Hadi: PAS sasar sekurang-kurangnya majoriti mudah


PAS berhasrat memenangi kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri, atau menyertai pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum akan datang. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengesahkan bahawa parti Islam itu mungkin bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi. 

"Kemungkinan 130 lebih. Sekurang-kurangnya simple majority. 

"Ya. PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai membentukan kerajaan, bukan sahaja sebagai pembangkang yang lemah," katanya kepada wartawan selepas merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor.

Pelancaran jentera pilihan raya itu diadakan di Seksyen 17, Shah Alam bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 pagi ini yang dihadiri kira-kiraa 7,500 penyokong PAS.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada sidang akhbar 14 Januari lalu memberitahu parti itu bercadang untuk bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen. 

Sekiranya rancangan itu diteruskan, PAS akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Umno merupakan parti politik terbesar di Malaysia dan bertanding di sebanyak 121 kerusi parlimen dan memenangi 88 daripadanya.

Sementara itu, Hadi juga memberitahu wartawan bahawa PAS merancang untuk membentuk kerajaan di Selangor, tetapi sedang memikirkan berapa kerusi yang akan ditandinginya. 

Ketika ditanya siapa yang akan menjadi calon pilihan PAS sebagai menteri besar Selangor, Hadi berkata ia masih terlalu awal untuk diputuskan sebelum pilihan raya umum. 

"Kita tidak membuat sesuatu hukuman andaian. Calon menteri besar ini andaian. Nanti (kalau) calon dia kalah?" katanya.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/409445
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget