod dunia!

Juga jangan dilupa bahawa hasil Terengganu setelah ditarik royalti oleh Mahathir pada tahun 2000 hanyalah RM180 juta. Sedangkan belanja mengurus negeri saja dah RM230 juta. Macam mana Kerajaan PAS Terengganu boleh survive? Jawabnya juga kerana baldi hijau tak tiris.

Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk tukar baldi biru kepada hijau. Baru selamat negeri dan negara. 

Dr Azman Ibrahim  adalah AJK PAS Pusat
© all rights reserved
made with by templateszoo