'Solat Hajat' dan Solidariti buat Cikgu Idzahril dari warga pendidik seluruh Malaysia: Moga tabah menempuh dugaan


'Solat Hajat' dan Solidariti buat Cikgu Idzahril dari warga pendidik seluruh Malaysia:
Moga tabah menempuh dugaan. 

1.Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik)menyeru agar warga pendidik seluruh Malaysia dari jauh dan dekat mengadakan Solat Hajat dan  mendoakan agar perjalanan kes Noor Idzahril bin Ahmad,53  tahun yang merupakan guru Bahasa Inggeris dari 
Sk. Sg. Acheh,Nibong Tebal
yang bakal dibicarakan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi,Nibong Tebal pada  hari Selasa,9 Januari 2018 dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

2.Marilah kita bersama mendoakan agar kes Cikgu Idzahril dikurniakan kemenangan demi mengangkat profesionalisme dan martabat guru dalam persada pendidikan negara yang tidak pernah jemu dan sentiasa gigih mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna serta berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

3. NGO Pendidik ingin melahirkan rasa simpati dan dukacita atas tindakan ibu bapa yang terlalu mudah mengheret guru ke  mahkamah  tanpa menyelesaikan sebarang permasalahan dengan cara harmoni sekaligus seolah-olah tidak menghargai  peranan guru dalam mendidik anak bangsa  dalam proses untuk melahirkan generasi pelapis yang berilmu dan diharapkan agar memiliki jatidiri serta  akhlak yang terpuji pada masa akan datang.

4. Wakil NGO Pendidik akan turun bersolidariti  pada 9 Januari 2018 esok pagi ,bagi memberi sokongan moral kepada Cikgu Noor Idzahril Bin Ahmad yang akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi ,Nibong Tebal Pulau Pinang untuk dibicarakan kerana disaman oleh ibubapa berbangsa India.

5. Justeru ,diharap NGO pendidikan,NGO masyarakat ,tokoh pendidik,pertubuhan PIBG dan semua lapisan masyarakat dapat hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan moral kepada Cikgu Noor Idzahril Bin Ahmad dan mendoakan agar kes saman dan perbicaraan ini beroleh kemenangan.
Semoga beliau sekeluarga tabah menempuh dugaan.

Sekian.Terima kasih.

Salam hormat:
Pn.Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
8 Januari 2018.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget