KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata amaran cuaca buruk itu adalah bagi tempoh sehingga tengah malam ini.
Pada masa sama, kebanyakan negeri di Semenanjung sedang mengalami suhu rendah berbanding kebiasaan berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut.
"Keadaan ini dijangka berterusan sehingga esok.
"Berikutan luruan angin timur laut ini, angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung sehingga esok," katanya dalam kenyataan hari ini.---Bernama
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mengakui tidak mempunyai sebarang formula khusus untuk menarik undi Melayu dalam...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.