NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaringan internet di Pusat Daerah Mengundi dinaik taraf




HULU TERENGGANU: Jaringan internet di pusat daerah mengundi (PDM) seluruh negara dinaik taraf bagi memastikan tiada gangguan capaian internet sepanjang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata kerja-kerja menaik taraf itu telah dilaksanakan secara berperingkat melibatkan kira-kira 8245 PDM.

“Langkah ini bagi memastikan capaian internet di tahap terbaik dan akan diperluas bukan hanya di negeri Terengganu tetapi juga di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih Tautan Budi bersama komuniti Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu pada Sabtu.

Jailani berkata kerja-kerja menaik taraf jaringan internet termasuk di kawasan perkampungan orang asli sedang giat dijalankan.

Jelasnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membezakan kemudahan dan perkhidmatan kepada masyarakat di luar bandar.

“Ini bagi merapatkan jurang digital antara penduduk orang asli dalam usaha memberi penekanan pendidikan kepada mereka yang berada di kawasan pedalaman,” katanya.---AstroAwani
© all rights reserved
made with by templateszoo