Dr. Mahathir hanya gila kuasa



BATU GAJAH 31 Dis. - Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman kesal kerana Perhimpunan Agung PPBM yang berlangsung semalam hanya membincangkan usul untuk menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, sekali gus memperlihatkan matlamat gila kuasa mereka.

Hamidah mendakwa, ucapan dasar Dr. Mahathir pada perhimpunan tersebut yang julung kalinya diadakan ekoran desakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga langsung tidak menyentuh sebarang perancangan khusus untuk rakyat mahupun negara.

“Sebenarnya saya mengakui bahawa saya pun agak tertipu dengan penubuhan PPBM kerana ketika awalnya, kita dijanjikan bahawa parti ini akan menggantikan UMNO termasuklah dari segi perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Namun, saya tengok akhir-akhir ini termasuk dalam ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung PPBM, mereka hanya membincangkan satu usul iaitu memastikan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Adakah itu semata-mata matlamat? Namun pada saya, itu adalah gila kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini sebagai reaksi balas terhadap ucapan dasar Dr. Mahathir pada Perhimpunan Agung PPBM yang melabelkan individu-individu yang meninggalkan parti itu sebagai sampah serta penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, sikap tidak wajar negarawan terulung yang menggunakan pentas perhimpunan agung tersebut untuk menghentam mereka yang berbeza pendapat dalam parti itu juga memperlihatkan sikap sebenar Dr. Mahathir yang merupakan seorang diktator, terlalu ego dan mementingkan diri.

Sehubungan itu, Hamidah me­ngingatkan kepada semua ahli PPBM termasuk parti-parti komponen pembangkang supaya memikirkan sama ada perlu terus menyokong Mahathir yang kini dilihat sudah memiliki kelemahan mental dan fizikal serta tidak konsisten dengan apa yang diperkatakannya.

“Kalaulah saya antara orang awal berkorban untuk beliau dan diperlakukan sebegini, apa jaminan beliau tidak melakukan perkara serupa kepada orang-orang di peringkat kepemimpinan PKR, DAP dan PAN,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Hamidah turut mempersoalkan cara penganjuran Perhimpunan Agung PPBM yang disifatkannya sekadar ‘melepaskan batok di tangga’ kerana tidak mengikut tatacara perlembagaan parti serta menipu ahli sendiri.

“Mengikut Perlembagaan PPBM Fasa 12 untuk Perhimpunan Agung, di bawah klausa 12.2.3, wakil yang dipilih oleh Persidangan Tahunan Bahagian adalah sebanyak seorang wakil bagi setiap 300 orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak melebihi tujuh orang dari satu Bahagian.

“Sedangkan mereka tidak membuat mesyuarat di peringkat bahagian. Apa yang saya bimbangkan ialah mereka tergesa-gesa melakukan sesuatu dan melanggar perlembagaan mereka sendiri. Bagaimana mereka hendak mentadbir negara? Mereka belum bersedia,” katanya.


Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-hanya-gila-kuasa-1.582597#ixzz52tJIM4sv 
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget