NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor: PRU14, Shahrir sedia berdepan dengan pembangkang?




Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak akan berundur sebaliknya bersedia menentang mana-
mana calon besar pembangkang.

Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang sebelum ini bersedia untuk berundur pada PRU ke-14, diberitakan sudah mempertimbangkan kembali permintaan Presiden UMNO, Dato seri najib Tun Abdul Razak dan sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang mahu bertanding di Johor Bahru pada pilihan raya umum akan datang.

Pada PRU ke-14 nanti, Johor dikatakan menjadi sasaran baru pembangkang terutama Pakatan Harapan (PH) tetapi dalam masa yang sama PAS dan sekutunya dalam Gagasan Sejahtera juga tidak akan berundur dari politik Johor. 

Shahrir yang juga Pengerusi Felda mengulas hasrat pembangkang mahu menjadikan Johor sebagai negeri barisan depan mereka semasa PRU14. Beliau menegaskan tidak akan berundur sebaliknya bersedia menentang mana-mana calon besar pembangkang.

"Pada awal ramalan saya PRU ke-14 adalah yang paling mudah. Tetapi apabila sudah dengar macam-macam (nama) hendak datang ke Johor termasuk Khalid Abd Samad (Anggota Parlimen Shah Alam), jadi, saya ingat kalau semua sudah berminat pada Johor, saya pun berminat jugalah berdepan dengan mereka dalam apa pun kedudukan," katanya selepas Dialog Perjuangan 4 All di sini. 

"Dengan Mahathirnya (Tun Dr Mahathir Mohamad)... dengan Anwarnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan Muhyiddinnya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Kit Siang (Lim Kit Siang), semua hendak terus tumpu menjadikan Johor sebagai frontline state (negeri barisan depan), jadi takkanlah saya hendak undur," katanya dilaporkan Bernama baru-baru ini.


Tulisan editorial ini ditulis sempena lawatan wakil 1media meninjau politik Johor pada Khamis, 4 Januari, 2018.

Editorial, 4hb Januari



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo