NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diwujudkan Tanah Rizab Melayu Diwartakan Sebagai Hak Melayu



oleh: Zaharah Sulaiman

Semenanjung Tanah Melayu zaman moyangnya selama puluhan ribu tahun tidak memerlukan tanah ranah Melayu ini mengujudkan Tanah Rizab Melayu dan diwajibwartakan sebagai Hak Melayu, ini kerana keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dari Segenting Kra hingga ke Kepulauan Riau dan Lingga serratus peratus secara ‘total’ pegangan Pribumi Melayu.

Dipaparkan sedikit sejarah secara ringkas untuk mencerahkan senario sehingga wujud Enakmen Tanah Rizab Melayu.

Semenanjung Tanah Melayu sepanjang zamannya berdagang emas, timah dan besi keluli ke Timur Tengah hingga ke Rome mengunakan kapal kapal dagang binaan dan kemahiran bangsa Melayu tanpa bantuan bangsa asing. Tulisan-tulisan pedagang Arab mengisahkan sejarah kehebatan dan kekayaan Empayar Melayu tersebar keseluruh dunia. 

Keharmonian dan kegemilangan ini mula dicemburui oleh kuasa-kuasa luar bermula dengan pencerobohan menyerbu serang Kedah Tua. (Kedah Tua ketika itu dibawah naungan Empayar Melayu Srivijaya). Pencerobohan Raja Rajendra Chola dari Tamil Nadu India Selatan pada tahun 1025, memusnahkan bangunan benteng kotaraya Kedah dan merompak kesemua rizab simpanan emas negara, diikuti pencerobohan Tai dan peperangan keatas Patani Besar, Kelantan dan Kedah, peperangan Portugis dan Belanda keatas Melaka. 

Cengkaman British keatas Pulau Pinang pula pada tahun 1786, bermula dengan Francis Light (British East India Company) kononnya berhasrat memajak sebahagian Pulau Pinang utk pengkalan tentera laut British. Sultan Kedah bersetuju dengan permintaan itu kerana British menunjjukan persetujuan untuk melindungi tanah Kedah dan bangsa Melayu dari pengganas Tai yang memerangi dan memeras ugut Kedah untuk emas ketika itu. Selepas empat tahun wang pajakan tidak dilunas British, tanah ranah Melayu Pulau Pinang pula diracik racik di jual kepada migran Cina dan India, lalu Sultan Kedah bertindak mengusir British keluar. 

Tentera British mengunakan kapal perangnya mengebom Seberang Prai, mengakibatkan beratus askar Melayu mati. Kedah terpaksa berundur dan menyerah kalah. Kesultanan Kedah mulanya meminta wang pajakan sebanyak 30,000 Spanish dollar setahun. British menolak permintaan dan deraf perjanjian Sultan Kedah dan kerajaan Kedah (under duress) bersetuju memajakan Pulau Pinang dengan pajakan yang sangat murah (seceput). Dari saat itu bangsa Melayu di tipu, dipermainkan dan ditindas untuk beratus tahun.

Dalam usaha nyata berfaedah baginya dan untuk menunjukkan keperihatinan, British, era kearah kelonggaran setelah kekuasaannya mantap di Semenanjung Tanah Melayu, mereka terpaksa mengikut permintaan dan desakan Aslian Melayu bagi mewujudwartakan Tanah Rizab Melayu atas sebab sebab jikalau tidak dibuat, akan mengakibatkan peperangan kaum di Semenanjung Tanah Melayu.

Generasi pentakbir-pentakbir baru-baru ini memperlihatkan minat dan rasa simpati terhadap cara hidup masa hadapan bangsa yang mereka jajah itu. Mereka mencadangkan beberapa langkah bagi memperbaiki kedudukan Pribumi Melayu, terutama melalui pendidikan Inggeris dan penglibatan meraka dalam pentakbiran Negara.

Untuk tujuan itulah sesuai dengan desakan-desakan dari beberapa pihak Pribumi Melayu, Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahu 1905 dan Perkhidmatan Takbir Melayu dimulakan pada tahun 1910.

Malangnya langkah-langkah baru ini sudah terlewat, ditempelkan konon ‘ProMelayu’, ini membuka peluang kepada bukan Melayu, termasuk pendatang baru untuk menuntut penglibatan yang lebih, bukan lagi sebagai buruh dan pengusaha yang menjadi matlamat kedatangan mereka dahulu, tetapi juga sebagai pentakbir dan anggota pemerintah.

Penjajah British dipaksa mewujudkan Enakmen Rizab Melayu (ERM) di SEMENANJUNG TANAH MELAYU setelah tanah ranah Melayu dimajmukan British dan atas sebab penjualan tanah Pribumi kepada migran tidak dapat dikawal lagi, sehingga menyebabkan pergaduhan, perebutan, penipuan dan peperangan dikalangan pendatang migran itu sendiri merebut tanah Aslian Melayu.

MAKA TERTUBUHLAH WASIAT RAJA MELAYU. 


  • Dalam Wasiat Raja-Raja Melayu: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunungganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus.(50% Keluasan jumlah tanah seluruh Semenanjung Tanah Melayu) 
  • Selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain." Tanah Rizab Melayu dinobatkan di bawah Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Tanah Rizab Melayu di setiap negeri yang beraja. Begitu baiknya hati nurani Pribumi Melayu menerima kemasukan pendatang. 
  • Disini terserlah budi baik, sikap toleransi, akomodatif dan sikap tidak ‘materialistic’ dan tidak tamak bangsa Pribumi Melayu, 

RINGKASAN BEBERAPA INSIDEN PERANG MEREBUTKAN TANAH ASLIAN MELAYU 
  • Tok Batin Penghulu Aslian Melayu merupakan Raja di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang sebelum tahun 1773. (Tanah Adat adalah pemberian Tok Batin kepada Pribumi Melayu yang sudah berkeluarga semenjak ribuan tahun) British tidak mengiktiraf Tok Batin sebagai Raja. Berlakulah beberapa peperangan antara Tok Batin dan British. Antaranya Perang Naning di Melaka/Negeri Sembilan 1831 antara British dan Pribumi Melayu . Dol Said, Aslian dari suku Semelenggang dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. 
  • Peperangan Larut di Perak 1861 -1874 antara kumpulan Ghee Hin di Klian Baru dengan Hai San dari Klian Pauh. (Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim). Perang rebutan sumber air dan tanah bijih menyebabkan ratusan orang mati termasuk Orang Besar Ngah Ibrahim, keluarga dan pekerjanya. Disebabkan bijih timah di Selangor, Perak dan Negri Sembilan didapati dalam bentuk bijih lanar (alluvial tin), proses perlombongan adalah lebih mudah dan lebih murah berbanding bentuk bijih timah yang lain. Ini rebutan mereka.
  • September 1870, Peperangan antara tentera Cina Chong Chong dan tentera Cina Yap Ah Loy (di sokong Syed Mashhor) merebut tanah lombong di Jalan Ampang dan sekitaran Kuala Lumpur kepunyaan Aslian Melayu. 2,500 penduduk tempatan menyertai tentera. Peperangan ini memusnahkan Kuala Lumpur yang telah lama dibangunkan oleh keluarga Sultan Selangor dan Aslian Pribumi Melayu. 
Aslian Melayu terpaksa berpindah kependalaman Ulu Langat akibat peperangan itu. (Aslian Melayu tempatan di Jalan Gombak dan Jalan Ampang dan kedatangan Sutan Puasa atau Sutan Naposo Aslian Melayu yang beragama Islam dari suku kaum Mandailing merupakan orang yang layak dianggap sebagai pembuka lombong terulung dan membangunkan Kuala Lumpur, dan bukannya Yap Ah Loy. Aslian Melayu telah lama membuka tanah lombong bijih timah dan pertanian dan menetap di Kuala Lumpur ribuan generasi sebelum kedatangan Cina membanjiri Kuala Lumpur.)

ANTARA SEBAB SEBAB LAIN BAGI DIWUJUDKAN & DIWARTAKAN TANAH RIZAB MELAYU


  • Bertujuan - melindungi kepentingan proprietari - mencegah kepupusan bangsa tertentu dari tanah air mereka dengan menyekat penjualan tanah ranah moyang kepada masyarakat pendatang yang datang untuk mencari kekayaan.


  • Konsep Tanah Rizab yang terdapat dalam pelbagai komuniti: - Amerika Syarikat untuk Orang Asli Amerika - Australia untuk Orang Aborigin - New Zealand untuk Maori - Afrika Selatan untuk Aslian Afrika - Malaysia untuk Pribumi Aslian Melayu – Tanah Rizab Melayu, Tanah Adat Adat Perpatih dan Tanah Adat Melaka dan atau dasar penjajah. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 3 
  • Tanah Asli di Sabah dan Sarawak • Penyelesaian Pertanian Melayu Kampung Bahru, Wilayah Persekutuan 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 
  • Untuk melindungi tanah Melayu daripada dijual kepada komuniti imigran. Enakmen Rizab Melayu 1913 cenderung untuk melindungi orang Melayu secara beransur-ansur dari dislokasi ekonomi yang disebabkan oleh kemasukan pendatang China dan India ke Semenanjung Tanah Melayu (Gordon Means, "Hak Khas sebagai Strategi untuk Pembangunan: Kes Malaysia", dalam Political Comparative 1972 5 (1); Jomo Sundram 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 6 
  • ENAKMEN TANAH RIZAB MELAYU diluluskan atas sebab perkembangan ekonomi kapitalis kolonial. Pertumbuhan perusahaan kapitalisme di bawah penjajahan membawa kepada peningkatan pesat penduduk pendatang dan pertumbuhan yang sama dalam penggunaan beras, yang menjejaskan pengeluaran padi dalam beberapa cara. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 7 
  • Peningkatan penggunaan beras dipenuhi oleh peningkatan import beras murah dari Thailand dan Burma. • Pada 1890 import beras adalah lebih daripada 35% daripada jumlah import; ini melebihi hasil kerajaan dan berjumlah 31% daripada penerimaan eksport (JOMO 1988 p.16) • Untuk meminimumkan kehilangan pertukaran asing dan untuk membendung petani Melayu daripada mengalihkan diri dari profesi tradisional, Tanah Rizab Melayu diperuntukan untuk pertanian. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 8 
  • Penjajah British mempersetujui Enakmen Tanah Rizab Melayu memihak kepada Pribumi Melayu dengan objektif untuk melindungi kepentingan tanah milik Melayu untuk menghalang orang Melayu berurusan dengan pendatang. • Perkembangan pesat di Negeri-negeri Melayu membawa kemasukan pendatang terutama disebabkan oleh dasar kolonial British • tenaga kerja untuk bekerja dalam industri lombong, ladang getah, pembinaan dan pembangunan infrastruktur 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 9 
  • Pendatang-pendatang Cina sangat berminat untuk memperoleh tanah di negeri-negeri Melayu dan Pribumi Melayu yang tidak berada atau terdesak juga sanggup menjual tanah untuk pertimbangan kewangan. • Para ahli sejarah berpendapat bahawa sebab utama untuk memperkenalkan Tanah Rizab Melayu oleh British adalah untuk menghalang masyarakat Cina yang terkenal, yang semakin kuat membentuk kumpulan Kongsi Gelap dan mendapat dominasi ekonomi berbanding pendatang lain. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 10 
  • British merasakan bahawa ini boleh menimbulkan ancaman kepada pentadbiran mereka, keperluan untuk mencegah komuniti imigran Cina dan lain-lain daripada memperoleh tanah komoditi yang paling berharga yang dicipta untuk Manusia. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 11 
  • Fasal 26 Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa Orang Asli/Asal mempunyai hak ke atas tanah, wilayah dan sumber yang dimiliki atau diduduki atau yang digunakan atau diperolehi oleh mereka secara tradisional. 
  • Ini seharusnya difahami bahawa Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Semenanjung Malaysia mempunyai tanggungjawab fidusiari (trustee) /amanah untuk memastikan hak-hak Orang Asli dan Pribumi Melayu, terutama berkaitan tanah adat dan Tanah Rizab Melayu, tidak dicerobohi. 
  • Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk menghormati tuntutan tanah adat Orang Asli dan juga cara hidup mereka kerana Fasal 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk “perlindungan, kesentosaan dan kemajuan” Orang Asli, termasuk merizabkan tanah ini. 
BEBERAPA PERKARA TERSEBUT DIATAS DAN BAGI MENJAGA KEPENTINGAN BAHAGIAN PRIBUMI MELAYU SUPAYA TIDAK TERHAKIS, ENAKMEN RIZAB MELAYU DIWUJUDKAN 

  • Enakmen Rizab Melayu 1913 : Enakmen yang pertama diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Negeri Sembilan, Perak, Selangor.
  • Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 
  • Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931 
  • Enakmen Rizab Melayu (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 142) 1933 : undangundang baru TRM bagi NMB bagi menggantikan ERM 1913.  Enakmen Rizab Melayu Perlis 1935 
  • Enakmen Rizab Melayu Johor 1936 
  • Enakmen Rizab Melayu Terengganu 1941 
ANTARA PERUNTUKAN TANAH RIZAB MELAYU DI KAWASAN STRATEGIK 

1. Enakmen Tanah Rizab Melayu yang dibuat sebelum Merdeka, dengan keluasan 50% (bersamaan dengan 13,185,670 hektar) keluasan Semenanjung Tanah Melayu , Tanah Rizab Melayu itu diwartakan kekal selamanya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang bukan Melayu.

2. Kuala Lumpur

• Pada mulanya sebelum Merdeka, British telah mengisytiharkan 4 kawasan dalam Tanah Rizab Melayu di bawah Enakmen Tanah Rizab Melayu 1913.

• Reservasi Melayu Sungai Pencala, kira-kira 756 ekar;

• Tanah Rizab Melayu Segambut kira-kira 710 ekar.

• Tanah Rizab Melayu Selayang kira-kira 542.4 ekar;

• Tanah Rizab Melayu Gombak kira-kira 3640 ekar.

• Kampung Baru Malay Agriculture Settlement. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 25

3. Melaka

•  Tiada dasar Tanah Rizab Melayu di Melaka yang menjadi anggota Penyelesaian Selat

• Orang Inggeris telah mengekalkan dan melindungi hak adat orang Melayu - tanah adat - adat perpatih

• Akta Tanah Negara (Tajuk Pulau Pinang dan Melaka) 1963 memerintah tanah adat di Melaka.

• Seksyen 108 Akta - pemindahan, pajakan dan penghantaran tanah adat hanya boleh dibuat bagi orang Melayu yang berdomisili di Negeri. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 26


ANTARA SEBAB SEBAB KESUSUTAN TANAH RIZAB MELAYU 

 Laporan Pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur, tahun 1905 dan 1906 mendapati 32 keping tanah pribumi Melayu Daerah Kuala Lumpur telah dijual kepada bukan Melayu kerana tidak mampu membayar cukai tanah kepada pihak berkuasa Inggeris.

 Laporan yang diterbitkan pada tahun 1911 mendedahkan bahawa 754 lot tanah milik peribumi Melayu telah dilupuskan kepada pemodal Eropah di Perak . Kehilangan tanah TRM di luar bandar berpunca dari ekploitasi sumber tanah galian oleh kapitalis British, Eropah, Cina dan ceti India, orang tengah dan pekedai/peruncit melalui pemberian kredit atau hutang.

 Enakmen keatas Tanah Rizab Melayu yang ditambah selepas Merdeka dibolehkan pelupusannya

 Tindakan pelupusan / penjualan tanah milik pemilik pribumi Melayu yang telah meninggal dunia disebabkan pertikaian hak perwarisan.

 Perkembangan pembandaran dan pembangunan atas Tanah Rizab Melayu.

 Penarikan balik (revoke) status “Rizab Melayu” oleh pihak berkuasa negeri ke atas Tanah Rizab Melayu yang mempunyai hasil galian atau atas dasar pembangunan.

 Penganugerahan konsesi balak kepada golongan pemodal.

 Permohonan penarikan balik (revoke) status “Rizab Melayu” oleh pemilik tanah bagi TRM yang terletak di kawasan strategik membolehkan tanah-tanah tersebut dilupuskan.

 Tanah Rizab Melayu hari ini berbaki anggaran 4,000,000 Hektar


KECUAIAN PEMBESAR DAN PEMIMPIN MELAYU & KELEMAHAN PEGANGAN UNDANG – UNDANG PADA TANAH RIZAB MELAYU 

1. Melaka 

• Tiada dasar Tanah Rizab Melayu di Melaka yang menjadi anggota Negeri Negeri Selat

• Orang Inggeris telah mengekalkan dan melindungi hak adat orang Melayu - tanah adat - adat perpatih

• Akta Tanah Negara (Tajuk Pulau Pinang dan Melaka) 1963 memerintah tanah adat di Melaka.

