NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Clement Chin Hina Islam Tahap 4 – UMMAH


Kuala Lumpur: “Individu ekstremis yang taksub Islamofobia seperti Clement Chin ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan untuk menghina Islam, Agama bagi Persekutuan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kerana jika terus dibiarkan ia akan menimbulkan ketegangan agama,” tegas Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), saudara Aminuddin Yahaya. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Clement Chin yang tular selepas mengatakan Al-Quran ialah kitab cetak rompak kisah-kisah sebelum Islam dan harapan Chin yang mahu wanita Muslimah dibenarkan untuk berkahwin dengan pasangan lelaki bukan Muslim. 

Menurut Aminuddin, perkara ini merupakan satu penghinaan tahap 4 terhadap Islam dan telah pun melanggar perlembagaan negara. 

“Ini bukan saja Islamofobia tapi anti-Islam dan sifat yang tidak bertanggungjawab serta membayangkan ada motif lain untuk meruntuhkan negara,” katanya. 

Ketika ditanya yang mana satu lebih utama, keamanan dan keharmonian berbilang kaum atau kebebasan bersuara dan berekspresi seseorang individu Aminuddin berkata, setiap kebebasan mesti ada batasannya. 

“Ia mesti dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang negara dan jika langgar maka itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Menara.my di sini, semalam. 

Rata-rata netizen juga mempersoalkan patutkah rakyat juga dipersalahkan jika menuduh kerajaan khasnya pihak berkuasa seperti tidak endah dengan isu-isu yang berkaitan Islam, melihat kepada sikap tidak apa kes-kes seperti Clement Chin, Aminuddin menegaskan bahawa perkara inilah yang menjadi masalahnya. 

Jelas beliau, “Sudah terlalu banyak sangat isu yang kerajaan dilihat terlalu berlembut dan rakyat sudah mual dengan sikap ini.” 


“Hal ini juga akan menyebabkan rakyat membenci kerajaan dan menganggap kerajaan tidak peka dengan isu berkaitan agama Islam.” Ujar beliau, apa yang lebih dibimbangkan ialah rakyat akan mengambil tindakan sendiri akhirnya.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo