NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WhatsApp Henti Khidmat Utk Nokia,Windows, BlackBerry



APLIKASI permesejan popular WhatsApp akan menghentikan perkhidmatannya kepada pengguna Nokia,Windows dan BlackBerry (BB) selain daripada telefon pintar lama yang menggunakan versi perisian lama selepas 31 Disember ini.

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook itu dikatakan akan tamatkan perkhidmatannya buat telefon pintar Nokia Symbian S60, BlackBerry OS dan Blackberry 10, Windows Phone 8.0, Nokia S40 pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut oleh kerana kesemua model itu tidak lagi menawarkan peningkatan teknologi.

“Jika anda pengguna peranti mudah alih yang terlibat ini, kami syorkan anda menaik taraf telefon pintar anda kepada model baru Android,iPhone atau Windows Phone untuk terus menggunakan WhatsApp,” menurut satu kiriman blog di dalam laman webnya.

Sistem operasi Android (yang biasa terdapat dalam telefon pintar Google, Samsung, HTC atau OnePlus) versi 2.3.7 dan terdahulu akan dihentikan perkhidmatannya pada 1 Februari 2020.

“Ini msrupakan satu keputusan yang sukar, namun ianya tindakan yang betul supaya kami dapat berkhidmat dengan lebih bauk kepada pengguna kami berhubung dengan rakan, ahli keluarga dan insan tersayang melalui WhatsApp,” kata kenyataan itu lagi.

Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 itu mempunyai lebih 1 bilion pengguna. WhatsApp telah dibeli oleh Facebook pada harga $19bil pada tahun 2014.--MYNEWSHUB.CC
© all rights reserved
made with by templateszoo