• Seksyen 108 Akta - pemindahan, pajakan dan penghantaran tanah adat hanya boleh dibuat bagi orang Melayu yang berdomisili di Negeri. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 26


2. Penang 

• British mendakwa bahawa tidak ada undang-undang adat yang wujud di Pulau Pinang apabila mereka mengambil alih.

• Freeway untuk memohon undangundang umum Inggeris.

• Ong Cheng Neo v Yeap Cheah Neo (1897) 1 Ky. 326, 337 Majlis Privy - Pulau Pinang adalah wilayah yang sepi dan tidak terdapat sebarang undang-undang yang telah ditetapkan; oleh itu undang-undang Inggeris telah terpakai. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 21

3. Penang ... cont. 

• Tiada pengiktirafan diberikan kepada undang-undang asli Negeri, kerana terdapat hanya beberapa keluarga Melayu yang ditemui apabila British pertama menduduki negeri itu

• Regina v. Willians (1858) 3 Ky. 16.

• Oleh itu, Undangundang tempahan Melayu tidak diperkenalkan di Pulau Pinang. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 22 7

4. Sifat Enakmen 

• Peruntukan-peruntukan dalam Enakmen disetiap negeri berbeza dan setakat ini telah mengagalkan objektif institusi Enakmen Tanah Rizab Melayu: - kekaburan dalam definisi bangsa Pribumi Melayu - kelemahan dalam dasar pelupusan atau urusniaga dalam Tanah Rizab Melayu - memasukkan kaum lain untuk memegang Tanah simpanan dan Tanah Rizab Melayu, walaupun Perlembagaan Persekutuan secara jelas melarang bukan Melayu daripada berurusan dengan Tanah Rizab Melayu. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 18

5. Siapa Pribumi Melayu 

• Definisi Pribumi Melayu berbeza-beza dari Negeri ke negeri • Analisis - bergantung pada lokasi geografi dan tafsiran yang diberikan oleh Raja dalam Majlis atau Pihak Berkuasa Negeri. • definisi Bangsa Melayu ditentukan oleh Enakmen Negeri 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 32

6. Di Perlis "Melayu" bermaksud seseorang yang dimiliki oleh mana-mana kaum Malayan atau orang keturunan Arab yang secara lazimnya bercakap bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malaya dan menganut agama Islam. • "Siam" ertinya Siam yang diperakui oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk menjadi penduduk Siam. - Siam yang bermastautin secara tetap di Negeri Perlis. • Perlis terletak berhampiran sempadan Thailand, Siam mempunyai hak untuk memperoleh MRL. • Orang keturunan Arab yang biasa berbahasa Melayu dianggap Melayu di Perlis. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 34

7. Kedah 

• S.2 Enakmen Kedah menyediakan "Melayu" bererti seseorang yang menganut agama Islam dan biasanya mengucapkan bahasa Melayu yang orangtuanya salah satu sekurang-kurangnya adalah orang bangsa Malaya atau keturunan Arab. (Vide E 9/54 Undang-undang Kedah 1559)

• Siam dimasukkan sebagai orang asli dan mempunyai hak untuk memperoleh tanah simpanan Melayu. 05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 35

8. Johor 

• "Melayu" ertinya seseorang yang dipunyai oleh orang Melayu atau mana-mana kaum Malaysia yang secara lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menganut agama Islam dan ungkapan itu hendaklah disifatkan termasuk pihak berkuasa, lembaga, badan, persatuan, persatuan dan syarikat yang diperihalkan dalam Jadual Kedua untuk Enakmen ini: • dengan mukadimah yang membaca 'Satu Enakmen untuk menghalang kepentingan dalam tanah yang dilepaskan dari tangan kaum Melayu.' Enakmen Tanah Rizab Melayu Johor 1936 telah menggunakan perkataan 'Malaysia' dan bukan 'Malayan. '05/14/14 Ainul Jaria Maidin _2011 36

9. Banyak lagi definasi berlainan disetiap negeri...

CADANGAN DESAK / GANTI / TAMBAH TANAH RIZAB MELAYU


  • Mendesak Kerajaan, Tanah Rizab Melayu yang diambil/dijual oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat mesti/wajib diganti dengan tanah lain sama sifat nilai dan luasnya dalam masa 2 tahun ini. Jumlah yang kerajaan wajib ganti ialah sebanyak 9,000,000 hektar (9 Juta Hektar). 


  • Enakmen Tanah Rizab Melayu diberi peruntukan dana membenarkan kerajaan negeri 'Memelayukan‘ tanak pajakan / membeli syarikat syarikat hartanah bangsa asing. 
  • Kerajaan Negeri diberi kuasa wajib MERAMPAS Tanah Rizab Melayu yang dikenal pasti telah bertukar milik kepada bukan Melayu, kerana ini melanggar syarat. 
  • Kerajaan negeri yang membangunkan Tanah Rizab Melayu hendaklah mengagih kembali ‘produk pembangunan’ kepada Pribumi Melayu sepenuhnya (secara total) supaya pegangan tanah Melayu berkekalan sampai bila bila. Juga semasa PRU ia memudahkan tumpuan kepada satu satu kawasan Melayu dan ini akan memelihara pegangan kuasa Melayu dalam tampuk Kerajaan. 
  • Perdana Menteri hendaklah mengeluarkan arahan tegas kepada Menteri Besar dan Barisan Exconya supaya mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu mengikut undangundang / atau mereka yang akan dikenakan tindakan undang undang. 
  • Kerajaan wajib berhenti ‘targeting’ (menyasar) dari terus-menerus mengambil Tanah Rizab Melayu untuk dibangunkan bagi apa jua pembangunan untuk semua bangsa, atau dijual secara ‘total’ kepada bangsa asing. 
  • Kerajaan harus memikirkan untuk beli tanah swasta pula yang selama ini tidak digunaurus bagi pembangunan untuk rakyat Malaysia.
  • Mendesak Kerajaan menyelaraskan isian Enakmen, pengunaan Bahasa Melayu yang betul, menukarkan pengunaan nama bangsa Malayan dan Malay kepada Pribumi Melayu. Perkataan ‘Pribumi Melayu’ dijadikan perkataan asas dan kuasa perintah ‘word order’ dalam Enakmen Tanah Rizab Melayu dan seterusnya penyelarasan undang-undang yang senada disetiap negeri bagi tujuan, mengharmonikan hasrat awal ‘Tanah Rizab Melayu’ ini di wujudwartakan. 
  • Menghalang dengan tegas (dalam apa jua keadaan), Tanah Rizab Melayu dijual kepada bukan Pribumi Melayu atau beralih tangan akhirnya didalam kes urusan perniagaan.
  • Menghalang Kerajaan Negeri daripada mewartakan Tanah Freehold yang dibeli Masyarakat Pribumi Melayu golongan muda dan tua sebagai Tanah Rizab Melayu. Maksudnya semasa proses dokumentasi geran tanah dilakukan, geran ini tidak di Chop dan diklasifikasikan sebagai Tanah Rizab Melayu. - Ini kerana pembelian tanah Freehold oleh masyarakt Melayu ini harus dianggap sebagai penambahan kepada pegangan tanah maysarakat Pribumi Melayu. Kerajaan Negeri seharusnya tidak menghukum mereka yang tiada kena mengena dengan pelupusan Tanah Rizab Melayu oleh Kerajaan. Beban pengantian Tanah Rizab Melayu yang dilupuskan kerajaan wajib diganti melalui proses gantian dengan tanah kerajaan jugak. 
KES MAHKAMAH SEBAGAI RUJUKAN 

KOTA BHARU: 23 April 2017. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz memutuskan tanah seluas 9,300 hektar di Pos Belatim, Gua Musang, kekal sebagai tanah adat Orang Asli, dan membatalkan perjanjian yang ditandatangani Kerajaan Negeri untuk membangunkan projek Ladang Rakyat seluas 1,000 hektar di kawasan berkenaan, mengarahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan membuat pemetaan secara halus kawasan terbabit dalam tempoh sebulan bermula Ahad (23 April 2017).
Kes dikendalikan Jawatankuasa Hak Orang Asli, Majlis Peguam terdiri daripada Lim Heng Seng, Dr Yogeswaran Subramaniam, Tan Hooi Ping dan M Rajkumar. Kerajaan Kelantan pula diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Nazlyza Mohd Nazri.-Bernama

Sumber Gambar: Klik

__________________________
Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia Sejarah Tamadun Alam Melayu merupakan Penyelidik Penkaji dan Penulis Sejarah
© all rights reserved
made with by templateszoo