NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid : Tiada Jemputan Khas Kepada Tun M Hadiri Himpunan Soladariti Baitulmaqdis


Kerajaan tidak mengutuskan jemputan khas kepada pemimpin atau individu tertentu, sebaliknya ia dihebahkan secara terbuka kepada umum. 

Bagaimanapun undangan untuk menghadiri solidariti mempertahankan Baitulmaqdis kepada parti politik seperti PAS, PAN dan PKR sudah dihantar secara rasmi bagi mengalakkan penyertaan wakil mereka, namun belum menerima sebarang maklum balas. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas menghadiri mesyuarat Penyelarasan Himpunan Solidariti Perdana : Intifada Selamatkan Baitulmuqadis di Putrajaya, pada Rabu. 

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata ia sekaligus menjawab persoalan sama ada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menerima jemputan rasmi untuk turut berhimpun. 

“Tiada sebarang surat rasmi diberikan kepada Tun Mahathir, Cuma kita buat jemputan secara terbuka,” katanya ringkas pada sidang media. 

Pada Jumaat ini, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra bagi menunjukkan semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. 

Pada masa sama, Zahid berkata perhimpunan itu bakal melibatkan penyertaan lebih 250 badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam. 

“Kerajaan menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir dan kita mengalukan kehadiran yang lebih ramai daripada itu terutama pemimpin parti politik bukan Islam. 

“Jadi saya menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia hadir untuk menyatakan sokongan dalam hal ini,” ujarnya lagi. 

Berdasarkan tentatif program, ia akan dimulakan dengan forum khas kelolaan Duta Palestin ke Malaysia, disusuli dengan solat hajat khas selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. 

Kemudian, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Timbalan Presiden Ulama Sedunia akan menyampaikan ucapan sebelum ucaptama daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Selain itu, penurunan tandatangan di kain rentang juga akan dibuat sebagai tanda bantahan serta pelancaran tabung Palestin.
© all rights reserved
made with by templateszoo