NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

100K Munajat & Solidariti MyAQSA

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Perjuangan ummat Islam Palestine tidak hanya terbatas di bumi Al Aqsa itu, tetapi turut menjadi *kewajipan seluruh ummat Islam* di dunia ini termasuk kita semua di Malaysia.

2. *Festival MyAqsa* yang akan berlangsung pada

Tarikh : 26 Jan - 28 Jan 2018
Hari : Jumaat - Ahad
Masa : 5.00 pm (Jumaat) - 6.00 pm (Ahad)
Tempat : Dataran Putra Putrajaya

Adalah salah satu dari program besar yang bertujuan untuk *merencana tindakan dan memupuk kesedaran serta kebangkitan ummat Islam* seluruh dunia memperjuangkan nasib Al Aqsa.

3. Festival MyAqsa mempunyai beberapa kompenan aktiviti yang menarik dan penting.

i) *Ekspo MyAqsa* : Ianya berlangsung sepanjang tempoh Festival MyAqsa iaitu bermula jam 05.00 pm pada 26 Jan 2018 (Jumaat) dan berakhir pada jam 06.00 pm pada 28 Jan 2018 (Ahad) di Dataran Putra Putrajaya.

ii) *Persidangan Meja Bulat hampir 200 orang Ulamak* dari seluruh dunia akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan isu Baitulmaqdis akan berlangsung daripada 27-28hb Januari di Hotel Pullman Putrajaya.

iii) *Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummat Islam* Memperjuangkan Isu Palestine. Ianya berlangsung pada 27 Jan 2018 (Sabtu) di Dataran Putra Putrajaya. Bermula jam 10.00 pagi hingga jam 11.55 malam.

Warna Tema Baju : *PUTIH*

4. Insyaallah, *YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang* selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia telah diberi penghormatan untuk merasmikan Persidangan 100 Ulamak Antarabangsa di Hotel Pullman Putrajaya dan turut menghadiri serta menyampaikan *Amanat Ummah* pada malam Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummah. (27 Jan 2018)

5. Sebahagian para alim ulamak yang hadir dari seluruh dunia akan turut menyampaikan ucapan mereka pada kemuncak *Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummah* pada 27 Jan 2018 kelak. Insyaallah, anda boleh ikuti promosi lanjut dari pihak pengajur untuk mengetahui aturcara terperinci selepas ini.

6. *Semua ummat Islam dan warga prihatin dikerah hadir* untuk sama-sama kita bermunajat kepada Allah swt memohon kemenangan buat ummat Islam Palestine sekaligus kehancuran buat zionis Israel. Jua mendengar perkembangan terkini isu Palestine dari para alim ulamak Islam peringkat antarabangsa yang hadir bersama kita.

Jumpa anda di sana.

#FestivalMyAqsa
#SelamatkanAqsaku

Sejahtera Bersama Islam

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo